The thots of Mine

Monday, 30 December 2013

Iktibar yang saya telah dapat

Salam ..
Semalam saya baru menerima perkhabaran mengenai bapa saudara saya yang baru meninggal dunia. Beliau berusia 70an. Saya mohon jasa baik saudara untuk menghadiahkan Al Fatihah untuk bapa saudara saya.

Ada beberapa perkara yang saya telah pelajari.

pertama: hubungan anak dan ibu bapa sewaktu ibu bapa sudah meninggal dunia.

Apabila seorang hamba meninggal dunia, hamba itu akan dibekalkan terus menerus melalui salah satunya doa si anak untuk ibu bapanya lagi.Apatah lagi jikalau anak adalah anak lelaki kerana kelebihan mereka tidak perlu meminta keizinan daripada pasangan mereka. Manakala, anak perempuan jikalau sudah bernikah wajib memohon keizinan daripada suami. Di sini , saya tersedar betapa pentingnya pendidikan agama kepada anak-anak. Dalam saat saya sibuk mencari rezeki, saya terlepas pandang terhadap perkara ini.

Kedua: tingkah laku si anak ketika jenazah ibu dan bapa di depan mata.

Entah mengapa saya sangat sensitif bab ini. Mungkin kerana saya sudah kehilangan ibu dan ayah membuatkan saya terasa pentingnya tanggungjawab si anak memastikan jenazah ibu atau ayah sentiasa dialunkan surah yassin dan surah Al Quran yang lain supaya syaitan tidak menganggu arwah. Seboleh-bolehnya saya sarankan sang anak dengan ikhlas menyedekahkan surah yassin atau surah yang mana di dalam Al Quran kepada arwah ibu atau bapa bukan sekadar melepas batuk di tangga. Setiap dari kita akan mati maka tak sedih ke kita kalau diperlakukan sebegitu rupa.

Ketiga: sentiasa bertanya kepada sesiapa yang pernah arwah ibu bapa kita berhutang.

Keempat: kalau mampu buatlah haji utk arwah ibu bapa kita. Seeloknya kita yang buat sebab kita akan ikhlas melakukannya daripada mengupah orang.

Kelima: selalu sedekah Al Fatihah kepada arwah ibu atau bapa kita. Kasihanilah mereka dan jikalau kita selalu lakukan iaitu menyedekahkan Al Fatihah..maka pintu rezeki akan luas untuk kita.

Wednesday, 25 December 2013

senyumlah sahabat

Assalammualaikum kepada semua.

Dah agak lama saya tidak menulis sesuatu untuk tatapan anda. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Saya mula berjinak - jinak dalam bidang bazaar dan mula merasakan perkembangan positif tentang diri saya. Ada beberapa perkara saya perhatikan kesan yang berlaku ke atas diri saya iaitu:

1. Saya mula yakin dan bertawakal kepada Tuhan dalam mencari rezeki yang halal utk family saya.

2. Mula berkenalan dengan peniaga lain dan silaturahim bertambah.

3. Rasa best sebab produk jualan saya mula mendapat perhatian pelanggan. In fact? Rezeki saya bertambah murah.

4.Tiada siapa yang boleh katakan saya makan duit haram kerana saya bekerja utk dapatkan duit rezeki saya.

Saya perhatikan keadaan kehidupan sekarang sangat mencabar tetapi itu bukan saya takutkan kerana saya percaya rezeki, Ajal dan segala apa yang berlaku ke atas saya hanya Allah yang benarkan. saya hanya mampu lakukan sebagai hamba yang lemah ialah perlindungan dan pertolongan dariNya.

Saya perhatikan seluruh pengalaman yang telah saya lalui sepanjang tahun 2013 sangat di luar jangkaan. Allah telah keluarkan saya daripada zon yang selesa dan menyuruh saya menjadi kreatif untuk survive! Saya tidak mengeluh kerana beberapa bulan sblm saya keluar dari kompeni yang saya bekerja selama 5 tahun, saya sudah lakukan solat istikharah minta petunjuk dan Allah telah penuhi hajat saya. Saya tahu apa yang saya doa setiap hari ada kaitan dengan kejadian yang berlaku ke atas saya waktu ini. Sebab itu,saya katakan saya tidak sedih dan saya mahu ukirkan senyuman utk diri saya kemudian baru saya hadiahkan utk anda!

Saya suka berniaga dan saya perhatikan mengapa orang cina suka berniaga walaupun perniagaan itu sekadar memprint sticker. Selain dari saya tahu yang mereka suka menjadi bos sendiri mereka juga mendapat pendapatan yang besar dan tidak suka konsisten..Maksud saya kerja kuat lebihlah hasilnya.Kalau malas kurang hasilnya. Itu yang saya suka! Kalau bekerja dengan org..kerja sampai pagi buta pun gaji kita masih sama!itu tak masuk lagi membodek. Saya bukan kaki bodek dan saya paling benci tgk pengipas..saya rasa semua pun tak suka...hehe

So berbalik kepada rezeki bekerja sendiri. Saya pada mulanya khuatir tapi saya kena kuatkan diri kerana saya ada anak-anak utk difikirkan. Saya tahu Allah tak pernah zalim ke atas saya. Malah, saya terbaca bagaimana Islam menggalak umat Islam berniaga sehinggalah wujud 9/10 rezeki ada pada berniaga..saya tersenyum akhirnya.

Apa yang perlu saya buat redha dengan ketentuan yang ditetapkan olehNya, positif dengan apa yang berlaku ke atas diri saya, saya tahu rezeki saya bertambah banyak dari hari ke sehari. Jadi tak salahkan saya katakan kepada anda..walau apa pun berlaku ke atas anda..hadiahkan senyuman ke atas diri anda dulu dan fikir solusi dan jgn tangisi nasib


Friday, 22 November 2013

Biarkan ia berlalu

Salam and Morning to you..

Sudah agak lama tak blogging disebabkan kesibukan mengajar student saya yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Baru sekarang saya mampu menarik nafas lega untuk menulis di dalam blog kerana minggu ini minggu terakhir saya mengajar student-student SPM saya. Sedih tu memang sedih untuk berpisah dengan student saya tetapi saya tahu student saya akan pergi meneruskan perjuangan mereka di menara gading. Doa saya supaya mereka sukses selalu.

Tajuk kali ini ialah Biarkan ia berlalu..hurm agak jiwanglah dan sesuai dengan jiwa sentimental saya pada saat ini.

Setiap hari kita akan bertemu dengan rakan-rakan, colleagues, sedara atau sesiapa sahaja yang Tuhan hadirkan di dalam diri kita. Mereka ini adalah sebahagian pengalaman hidup kita. Dengan kehadiran mereka, kita akan melihat pelbagai warna dalam sketsa pentas dunia kita. Boleh saya katakan, ada yang membawa keceriaan tetapi ada juga yang membawa kesengsaraan di dalam hidup kita. Mengapa Tuhan tak bagi orang yang best ajer dalam hidup kita? Pada pendapat saya yang masih lagi belajar tentang kehidupan ialah untuk kita menjadi orang yang terbaik kita harus berdepan dengan rintangan dan tentunya rintangan ini datangya daripada manusia yang kita anggap pada pandangan kita adalah tak best.

"Tuhan tidak pernah memberi sesuatu yang sia-sia kepada hambaNya"

Namun, setelah kita lalui pengalaman yang kurang best atau ayat jiwangnya pahit mampukah kita memaafkan si pelaku dan peristiwa yang berlaku? Itulah ujian yang terbesar dalam diri kita. Kalau tidak masakan wujud quote sebegini:

"Willing to forgive but cannot forget"

Pengalaman yang tak best lebih memberi impak di dalam hidup kita. Ia bagaikan parut yang berbekas walaupun sakitnya sudah hilang.

Tetapi dalam sudut Islam, apa sahaja kemaafan yang ditutur melalui mulut mesti diniatkan dengan ikhlas dalam hati. Orang kata jangan diungkit barang yang lepas. Mengapa? Apa yang berlaku biarkan sahaja kerana kita harus melihat dari sudut hikmah kejadian itu terjadi bukan mengapa kita yang diduga sebegitu.

Kita takkan melihat hikmah sesuatu kejadian jikalau fikiran kita diselaputi kekecewaan dan kemarahan. Mungkin sekarang kita menjerit marah tetapi jangan terkejut di suatu masa nanti kita akan mengucap syukur kerana kejadian atau pengalaman itu terjadi ke atas kita. 

"Pain memories are like medicines. Although it is bitter, it heals us."





Monday, 11 November 2013

You Are Who You Think You Are

Salam dan Hi to all viewers J
Hari ini terasa rajin nak men’update’ blog kerana banyak pulak ilham yang masuk ke dalam minda jadi terasa begitu bersemangat untuk mencoret untuk anda!

Title kali ini lebih bersifat motivasi diri kerana diri ini selalu memerhatikan keletah dan ragam manusia di sekeliling. Kadang-kadang ada yang membuat hati ini menjadi jengkel dan sometimes ada jugak ragam manusia yang mencuit hati. Macam itulah asam garam kehidupan manusia. Kalau tahu begitu seronok menulis blog seawal-awal lagi saya sudah mencurahkan bakat yang saya rasa ‘kurang’ tetapi dek kerana ingin berkongsi rasa dan ilmu yang masih sedikit di dada untuk semua viewers supaya kita mendapat manfaat bersama!

Sedikit waktu dulu, saya pernah memasuki sebuah kem motivasi dan para motivatornya sangat saya kagumi kerana mereka ikhlas mencurahkan ilmu yang mereka ada kepada saya dan para peserta yang lain. Satu yang mereka selalu ucapkan dan mahu kami semua lakukan ialah:

“Jangan berkira dalam mencurah ilmu dan jangan kedekut memberi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada orang lain. Anda tidak tahu betapa besar impak yang anda berikan kepada kehidupan mereka”

Itu adalah kata-kata yang masih saya ingati walaupun saya sudah lalui 10 tahun yang lalu.Kenapa yer saya menyebut sebutan di atas? Apa kaitannya dengan tajuk saya kali ini?Salah satu sebab mengapa saya utarakan sebutan di atas ialah saya merasakan kebanyakkan orang yang saya temui lebih menonjolkan sikap orang lain dan bukan diri sendiri. Imej diri sendiri itu tiada di dalam hati mereka.

Minda
Mengapa saya menyebut minda dahulu. Sebab melalui minda kitalah orang mulai menilai kita. Orang di sekeliling akan mula menilai diri kita melalui minda kita berfikir. Seseorang yang mempunyai minda yang positif akan sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana orang sangat menyenangi cara mereka berfikir. Manakala orang yang sentiasa berfikiran negative akan selalu membuat orang sekeliling berjauhan atau terpengaruh dengan cara pemikiran yang negative. Tetapi untuk memupuk minda yang positif bukan sesuatu yang mudah, saya sangat akui kerana saya masih lagi mengalaminya.

Saya ada terbaca sebuah buku motivasi yang menyatakan bahawa pengaruh minda kita sangat kuat dalam kehidupan kita seharian. Percaya atau tidak minda kita mempunyai kuasa untuk menjatuhkan diri kita atau menaikkan diri kita!!
Kepada sesiapa yang sentiasa mengikuti Sejarah Perang Dunia 2, Adolf Hitler berjaya menyatukan seluruh Jerman dengan memainkan kuasa mindanya. Beliau adalah di antara pemerintah dunia yang mengamalkan negara bangsa iaitu 1 bangsa 1 negara. Kalau nak diikutkan saiz badan Adolf Hitler sangat kecil jika di bandingkan dengan rakan-rakannya tetapi dia mampu menakluk dan menguasai dan menaikkan semangat seluruh rakyat Jerman dengan minda dan kata-kata positif di saat seluruh dunia mengalami kemelesatan ekonomi yang teruk akibat kesan Perang Dunia 1.

Kita boleh membentuk imej diri kita melalui minda kita. Jikalau kita asyik memikirkan semua perkara dengan situasi yang berakhir dengan buruk. Maka jangan merungut atau mengeluh jikalau kejadian buruk yang kita programkan di dalam minda menjadi kenyataan.

Pupuklah diri anda supaya sentiasa berfikiran positif dan terbuka. Maksud berfikiran yang terbuka ialah kita boleh menerima semua exposures yang berlaku di depan mata tetapi bukan bermaksud kita terus mengamalkan budaya baru itu. Di era globalisasi ini, kita semakin merasakan budaya ‘mat salleh’ semakin menular di dalam budaya tempatan. Ada perkara yang kita boleh “capture and adapt” mengikut kesesuaian tetapi ada budaya yang kita harus tolak sama sekali kerana bertentangan dengan nilai etika seorang Islam dan Melayu. Pernah dengar tak pepatah

‘Melayu terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya’.

Perbuatan
Perbuatan terhasil daripada gerakan minda anda! Tingkah laku anda akan melakukan apa yang minda anda programkan. Kerana itulah saya sangat menekankan minda yang positif dan baik kerana percaya atau tidak anda akan melakukan sesuatu kadang kala di luar sedar.
Di dalam buku motivasi ‘Secret’ , penulis buku ini menyatakan bahawa minda anda adalah nakhoda dan seluruh badan anda adalah kapal. Sebagai contoh, ada ayat-ayat yang kita sering sebut sebenarnya akan memberi impak kepada minda anda dan kehidupan anda. Ayat seperti ini:

“ Manalah aku ada duit, duit semua dah habis bayar hutang” atau
“Dapat gaji ini, habis duit gaji ini bayar hutang aje mana boleh simpan”

Sebenarnya andalah yang membenarkan diri anda tidak berduit! Andalah yang membenarkan diri anda papa kedana walaupun anda pada waktu itu mendapat gaji! Pakar motivasi pernah menyebut jikalau hendak membeli barang tetapi mengalami kesempitan wang, anda perlu menyebut ayat-ayat yang tidak begitu negative seperti:

“Takpelah tiada budget nak beli buku itu, nanti tunggu rezeki sikit lagi dapatlah beli buku”

Mesti selalu akhirkan ayat anda dengan ayat yang positif. Melalui pengalaman saya, saya pernah melakukan saranan di dalam sebuah motivasi. Hasilnya, mengagumkan diri saya sendiri.

“Saya sering berkata rezeki tuisyen saya daripada hari ke sehari semakin bagus, Alhamdulilah”

Setiap bangun pagi selepas berdoa pasti saya lakukan saranan itu dan pada malam hari sebelum saya tidur saya akan sebutkan lagi.  Sehingga sekarang rezeki saya masih lagi berterusan dan saya seringkali setkan minda saya bahawa rezeki saya tidak pernah kurang.

Satu lagi cara perbuatan yang boleh mengubah diri kita dengan lebih baik iaitu bercakap dengan cermin. Bunyi macam kelakar kan tetapi cuba amalkan lepas bangun tidur atau selepas bersiap untuk ke kerja. Sebutkan selalu perkataan yang mempengaruhi mood kita. Sebagai contoh:

“Dari hari ke sehari aku seorang yang hambaMu yang terbaik dan aku seorang ibu, pekerja yang cemerlang. Aku disayangi dan dihormati walau mana aku berada”

Ingat bila bercakap itu kena yakin dan berikan senyuman pertama anda kepada diri anda. Anda boleh lakukan kepada anak-anak anda. Ulang sebutan yang sama dan konsisten minimum 3 kali sehari. Cuba lakukan dalam masa 3 bulan. Lihat hasilnya.


Ingat ! Anda ialah cermin peribadi kepada diri anda. Kadang-kadang bila orang sebut boleh tengok “air muka” maknanya orang itu sedang melihat keperibadian anda. Tunjukkan bahawa anda seorang yang berharga untuk dijadikan sahabat. You are who you think you are! 

Sunday, 10 November 2013

Setiap Kesulitan di sertai Kemudahan

Salam dan Hi to all viewers. J

Di saat fikiran saya memikirkan pelbagai cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda, Jari jemari saya begitu lincah ‘menari’ di atas keyboard lappy saya untuk berkongsikan tajuk di atas.Hurmm…mesti semua terfikir-fikir apa yang sedang bermain di minda saya sehinggakan saya sanggup menulis tajuk di atas..hehe..

Saya mengakui yang saya berada di dalam keadaan yang dimana saya kehilangan mata pencarian utama untuk family saya. Saya akui keadaan sangat getir untuk saya dan suami saya memandangkan mata pencarian kami ‘diusik’ sebentar oleh Tuhan. Mengapa saya kata “diusik sebentar’? Ini kerana saya pasti Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih baik jika saya redha dengan ketetapan-Nya. Saya sentiasa melayari FB melihat status updated by my friends dan acapkali saya terlihat status yang bermaksud jikalau saya redha dengan ketentuanNya maka saya mempercayai ada banyak hikmah yang baik dan Tuhan pasti menggantikan rezeki yang lebih baik untuk saya. Saya akui yang saya semakin tenang setelah mengikuti nasihat rakan saya tentang solat sunat yang diusulkan kepada saya tempoh hari. Saya masih lagi boleh menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah rezeki saya belum lagi ditarik. Mungkin itu salah satu keberkatan solat sunat yang saya lakukan.

Saya sempat berbual-bual dengan bapa mertua adik saya tempoh hari dan saya dengan jujur mengakui kepadanya bahawa saya bakal kehilangan mata pencarian utama. Dengan tenang, beliau berkata:

“ Setiap kesulitan yang awak timpa, pasti ada kemudahan. Cuma awak perlu bersabar”

Saya tersenyum dan merasa hairan dengan kata-kata yang dituturkan oleh beliau kerana kebetulan saya seringkali melihat nasihat yang sama tertulis di status rakan-rakan saya dan juga status ‘fan page’ yang saya ‘liked’ sebelum ini.Apakah Tuhan cuba menyampaikan sesuatu melalui pengantaraNya? Wallahuallam. Tapi yang nyata, keyakinan saya semakin teguh denganNya.

Saya tenangkan hati dengan membaca Al-Quran seperti dinasihatkan oleh rakan saya dan saya tertarik dengan ayat-ayat yang terkandung dalam Surah Al-Insyirah. Masha Allah! Saya menangis tersedu-sedu membaca setiap perkataan yang tertulis dalam terjemahan surah itu .


……
AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Dalam diri ini tersentak dengan peringatan yang diberikan Tuhan kepada saya dan juga hamba-hambaNya. Saya terus menangis kerana saya begitu khayal dengan dunia luaran tetapi saya terlupa bahawa kehidupan saya harus berpandukan kitab Al-Quran. Saya sering membaca buku motivasi tetapi saya malas membaca Al-Quran dan terjemahannya. Saya tercari-cari penawar di mana-mana sedangkan penawar yang mujarab di depan saya abaikan.

Saya terkenang sewaktu saya kecil dan remaja, apabila saya ditimpakan oleh sesuatu masalah sama ada berat atau pun ringan selalu sahaja arwah ibu saya menegur dan menyuruh saya menunaikan solat dan mengaji. Tetapi biasalah…kalau budak-budak manalah nak ambil masa untuk menganalisa mengapa arwah ibu saya suruh saya berbuat demikian. Namun, semenjak saya berkahwin, saya semakin  mengerti nasihat arwah ibu saya..(opsss...tetiba terkenang waktu sebelum kahwin la pulakkssss..... )

Okey berbalik kepada terjemahan ayat Al-Insyirah, saya memahami maksud yang terkandung dalam surah Al-Insyirah, saya faham bahawa setiap kesulitan yang saya hadapi akan disudahi dengan kesenangan cuma saya perlu bersabar dengan dugaan yang saya hadapi. Namun, saya harus faham bukan sekadar sabar sahaja yang diperlukan tetapi saya perlu berusaha dengan lebih kuat dan kemudian bertawakal. Saya tahu Allah yang memberikan rezeki kepada saya bukan makhlukNya maka saya mula mengerti perjalanan hidup sebenar. Banyak yang perlu saya lalui dan saya berdoa agar Tuhan tidak meninggalkan saya ketika saya mengharungi ombak kehidupan walau sekelipan mata.


Friday, 8 November 2013

Setiap Kejadian Tersembunyi Hikmah

Salam dan Hi kepada semua…J

Hari ini saya ingin mencoretkan apa yang terlintas di fikiran saya semasa saya dalam perjalanan pulang dari pejabat. Apa yang berlaku pada saya baru-baru ini mula menyedarkan saya tentang kekuasaan Tuhan ke atas segala makhluk ciptaan-Nya.

Setiap kejadian yang berlaku ke atas kita ada hikmah yang tersembunyi. Tapi terpulanglah kepada kita sama ada ingin menilai secara cepat mahu pun lambat. Tapi lama kelamaaan kita akan mula memahami kebijaksanaan Yang Maha Esa dalam mengaturkan segala perjalanan kita sebagai hambaNya.

Sekali lagi sebagai hambaNya, saya diuji untuk menentukan bagaimana saya menghadapi dugaan yang ditetapkan olehNya. Saya faham ketika rezeki saya di tarik sebentar olehNya, saya selalu tanamkan di dalam hati saya bahawa:

“ Disaat rezeki saya ditarik, saya tahu bahawa Allah akan gantikan rezeki yang lebih baik dari apa yang ditarikNya”

Hasilnya, saya masih lagi boleh tersenyum dan ketawa walaupun disaat menelan rasa pahit kerana saya pasti bahawa rezeki didepan saya akan digantikan dengan lebih baik. Saya tahu saya takkan dapat mengenggam sesuatu selamanya sebab hukum alam sentiasa mengingatkan saya bahawa:

Tiada yang kekal di dunia ini kerana dunia ini sendiri bersifat sementara”

Jadi bagaimana saya ingin melawan hukum alam yang sudah beribu tahun wujud sebelum saya wujud di muka bumi ini. Tentu sahaja saya sedih, tetapi saya harus kuat melangkah ke depan  kerana saya tahu saya sedang berlawan dengan cabaran yang hebat untuk saya. Saya akui saya dipaksa oleh Tuhan untuk membuat keputusan demi perjalanan masa depan saya. Namun, untuk kata terkilan tidak pernah hadir dalam kamus hidup saya buat masa ini tetapi perasan sedih itu ada kerana saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang pernah jatuh dan bangun bersama saya. Mereka hadir di saat saya memerlukan mereka dan mereka adalah ibarat permata di dalam lautan kaca. Adoiii! Air mata saya tumpah jua dan saya tewas dalam melawan perasaan sedih yang hadir dalam diri saya.  Namun, saya tidak akan tewas dalam mempercayai qadha dan qadar. Bagi saya Tuhan sudah menyediakan jalan yang cantik untuk saya walaupun “kurang cantik” daripada pandangan mata saya yang daif pengetahuan tentang ketentuan Tuhan ini.

Kejadian yang berlaku pada saya pada kali ini..maaf yer atas sebab-sebab tertentu saya tidak mampu meluahkan sekarang tetapi keadaan yang saya lalui sekarang membuatkan saya semakin dekat dengan Tuhan. Semakin saya dekat semakin saya tabah dan tenang menghadapi cabaran ini. Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan kerana itu semua urusan ghaib yang diluar bidang kuasa saya. Saya tidak mempersalahkan sesiapa sahaja di setiap kejadian yang berlaku ke atas saya kerana setiap kejadian tidak mungkin terjadi tanpa keizinan Tuhan. Seorang sahabat menasihati saya supaya sentiasa melakukan solat sunat Istikharah dan Dhuha kerana dia berpendapat solat sunat istikharah melatih saya supaya bergantung kepada Tuhan untuk setiap tindakan saya walaupun tindakan tersebut sangat remeh. Kadang kala di saat kita merasakan tindakan itu tidak penting yang ironinya tindakan itu bakal membantu kita di saat genting. Manakala, solat sunat dhuha pula melatih saya supaya bergantung kepada Tuhan dalam memberi rezeki. Supaya saya tidak beralih arah ke tempat lain selain daripada menyembah Allah untuk memohon rezeki.

Saya faham tiada siapa yang mampu membantu saya di dalam keadaan saya sekarang ini bukan kerana mereka selfish tetapi kemampuan mereka terhad dan manusia itu lemah. Jadi, apa guna saya menyembah Allah tetapi apabila ingin meminta tolong saya meminta tolong selain daripada Allah. Saya hanya menipu diri saya sendiri!

Oleh itu, saya bertekad untuk bergantung harap kepada Tuhan bukan manusia. Saya tahu pengantara rezeki saya di mana-mana dan saya mampu berdikari sendiri. Cukuplah saya mengucapkan :
Hasbunallah wa ni’malwakil “



Wednesday, 6 November 2013

Sayang Ibu Kasih Abah Sehingga ke Syurga

Salam and Hi to all J

Tersenyum sendiri saya melihat tajuk yang saya ingin kongsikan kepada pembaca kali ini. Rindu sungguh hati ini ingin ketemu dengan arwah ibu dan abah yang telah lama meninggalkan saya dan adik beradik yang lain.


 Pagi tadi semasa saya dalam perjalanan ke office, saya terdengar nasihat seorang pendengar radio kepada semua pendengar di stesen radio itu supaya menyayangi dan mengasihi ibu bapa sementara mereka ada di dunia ini. Hati saya segera sebak mendengar nasihat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa! Masih lagi ada tempat untuk berteduh dan bermanja. Mungkin agak pelik untuk sesetengah viewers membaca coretan ini tetapi percayalah walaupun saya sudah berusia 30-an di hati saya masih lagi budak kecil di mata arwah ibu bapa saya.

Saya teringat sewaktu saya sudah berkahwin namun saya masih lagi ditegur oleh ibu saya kerana balik lewat pagi bersama dengan suami saya. Saya tersenyum ! Ibu saya masih  sukar untuk melepaskan anaknya lagi dan walaupun saya sudah beranak saya masih lagi dileteri oleh ibu saya!  Percaya atau tidak saya sangat merindui leteran ibu saya!!! Untuk arwah abah saya, saya rindu akan sikapnya yang jujur. Sangat susah untuk saya mendapatkan lelaki yang jujur dan setia kepada pasangannya walaupun pasangannya sudah meninggal dunia . Kesetiaan arwah bapa saya kepada ibu saya membuatkan saya sayu dan pilu. Saya tahu arwah bapa saya sangat merindui arwah ibu saya yang  telah pergi meninggalkannya keseorangan namun dia tidak pernah menunjukkan kerinduannya. Hanya tingkah lakunya sudah memadai untuk kami sebagai anak-anak faham.

Okey..berbalik kepada kasih ibu dan bapa. Saya tersentak mendengar dan juga membaca pelbagai cerita yang saya sendiri  tak sanggup nak melihat di dada akhbar. Saya seringkali membaca cerita anak membunuh bapa atau ibu. Masha Allah! Wujud juga si tanggang moden di zaman ini. Kadang kala ada pula si anak meninggalkan ibu atau bapa di rumah kebajikan kerana si anak tak sanggup menjaga si ibu atau si bapa. Aduhai!! Apakah dunia sudah terbalik!

Saya juga pernah terbaca seorang anak meninggalkan si ibu yang tua di hotel dan terus ghaib selepas itu. Sehinggakan hotel owner terpaksa memanggil wartawan untuk mencari sang anak durjana! Bila dah jumpa dan di tanya , jawapan yang diberi “ Saya tak mempunyai duit  yang cukup untuk menjaga ibu saya”. Terasa hati saya begitu panas dan saya terasa ingin sekali mengoncangkan sang anak manalah tahu kot-kot akal sang anak tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Seringkali kita terlupa yang memberikan rezeki berupa duit adalah Tuhan. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Walau macam mana susah pun kita mencari rezeki untuk menjaga ibu sudah pasti Tuhan berikan bantuan. Namun, saya harus akur bahawa bukan semua manusia sama. Betullah kata pepatah:

“Si Ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum  tentu mampu menjaga seorang ibu”

Apabila saya berbual dengan rakan saya mengenai kes-kes si tanggang moden ini, kawan saya memberitahu kadang-kadang adalah ini adalah pembalasan ke atas perbuatan si ibu atau si bapa sewaktu muda terhadap ibu dan bapa mereka. Maksudnya, apa yang si ibu atau si bapa ni kena sekarang adalah disebabkan kesalahan yang mereka lakukan terhadap ibu dan bapa mereka. Saya terkedu!  Saya mula memikirkan kebenaran ayat rakan saya. Mungkin benar apa yang diberitahu oleh rakan saya atau mungkin kasih sayang yang diberi sehingga membenarkan si anak melakukan sewenang-wenangnya! Seperti cerita anakku sazali!

Walau apa-apa pun yang berlaku, Islam sangat menekankan penghormatan sang anak kepada ibu bapanya Rasullah s.a.w ketika di tanya siapa yang perlu dihormati selepas Allah dan Rasul juga menyebut “Ibu” sebanyak 3 kali selepas itu barulah “Ayah”. Di situ sendiri menunjukkan Islam memandang tinggi jasa ibu dan bapa. Jadi, siapalah kita untuk menghumban ibu dan ayah kita di mana-mana yang kita suka! 

Saya sungguh kesian melihat sesetengah manusia yang sentiasa meminggirkan ibu bapa demi mengejar kemewahan dunia! Mereka selalu terlupa bahawa waktu muda sangat singkat dan lambat laun kita akan tua dan kita juga akan merasai apa yang ibu bapa kita rasai apabila anak- anak kita melakukan apa yang sudah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita. Tuhan tak pernah leka dan lupa segala perbuatan manusia.

Apabila kita membelakangkan ibu kita especially to husbands atau para suami. Kita sudah melakukan suatu dosa yang amat besar. Ibu perlu didahulukan daripada isteri. Namun, saya perasan sudah wujud suami yang lebih menjaga hati isteri daripada hati sang ibu. Lupakah kamu wahai sang anak yang ibumu sanggup menahan seksa mengandungkanmu sebelum kamu lahir di dunia! Untuk sang isteri, jangan memaksa suami kamu memilih antara kamu dan ibunya. Jangan memaksa kaki suamimu ke pintu neraka kerana keegoan kamu.

Mungkin saya menekankan kasih sayang ibu bapa kerana saya merindui ibu bapa saya. Tetapi niat saya ikhlas ingin melihat ramai ibu bapa disayangi oleh anak-anak dan menantu-menantu mereka.  Jikalau ada perangai mereka yang menyentuh hati membuatkan diri berjauh hati doakanlah supaya Tuhan lembutkan hati mereka dan berikan hidayah. Baik buruk mereka tetap ibu dan ayah kita. Sedekahkan Alfatihah kepada mereka walaupun mereka masih hidup dan anda akan melihat bagaimana ajaibnya hubungan anda dan ibu bapa anda!


Monday, 4 November 2013

HIJRAH dan Penghirahan dalam kehidupan

Salam Hijrah kepada semua J

Ini adalah kali pertama saya menulis blog sambil meraikan tahun hijrah 1435. Sedar tak sedar saya sudah semakin berusia..hehe dan saya berharap saya juga semakin matang dalam mengorak langkah di dalam kehidupan ini.

Bila sebut hijrah setiap minda akan terlintas berpindah sama ada berpindah dari bentuk fizikal atau rohani atau kedua-duanya sekali. Saya tidak akan menyebut sejarah penghijrahan Rasullah s.a.w kerana yakin semua sudah sedia maklum tetapi saya ingin menekankan sudut penghijrahan kita sebagai umat Islam pada zaman globalisasi ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan bersama iaitu mengenai penghijrahan dari segi minda, fizikal dan perbuatan.

HIJRAH MINDA
Maksud hijrah ini sangat luas maksudnya. Kalau zaman Rasullah s.a.w maksud hijrah itu lebih kepada perpindahan tetapi pada zaman ini maksud hijrah lebih terarah kepada sesuatu perubahan yang mengundang kebaikan seseorang individu. Pertama, penghijrahan minda kita. Bagaimana kita ingin memupuk minda kita ini berubah daripada negatif kepada positif. Saya akui sangat sukar memupuk fikiran positif di saat diri kita dibelenggu oleh tekanan dan persekitaran yang negatif. Tetapi apabila kita tekadkan di dalam hati dan minda dan kita lakukan perlahan-lahan perubahan itu maka kita akan nampak perubahan walaupun perlahan-lahan. Saya lebih sukakan gradually improvement berbanding drastic improvement kerana kita tidak akan mengalami tekanan yang teruk dalam membentuk minda yang positif.

Bagi pendapat saya, hijrah minda ini lebih tertumpu kepada pegangan kita terhadap Tuhan dalam menempuh onak kehidupan. Jika kita berprasangka baik , maka baik la hasilnya. Tetapi jika sebaliknya maka tidak hairanlah jikalau kita sentiasa mengalami kemurungan dan kesedihan. Firman Allah:

“ Aku sesuai dengan prasangka hamba-KU”

Apa yang saya faham melalui firman ini ialah kita bebas berprasangka dengan Allah. JIkalau kita memandang apa sahaja yang kita alami  di dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang baik untuk kita, maka kita berprasangka baik dengan Allah. Tetapi jika sebaliknya, maka kita berprasangka buruk dengan Allah. Ini sesuai dengan Firman Allah (Surah Al-Baqarah 216):

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu, dan boleh juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

HIJRAH FIZIKAL
Di sini, saya senang sekali untuk memberi contoh wanita yang asalnya tidak bertudung dan apabila wanita ini mengalami proses hijrah fizikal dia berhijab. Alhamdulilah di situ, namun penghijrahan fizikal ini harus selari dengan hijrah perbuatan dan minda.

HIJRAH PERBUATAN
Hijrah ini bermaksud perubahan perbuatan yang bermaksud jikalau si Fulan ini selalu melakukan maksiat akhirnya dia berjanji dia tidak mahu lagi bergelumang dengan maksiat. Ataupun jikalau si fulan ini berjanji tidak mahu melakukan ghibah atau mengaibkan orang lain maka si fulan ini sudah melakukan hijrah perbuatan. Bagi saya, apa sahaja perubahan yang mengarah kepada kebaikan adalah hijrah perbuatan.

Saya mengaku bukan senang ingin berhijrah. HIjrah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Hijrah zaman sekarang sangat tinggi pengorbanannya. Saya melihat bagaimana orang Islam terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran untuk mengekalkan identiti Islam terutama dalam melawan tuntutan dunia. Pengorbanan yang mereka terpaksa lakukan sangat tinggi tetapi percayalah Tuhan tidak akan mempersia-siakan pengorbanan anda!

Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita dikurniakan keberkatan hidup, kesihatan yang baik , kemurahan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ini.


Ke Mana Hilangnya Nilai Kemanusiaan?

Salam dan Hi to everyone…J

Jari jemari ini sekali lagi ingin mencoretkan apa yang terbuku di hati . Hati saya terlalu sedih melihat terlalu banyak kes penderaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Kes-kes penderaan yang  berlaku di taska, di rumah pengasuh dan di rumah sendiri (angkara sesetengah bibik ) menunjukkan betapa manusia semakin hari semakin hilang nilai kemanusiaan. Sangat menghairankan, di zaman yang serba canggih ini masih wujud juga manusia yang berperangai seperti manusia zaman jahiliyah.

Apa yang memilukan ada sesetengah ibu atau bapa ( sudah bercerai ) dan mempunyai pasangan cinta pula sanggup membiarkan anak-anak mereka didera oleh pasangan cinta mereka. Sampai ada yang sanggup membiarkan anak di dera secara seksual!! Apakah sudah hilang kewarasan mereka sehingga mereka tergamak merelakan anak-anak mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Ada sesetengah orang mengatakan ibu atau bapa sebegini tidak mempunyai latar belakang agama atau pendidikan yang cukup. Bagi saya itu adalah mengarut sama sekali! Mana-mana agama sekali pun tidak akan membenarkan sebarang bentuk keganasan dilakukan di atas kanak-kanak yang tidak berdosa. Sedangkan haiwan yang kita anggap tiada akal juga sangat protective apabila anak-anak mereka di kacau. 

Kadang-kadang terfikir di dalam benak fikiran saya bagaimana keadaan anak-anak saya di dalam jagaan orang lain. Saya sangat risau kerana mereka bukan melahirkan anak-anak saya maka kesabaran mereka juga tidak setinggi saya. Apabila rakan-rakan suakan kepada saya video rakaman penderaan anak di FB, jiwa saya kacau jadinya. Saya akan mula menelefon bertanyakan keadaan anak-anak saya. Hati saya menjadi tak tenang taktala melihat video penderaan itu sehinggakan saya terfikir wujud juga manusia berhati iblis di muka bumi ini. Sampai satu tahap, saya teringin melepaskan jawatan yang dipegang sekarang dan menjadi freelancer kerana ingin menjaga anak-anak saya.

Suatu hari, saya disuakan oleh kawan saya tentang video seorang isteri yang diterajang oleh suaminya. Masha Allah! Sampai begitu sekali wujud penindasan terhadap wanita. Yang menyakitkan hati saya apabila aksi itu dilihat oleh anak-anak dan di tempat awam. Bila suami itu ditanya tentang status perkahwinannya, si suami itu masih mampu berkata dia masih sayangkan isterinya dan jangan runtuhkan masjid mereka. Saya tersenyum sinis melihat keegoaan suami ini. Masih mampu si suami berlagak bagus di kala video penindasannya tersebar. Ingin sahaja saya bahasakan si suami supaya menuntut ilmu agama sedalamnya sebelum menutur kata sebegitu. Apa yang sang suami tuturkan tidak selari dengan tindakan yang dilakukan olehnya di dalam video itu.

Namun, boleh saya katakan penindasan yang berlaku sekarang terutamanya di dalam perkahwinan sedikit sebanyak memberi impak yang buruk terhadap perundangan syariah di Malaysia. Mahkamah Syariah di Malaysia selalu diperkatakan sebagai berat sebelah terhadap para suami dan hak kaum isteri sering diabaikan. Jangan terkejut jikalau pasangan yang ingin bercerai terpaksa turun naik mahkamah selama 5 tahun akibat ketidak efesiyen perundangan syariah ini!!

Hati ini terusik lagi melihat video bagaimana puak syiah dan puak sunni berperang antara satu sama lain. Syiah mengaku Islam tetapi sangat angkuh terhadap fahaman mereka dan mereka tidak mengamalkan apa yang Rasullah s.a.w ajari walaupun mereka mengaku mereka menyayangi Rasullah s.a.w. Namun apa yang paling menyedihkan, peperangan antara puak syiah dan puak sunni ini membenarkan anggapan agama lain bahawa Islam adalah agama keganasan. Saya sedih melihat bagaimana kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak kecil dibunuh dan terbunuh angkara perang. Saya tidak mampu menahan air mata apabila melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka. Hanya yang mampu saya buatkan hanyalah menitipkan doa supaya keadaan kembali aman dan pertumpahan darah di tamatkan!

Maaf jikalau kalian terasa saya terlalu emosi ini kerana saya melihat semakin banyak keganasan terhadap rumahtangga, penderaan anak-anak kecil dan pembunuhan manusia yang berlaku tanpa sebab yang munasabah. Semua ini menunjukkan harga nyawa manusia semakin murah. Kadang- kala terfikir apakah manusia sekarang sudah kehilangan nilai kewarasan dan kemanusiaan sehingga tergamak melakukan sesuatu di luar jangkaan? Apakah tidak lagi wujud kepercayaan terhadap kekuasaan dan kemurkaan Tuhan apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan? Apakah manusia belajar di  sekolah tanpa mempelajari nilai-nilai murni sebagai seorang manusia?


Saya hanya mampu berdoa supaya sebarang keburukan tidak berlaku kepada anak-anak saya dan juga seluruh keturunan saya dan saya juga berdoa supaya anda dan seluruh keturunan anda tidak menerima bencana yang buruk seperti mana yang berlaku di hadapan mata kita. Saya masih merenung masa depan anak-anak saya..adakah mereka hidup seperti mana saya hidup aman sekarang? Saya berharap mereka dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan masih lagi menikmati kegembiraan bersama keluarga mereka.  

Sunday, 3 November 2013

Doa Penerang Hati


source: fairuzfauziukm@blogspot.com

ILMU dan Kehidupan

Salam and Hi to all J

Morning!! Selamat Pagi!!...saya bersemangat untuk menulis di pagi hari ini kerana ingin berkongsi sesuatu dengan all viewers.  Coretan kali ini ialah Ilmu.

Last week, saya pergi ke McDonalds  with the whole family dan agak terkejut sebab Mc Donald sesak luar biasa pada malam tu. Niat di hati nak take away  instead of dining in tapi bila encik suami kata better makan jer at Mc Donalds sebab malas nak kemas sebab hari dah malam. So, we managed to get our seats and seperti biasa mataku melilau memandang semua sudut dan memerhatikan telatah manusia. I found out the reason why Mc Donalds was so crowded on that time! It is because SPM is around the corner!!..heheh…terlupa la pulak makcik ni!!

Saya tersenyum sendirian melihat keletah SPM students menelaah dan berkongsi ilmu. While I was waiting for my husband to get the food, mata ini tidak lepas memerhati 3-4 orang budak-budak lelaki yang sedang berborak-borak sambil tangan mereka membelek-belek buku SPM.

“Hurm…bagusnyer budak-budak laki ni ..rajin jugak buat study group” detik hati saya. Tetapi selang 15 minit kemudian saya terdengar 2 budak lelaki ini menyebut ayat-ayat berbunyi begini:

“bodoh…btul la ko ni “
“ aku bengang , doh “

Apa yang saya dengar seterusnya ialah apa-apa pun statement yang keluar daripada mulut mereka ialah “ bodoh..bodoh…bodoh…” Saya terus tepuk dahi!

Suami saya pelik melihat dahi saya berkerut 1000. Dia ingatkan saya sibuk fikir pasal hutang ..hehehe..last-last dia faham kenapa saya berkerut ..Saya terus bercakap dengan suami saya

“ Kalau 40 kali dorang sebut bodoh mesti apa-apa ilmu yang dorang share sure  tak masuk kepala”

Bukan nak kata diri saya bagus atau apa tetapi saya perhatikan percakapan budak-budak ini lebih menjurus kepada keburukan. Mestilah ada orang back up dengan mengatakan

“Dorang kan budak lagi mestilah tak faham apa yang dorang sebut “


 tapi kita mesti ingat kalau nak pupuk sesuatu yang positif mestilah kita didik daripada awal.Bak kata pepatah Melayu lama:

“Lentur buluh biar daripada rebungnya”

Saya perhatikan niat mereka sangat murni ingin berkongsi ilmu antara satu sama lain. Tetapi apabila di selangi dengan sumpah seranah yang mereka selitkan sewaktu group discussion itu membuatkan mereka hanya dapat 10% daripada keseluruhan ilmu.

Moral of the story : Jangan menyebut bodoh atau perkataan yang sangat negatif yang boleh mempengaruhi minda aktif dan pasif ( minda bawah sedar ) kita. Setiap perkataan yang kita tuturkan atau dengar boleh diprogramkan ke dalam minda kita tanpa kita sedari! That’s why success people always set positive words in their minds!

Saya adalah seorang part time tutor. Hobi saya suka bercakap maka saya gunakan hobi saya yang suka bercakap ni ke arah yang boleh memberikan kebaikan kepada saya. Selain itu, saya ingin mendapat saham akhirat..hehe..

Saya akui apa-apa pun saya kena dahulukan niat saya.  Saya ingin mengajar sebab apa? Adakah saya ingin memberi ilmu yang Allah beri kepada saya ? atau adakah ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada student saya? Atau saya nak duit ajer daripada parents?

Kesemua soalan yang saya utarakan tadi hanya saya sahaja yang boleh menjawab sebab itu adalah niat saya. Saya selalu pasangkan niat mengajar kerana Allah sebab saya nak saya juga mendapat keberkatan ilmu itu selain daripada student saya. Malah, saya juga ingin berkongsi ilmu dengan student saya dan inginkan student saya Berjaya mendapat result yang bagus dan meneruskan pengajian mereka di menara gading. Therefore, I’m looking for quality result not quantity!!

Saya perhatikan apabila sahaja saya betulkan niat saya mengajar dan juga menimba ilmu bersama student saya. Student saya akan mudah faham dan saya juga secara tidak langsung senang untuk mengajar student saya. Akhirnya, result student saya berubah dan bertambah positif.

Moral of the story: Selalu pasang niat yang betul ketika menimba atau mengajar ilmu bersama orang lain. Ingat! Hanya Tuhan sahaja yang tahu niat kita. Kita tidak boleh menipu diri sendiri dengan Tuhan. Result yang kita dapat bergantung kepada niat kita. Niat akan mempengaruhi perbuatan kita.

Saya akui disebabkan kekerapan saya membuat tuisyen untuk student lain membuatkan masa saya dan anak saya semakin terhad. Kadang-kadang saya sebak melihat anak saya terpaksa menunggu saya balik sebaik sahaja sesi mengajar dengan student lain tamat. Saya selalu berdoa agar anak saya memperolehi keputusan yang baik walaupun saya tidak mampu memberikan masa yang secukupnya lantas kesibukan saya sebagai eksekutif dan juga tutor.

Alhamdulilah.. Allah selalu mengabulkan doa saya kepada anak saya. Mungkin kerana saya seorang ibu yang mendoakan kebaikan untuk anaknya atau mungkin niat mengajar saya kerana setiap kali saya pasangkan niat mengajar student saya, saya akan doakan sekali untuk anak saya.

As a result, anak saya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan saya sendiri terkejut melihat perubahan tersebut. Saya perasan semenjak saya mengajar anak orang lain, anak saya sendiri menunjukkan peningkatan yang luar biasa pada pandangan saya. Seorang ibu kepada student saya ada menyebut:

Kadang-kala Allah akan curahkan kamu rezeki anak yang pintar kerana kamu ikhlas mengajar anak orang lain”

Moral of the story: Kalau ingin berkongsi ilmu, buatlah dengan seikhlas yang mungkin, Sama ada kamu adalah tutor, cikgu, pensyarah, student, kawan atau sesiapa sahaja. Kamu akan melihat kemujaraban ilmu yang kamu kongsi itu. 

Ramai yang ingin berkongsi ilmu. Tapi ada sesetengah orang berfikir ilmu berkaitan dengan pendidikan sekolah. Jawapannya adalah SALAH. Ilmu itu sangat luas maksudnya. Kalau saya ingin berkongsi dengan kawan saya cara-cara ingin memasak ikan goreng yang sedap, saya sudah menberi ilmu kepada kawan saya. Jikalau kawan saya tak tahu bagaimana ingin menggunakan aplikasi Microsoft point ke excel ke dan saya ingin membantu. Itu juga dikira berkongsi ilmu! Kalau kita ingin mengejar pahala..maka ini adalah pahala yang senang di raih!

Moral of the story: Kongsilah ilmu walaupun sedikit. Pahala sedang menanti anda! 

Friday, 1 November 2013

Being Spontaneous is Fun!!!


SPONTANEITY By Aletha Kucshan

Salam and Hi to all J …tadi saya baru sahaja mencoret tentang zikir dan kali ini jari jemari ini gatal nak mencoret lagi tentang sesuatu …iaitu BEING SPONTANEOUS…J

Kenapa yer saya sebut spontaneous atau beraksi secara spontan? Sebenarnya saya telah melakukan sesuatu perkara secara spontan kerana ingin mengetahui apa reaksi yang saya alami setelah melakukan perkara spontan tersebut..yang nyata saya merasakaan sesuatu perasaan yang TERUJA or EXCITED…

Saya selalu melakukan perkara mengikut arus dan jarang sekali melakukan aktiviti spontan kerana ketandusan masa. Jadi, semalam saya bertekad untuk bermain badminton walaupun dengan memakai baju kurung!!!! Saya berasa kurang pasti dengan tindakan saya untuk bermain badminton memakai baju kurung tetapi saya bulatkan tekad saya untuk mengetahui apakah perasaan saya selepas tindakan tersebut.

Hasilnya, saya berasa gembira dan puas hati kerana dapat bermain badminton bersama-sama officemate saya. Mereka mula-mula terkejut dengan saya menerima pelawaan mereka untuk bermain badminton bersama-sama. Saya sampai di dewan dengan ayu berbaju kurung berkasut tumit. Apabila berada di dalam gelanggang saya cabut kasut tumit tinggi saya dan terus beraksi bersama-sama kawan-kawan. At last, I’m feel free and happy for being spontaneous!!!

“it is fine to be spontaneous sometimes but please not all occasions!”

Ini kerana saya dapat merasai kenikmatan perasaan excited  because being a mother your life is full with schedules. It starts with morning chores until late at nite. I’m not complaining but as a human we need a break. Sadly, not all the time we’ve been given this moment ( u have enough time to do whatever u want to do) so by being spontaneous I would treasure the moment! Like what I did yesterday! Suddenly decided to play badminton with my co workers padahal tak pernah dibuat sebelum ni.

I can say that it is fun for being spontaneous and I should do that not only to myself but for my husband too. For your information, bila dah kahwin time to spend with our beloved spouse is limited…very..very limited!  

Ini disebabkan komitmen kita terhadap kerja ( contoh macam saya yang kadang kala balik di malam hari) dan juga komitmen terhadap anak-anak ( no free weekend for ourselves ). So, I believe through spontaneous action towards your spouse can spark your marriage life. Kadang kala ia tidak memerlukan belanja ratusan atau ribuan untuk membuat perkara spontan kepada spouse atau pasangan kita. Tetapi melalui perbuatan kita cukup untuk pasangan kita menilai bagaimana perasaan kita terhadap mereka!

Several suggestions:
1.    Ajak spouse jogging bersama-sama atau lakukan aktiviti riadah bersama-sama 1 keluarga
2.    Ajak spouse pergi hiking bukit atau gunung
3.    Ajak spouse/ girlfriend/ boyfriend pergi memancing ikan
4.    Pergi melawat muzium atau tempat tarikan pelancong di KL
5.    Hantar a bouquet of flower or chocolate to your spouse (jangan ingat waktu hari bersejarah aje …)
6.    Ajak mandi di sungai ke atau taman tema air

Bottom line :  Kalau kita gembirakan orang yang kita sayang automatically kita pun akan gembira jugak …

To those who are still single, you can do these spontaneous actions towards your loved ones. But, remember your intention! Make sure it is a positive spontaneous action yerr…something that can produce better outcome bukan memudaratkan keadaan…always think carefully before implementation of the spontaneous ideas yer…adios!