The thots of Mine

Monday, 30 December 2013

Iktibar yang saya telah dapat

Salam ..
Semalam saya baru menerima perkhabaran mengenai bapa saudara saya yang baru meninggal dunia. Beliau berusia 70an. Saya mohon jasa baik saudara untuk menghadiahkan Al Fatihah untuk bapa saudara saya.

Ada beberapa perkara yang saya telah pelajari.

pertama: hubungan anak dan ibu bapa sewaktu ibu bapa sudah meninggal dunia.

Apabila seorang hamba meninggal dunia, hamba itu akan dibekalkan terus menerus melalui salah satunya doa si anak untuk ibu bapanya lagi.Apatah lagi jikalau anak adalah anak lelaki kerana kelebihan mereka tidak perlu meminta keizinan daripada pasangan mereka. Manakala, anak perempuan jikalau sudah bernikah wajib memohon keizinan daripada suami. Di sini , saya tersedar betapa pentingnya pendidikan agama kepada anak-anak. Dalam saat saya sibuk mencari rezeki, saya terlepas pandang terhadap perkara ini.

Kedua: tingkah laku si anak ketika jenazah ibu dan bapa di depan mata.

Entah mengapa saya sangat sensitif bab ini. Mungkin kerana saya sudah kehilangan ibu dan ayah membuatkan saya terasa pentingnya tanggungjawab si anak memastikan jenazah ibu atau ayah sentiasa dialunkan surah yassin dan surah Al Quran yang lain supaya syaitan tidak menganggu arwah. Seboleh-bolehnya saya sarankan sang anak dengan ikhlas menyedekahkan surah yassin atau surah yang mana di dalam Al Quran kepada arwah ibu atau bapa bukan sekadar melepas batuk di tangga. Setiap dari kita akan mati maka tak sedih ke kita kalau diperlakukan sebegitu rupa.

Ketiga: sentiasa bertanya kepada sesiapa yang pernah arwah ibu bapa kita berhutang.

Keempat: kalau mampu buatlah haji utk arwah ibu bapa kita. Seeloknya kita yang buat sebab kita akan ikhlas melakukannya daripada mengupah orang.

Kelima: selalu sedekah Al Fatihah kepada arwah ibu atau bapa kita. Kasihanilah mereka dan jikalau kita selalu lakukan iaitu menyedekahkan Al Fatihah..maka pintu rezeki akan luas untuk kita.

No comments:

Post a Comment