The thots of Mine

Thursday, 31 October 2013

Anda Yakin Rezeki itu Pemberian Tuhan?

Salam and Hi to all J. Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya meletakkan title seperti di atas di dalam coretan saya kali ini. Saya mula memerhatikan tingkah laku manusia di sekeliling saya.Actually, saya pun tak pasti mengapa saya perlu bertindak sedemikian tetapi hati saya terpanggil-panggil untuk mencoretkan perasaan saya di waktu ini. Mungkin kerana saya terkesima melihat kerenah manusia. Betul kata rakan karib saya:

“Kebenaran karakter seseorang akan terbukti di waktu genting “

Saya merasakan kebenaran terhadap ayat rakan karib saya itu. Saya terpandang beberapa orang yang saya sangat hormat selama ini kerana karakter mereka, tetapi apabila di uji dengan rezeki yang berupa harta benda mereka mula menunjukkan belang mereka semata-mata ingin menyelamatkan rezeki mereka yang merupakan pinjaman Tuhan kepada mereka. Hati saya tertanya-tanya apakah mereka sudah terlupa tentang kebenaran yang terang dan nyata iaitu:

“Allah Pemberi Rezeki kepada sekalian makhluk seluruh alam”

Hati saya terkejut melihat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai seorang muslim yang sangat percaya akan setiap rezeki yang saya terima merupakan pemberian Tuhan dan juga pinjaman Tuhan. Maka, saya tidak boleh mengatakan duit dan harta saya merupakan hak saya sepenuhnya. Tetapi saya digunakan sebagai pengantara kepada makhluk Allah. Apabila saya melihat mereka gah menceritakan agama kepada saya tetapi kelakuan yang mereka potretkan kepada saya adalah bercanggah dengan apa yang mereka tazkirahkan kepada saya. Barangkali, saya juga tersilap menilai seseorang tanpa prejudis L

“Don’t Judge the book by its cover…”

Ayat ini mengingatkan diri saya tentang ragam manusia sekarang. Saya juga terlupa bahawa bukan semua orang mempunyai prinsip hidup yang sama seperti saya.

Suatu perkara yang manusia sering terlupa ialah kekuatan mereka terhad walau sekuat mana pun mereka. Mereka mampu menakutkan makhluk ciptaan Tuhan yang lain tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri. Jikalau kita mengharapkan medium lain selain daripada Tuhan sebagai pemberi rezeki, maka rezeki kita disempitkan. Mengapa Tuhan menyempitkan rezeki kita apabila kita menduakan Tuhan? Kita kena faham bahawa manusia tetap lemah dalam memberi rezeki kerana mereka juga mengharapkan rezeki daripada Tuhan. Manusia tidak mengetahui apa yang terjadi kepada mereka pada hari esok. Jadi, bagaimana manusia boleh mengetahui rezeki apa yang mereka akan dapat untuk hari esok atau sejam daripada sekarang? Itu menunjukkan kelemahan manusia. Manusia masih memerlukan medium yang boleh membantu mereka memberi rezeki kepada makhluk Tuhan yang lain.

Mengapa saya berkata sedemikian? Bagi saya, saya sangat mengharapkan rezeki daripada Allah dan saya sangat yakin Tuhan yang memberikan saya rezeki selama ini. Bukan bermaksud Allah campakkan duit atau apa sahaja daripada langit! Tetapi Tuhan menetapkan pengantara rezeki untuk saya. Saya berjumpa dan berpisah dengan pengantara rezeki saya adalah di dalam kekuasaan Tuhan  Alhamdulilah, hati saya masih teguh dengan pendirian tersebut walaupun di ganggu dengan cubaan-cubaan lain.

Mungkin kerana rezeki saya tidak sehebat rezeki yang diberikan oleh manusia-manusia di depan mata saya sehingga membuatkan mereka mampu membuatkan apa sahaja untuk memastikan rezeki itu tidak tercabut dalam gengaman mereka. Inilah yang menyedihkan saya sebagai pemerhati telatah mereka.

Suatu perkara yang mustahak yang saya pelajari ialah keyakinan kita terhadap kekuasaan Tuhan memberikan rezeki. Memang benar bahawa kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki tetapi bukan cara yang bertentangan dengan etika sebagai seorang muslim.


No comments:

Post a Comment