The thots of Mine

Monday, 21 April 2014

Think Twice

Salam to everyone.

Baru-baru ni saya terbaca tentang kejadian seorang ulama yang ditegur oleh seseorang yang merupakan public figure. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah medium teguran yang digunakan oleh beliau dalam ingin menegur ulama tersebut.

Perkara ini mengingatkan saya tentang cara teguran yang berhemah dan digalakkan dalam Islam. Islam is a way of life and I believe both of them should be aware of it. Tapi kadang-kadang mungkin terlalu mengikut rasa kedua-duanya saya perhatikan tidak berhati-hati dalam menyampaikan teguran.

My personal opinion, kedua-duanya patut berhubung dan menjernihkan air yang keruh. Bukan menggunakan media massa sebagai platform untuk 'menjernihkan' keadaan. Kata-kata yang diutarakan pasti tidak akan disampaikan dengan telus.  Saya yakin keadaan tidak akan menjadi jernih seperti yang mereka sangkakan. Pasti ada di antara kita sudah bermain permainan " rangkai manusia".

Rangkai manusia bermaksud bahawa lebih daripada 5 manusia dihimpun dan manusia yang berada di kedudukan pertama akan di beri maklumat dan maklumat tersebut haruslah disalurkan kepada orang lain sehingga kepada orang terakhir di dalam kumpulan berkenaan. Hasil maklumat terakhir itu mestilah di beritahu melalui manusia yang berada di dalam kedudukan terakhir. Beberapa eksperimen telah dilaksanakan dan secara konklusinya maklumat yang diterima akan tersimpang jauh daripada maklumat asal yang diberikan kepada manusia yang berada pada kedudukan pertama tadi. Nah!! bukankah telah terbukti kelemahan manusia dalam menyampaikan maklumat.

Tetapi apa yang menyedihkan saya, kedua-dua public figure ini mempunyai followers yang banyak dan apabila hubungan kedua-duanyanya  tegang maka sedikit sebanyak membuatkan followers mereka berpecah dan saling memaki hamun. Seharusnya, penegur ini harus memikirkan akibat daripada tindakannya.

Lesson learnt:

1. Fikir sebelum buat tindakan.
 ( I know it is hard to think especially when you are in the middle of controlling your anger).


No comments:

Post a Comment