Dah lama tak bertamu di blog ini. Seperti biasa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kerja. Tajuk kali ini memang saya khususkan 'KELUARGA'. Mengapa? Senang saja jawapan saya generasi sekarang terlalu mementingkan material berbanding dengan kasih saying keluarga. No time for the loved ones
Saya bertemu dengan seorang kenalan di tempat kerja baru saya, jurang antara umur saya dan juga kenalan saya agak jauh (kenalan saya lebih berusia ). Melalui perkenalan kami, saya mula menghargai erti sebuah kasih sayang sebuah keluarga. Saya bertuah mendapat sepasang ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhadap saya dan adik-adik yang lain. Sayangnya, Tuhan telah meminta kembali pinjamanNya terhadap saya dan adik beradik yang lain. Namun, detik-detik memori kami sekeluarga tetap segar dalam ingatan saya.
Kenalan saya ingin telah mengajukan soalan yang mengejutkan saya kerana sepanjang perkenalan kami jarang benar kenalan saya menceritakan hal keluarga kepada saya. Soalannya berbentuk begini:
"Andaikata kau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, adakah kau akan kahwin ke?"
Saya terdiam sejenak sebelum menjawab soalan tersebut dan lantas menjawab "YA". kemudian soalan seterusnya ialah
"kau nak anak-anak ke?"
Saya tersenyum dan sekali lagi jawapan saya "YA" tetapi kenalan saya menggelengkan kepala mengatakan jikalau dia di beri peluang kali ke2 sudah pasti dia tak mahu dikurniakan anak-anak kerana baginya anak-anaknya sentiasa menyakitkan hatinya. Kenalan saya mengatakan semasa muda dia sentiasa menatang anak-anaknya bagai minyak yang penuh tetapi hasilnya apabila semua anak-anak sudah besar mereka langsung tak menjaga kebajikan kenalan saya. Duit tak dihulur dan hanya hadir ke rumahnya apabila mereka kesuntukan duit.
Mendengar keluhan rakan saya membuatkan saya sedih apabila seorang ibu diperlakukan sebegitu rupa. Apa salah kenalan saya itu sehinggakan anak-anaknya bertindak begitu.Mungkin ada sebab munasabab mengapa kenalan saya diduga begitu kerana Tuhan tidak pernah zalim ke atas hamba Nya.Apa yang menambah kesedihan saya ialah kenalan saya ini merupakan ibu tunggal di mana bekas suami masih mengharapkan belas ihsan kenalan saya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Sedih dan pilu saya melihat kenalan saya begitu tabah mengharungi segala qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Tuhan terhadapnya. Bagi saya, kenalan saya adalah seorang makhluk ciptaan Tuhan yang kuat walaupun pada zahirnya kenalan saya ini bertubuh halus namun jiwanya besar.
Saya masih lagi berfikir mengapa Tuhan menemukan insan-insan yang berjiwa besar seperti ini di dalam hidup saya namun saya bersyukur di atas kenikmatan peluang ini. Pengalaman kenalan saya mengajar saya lebih menghargai keluarga dan cuba mendidik anak-anak tentang tanggungjawab supaya esok kelak mereka tahu apa patut dilakukan. Saya berharap saya masih lagi berkebolehan dalam mendidik anak-anak saya memandangkan saya merupakan ibu bekerja. Banyak masa tertumpah di medan kerja berbanding menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Terdetik juga ingin berhenti dan menumpukan perhatian kepada keluarga tetapi buat masa ini belum terdaya untuk tidak bekerja kerana komitmen-komitmen yang sedia ada. Jadi jikalau ada masa terluang sudah pasti saya tidak lepaskan peluang. It is a golden moment!
Baru kini saya mula merasakan besar sungguh tanggungjawab as a mother to my children and as a wife to my beloved husband. Jikalau salah acuan, di dunia ini sudah nampak akibatnya dan di akhirat kita bakal di soal di atas kelalaian kita sebagai mak dan juga isteri. Mudah-mudahan saya dan anda semua Berjaya menjadi insan, isteri, anak dan ibu yang berjaya.
Gambar keluarga yang paling saya suka!
it is not easy to be a wife and a mother at the same time. Tambahan pula di zaman yang mencabar di generasi anak-anak kita didedahkan dengan pengaruh luar yang kuat. Love them while they are around you! Sifat manusia akan mula merindui apabila orang tersayang hilang di mata. Selagi bernafas sayangilah keluarga kerana tanpa mereka hidup kita tiada makna.
Bila Nenek dan cucu-cucu bergambar bersama...meriah!!
Ada beberapa perkara yang kita terpaksa bertoleransi dengan keluarga kita.
1. Annoying /Menjengkelkan
Haha...siapa yang tak rasa benda ni memang pelik bin ajaib. Every family member akan merasakan perasaan ini dan mesti terlintas kat kepala kita " kalau bukan aku ni adik beradik kau dah lama aku tak kawan ". Yeahh...I have gone that phase and still going into that phase hahhaha....walau macam mana pun tahap annoying nya perasaan kita kat adik beradik kita, kita akan sejuk hati jugak akhirnya.
2. Kena maki / marah
Hanya dengan adik beradik kita aje kita boleh marah dan dimarahi sesuka hati. Kita bencikan ..betul tak? bak kata orang tua " jauh bau Wangi, dekat bau tahi" ini lah pepatah yang paling sesuai. bila jauh cakap rindu la nak lepak ..tapi bila dah melepak bercekau la plak .
3. Masalah adik beradik kita or masalah pasangan adik beradik kita
Bila adik beradik kita dah berkahwin ..jumlah ahli keluarga semakin membesar dan itu maksudnya kepala pun dah makin banyak . jadi setiap orang ada ragam masing-masing sebab bukan semua orang dibesarkan dengan cara didikan yang sama seperti mana diterapkan oleh ibu bapa kita. Kat sini factor toleransi memang penting sebab kalau takde memang keluarga akan berpecah belah dan akhirnya kita bergadoh sampai tak berjumpa bertahun - tahun .
kalau nak diikutkan statistic mahkamah syariah terhadap penceraian memang meningkat jadi kes anak-anak yang terbiar atau tidak cukup kasih sayang ibu bapa memang tinggi. Kat sini aje anak-anak terpaksa menelan segala kepahitan akibat perbuatan ibu bapa mereka. Bukan saya kata cerai itu buruk ....kadang kala penceraian itu lebih membawa kebaikan terhadap pasangan terbabit tetapi di sini pasangan tersebut mesti memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Namun, amat sedikit pasangan yang bercerai memberikan perhatian yang cukup kepada anak-anak mereka. Ini di tambah lagi apabila bapa kepada anak-anak ini gagal melunaskan nafkah zahir kepada anak-anak mereka. Kalau di dunia kita terlepas, percayalah di akhirat kita takkan dibiarkan terlepas kerana pengabaian tanggungjawab kita.
Thank You so much for giving them as my family members, Alhamdulilah
No comments:
Post a Comment