The thots of Mine

Friday, 25 October 2013

Adakah Anda Stress????

Macam pernah dengar tak perkataan STRESS? Sebenarnya perkataan ini dah macam perkataan normal sampai budak darjah 5 pun tahu guna perkataan ini. Terdapat banyak faktor yang membolehkan kita cepat terasa stress. Tapi itu bukan satu alasan mandatori yang membenarkan lidah dan hati kita menyebut stress. Ada orang boleh handle stress tapi ada yang tak boleh handle stress sampaikan boleh buat sesuatu yang kita anggap luar biasa perbuatannya..

STRESS & HUBUNGAN

Pasangan kekasih dan Rumahtangga

Percaya tak penangan stress ni boleh menyebabkan hubungan menjadi retak atau putus. Tak kira la hubungan tu adalah hubungan kekasih, pasangan rumahtangga atau keluarga. Disebabkan sifat kita sebagai manusia yang suka mengukur faktor keduniaan sebagai faktor kejayaan telah menciptakan satu persaingan yang membebankan kita sendiri. Tak dapat apa yang kita target kita STRESS so disebabkan hukum kat dunia ni TAK SEMUA KITA PINTA KITA AKAN DAPAT membuatkan kita menjadi STRESS BANGAT!!! Apabila kita tak mampu nak handle stress tu kita terlupa yang kita juga akan mempengaruhi emosi pasangan kita. Kena ingat yerr….pasangan yang mencintai kita adalah seperti cermin kita…cubit peha kanan, peha kiri terasa..jadi secara automatic pasangan kita akan ter”emo” sekali dengan kita ..apabila kedua-dua sudah stress mestilah berangin ajer la kan…so kita end up akan bergaduh lebih daripada menyayangi pasangan  kita. Saya tak kata semua pasangan akan menghadapi senario di atas tetapi KEBANYAKKAN pasangan akan mengalami pengalaman tersebut.

Untuk pasangan yang sudah berumahtangga, apabila pasangan anda selalu stress bila balik dari tempat kerja mestilah ada “emo” jugak kan apatah lagi la bila pasangan yang emo tu tak layan anak-anak (jika ada) dengan good mood…terus mood pasangan swing 360 darjah. Daripada perkara remeh – temeh terus jadi perang besar . Akibatnya pasangan mungkin mendapat melihat barang-barang rumah beterbangan ataupun pasangan anda tidak akan bercakap dengan anda melebihi 1 hari..:) Tapi apa yang saya ingin tekankan ialah implikasi atau “effect” ke atas anak-anak jikalau mereka terpaksa menyaksikan kelakuan ibu bapa mereka. Ingat!!! Apa yang anda lakukan sama ada baik atau buruk semuanya adalah pelajaran kepada anak-anak anda..jangan terfikir “ ala budak-budak ni kecik lagi, bukannya dorang tau pun “ ..YOU’RE MAKING HUGE MISTAKE! Maybe dalam fasa itu anak-anak kita tidak mampu untuk menanya atau pun berani berkata-kata kepada kita tetapi mereka akan menunjukkan kelakuan yang mereka pelajari ke atas adik beradik yang lain atau pun ke atas anak orang lain. Haaa……takut takk??....inilah kesan-kesan yang sebenarnya kita terlepas pandang sebagai ibu bapa..kalau boleh stress di tempat kerja atau di luar rumah jangan di bawa masuk ke rumah. Kalau di bawa masuk ..banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Saya bercakap melalui pengalaman kerana saya merupakan isteri dan ibu kepada 3 orang anak.

Keluarga

Saya membesar di dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Arwah bapa saya merupakan seorang pegawai kerajaan yang sudah bersara manakala arwah ibu saya adalah seorang surirumah tangga sahaja. Dengan hanya bergantung pendapatan arwah bapa saya, alhamdulilah kami sekeluarga mampu menikmati kehidupan yang sempurna dalam kaca mata saya sebagai anak dan menikmati kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada arwah keluarga saya. Di sini bukan saya ingin berasa bangga dengan kenikmatan yang saya dapati, tetapi saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana dalam banyak-banyak ciptaan makhluk Allah, saya dikurniakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan baik.

Sepanjang arwah ibu bapa saya hidup, saya sangat jarang melihat kedua-dua ibu bapa saya bergadoh teruk sehingga terbang melayang barang-barang dan saya tidak pernah melihat ibu saya dikasari oleh bapa saya. Tapi apa yang saya kagum dengan bapa saya, se”stress” mana pun arwah bapa saya, dia hanya senyapkan diri tapi bila anak-anak datang bertanya itu dan ini beliau masih mampu tersenyum dan cuba membantu. Arwah ibu pula sangat memahami karakter sang suami dan sangat menyabar melayan kerenah suami dan anak-anak. Apabila saya berkahwin, saya tidak menyangka sangat sukar  menjadi tugas isteri dan ibu. Tahap kesabaran itu..jangan di sebut ..SANGAT TINGGI!!...tapi bukan bermakna saya harus mengalah…tetapi saya akui di awal perkahwinan saya selalu tewas dalam mengawal stress ini kerana saya masih berusia muda dan bak kata pepatah “ darah muda “ memang sentiasa membuak-buak..untung ada pasangan yang penyabar sedikit daripada saya…hehhe…tahun demi tahun saya harungi bahtera perkahwinan dan saya pelajari banyak perkara baru dan kadang di perbaharui akibat kealpaan saya. Namun dengan kehadiran 3 cahaya mata membuatkan saya semakin matang dalam mengawal stress. Kadang-kadang pernah terkeluar air mata kerana tak mampu mengawal stress akibat kenakalan anak-anak, namun hati terubat melihat wajah indah mereka ketika tidur. Waktu itu, hati mengucap syukur , saya masih lagi mampu bernafas dan diberikan nyawa menyaksikan situasi tersebut maka hilanglah stress dan jiwa terasa tenang sekali.

STRESS DAN SEKELILING

Office/ Pejabat

Saya percaya ramai di antara kita masih bekerja tidak kira la lelaki atau wanita. Disebabkan faktor kos sara hidup yang tinggi membuatkan pasangan suami isteri bekerja dan bila bekerja faktor stress pun ikut sekali. Berapa banyak jer di antara kawan-kawan kita yang bekerja dengan orang bahagia sangat-sangat. Semua kalau boleh bahagia kerja sendiri cuma tak berani ceburkan diri 100% sebab fixed expenses and debts yang kita ada. Saya sendiri mengakui dan alhamdulilah hati sekarang semakin terbuka untuk berniaga sendiri . In shaa Allah, dalam proses merealisasikan impian..seperti di Akademi Fantasia!..cheewaahhh!!..

Okey..berbalik kepada suasana pejabat yang kita  boleh simpulkan dalam tempoh 24 jam sehari lebih daripada 50% masa kita habiskan di pejabat. Di situ juga kita diberikan pengalaman yang banyak oleh Tuhan untuk mematangkan diri kita. Di situ jugalah kita belajar hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Kita mula mengerti maksud asam garam hidup dan kerenah manusia tak kira tua atau muda. Istilah “anak jangan di sangka bapak, bapak jangan disangka anak “ pun wujud juga…

Namun faktor stress ini lebih berkait dengan :
  • ·     cara pembawakan diri dalam menyelesaikan kerja, Contoh: boleh ke buat kerja extra time, stress ke kalau kerja melambak-lambak, boleh ke siapkan berdasarkan dateline dan etc.

  • ·  team mate . Contoh: kalau dapat team mate yang sekepala memang best! Tapi kebanyakkan akan mendapat team mate yang opposite karakter dengan diri sendiri. Paling worst kalau bab kerja lari tapi bab nama mari.

  • ·      Bos /team leader : Kita selalu mendengar bos yang tak bagus la, kaki mengampu laa..bos yang tak professional dan nakkan kredit untuk diri sendiri. Ini adalah faktor yang terpenting dalam stress kat pejabat. Kalau kita dapat bos yang kurang memahami diri kita, kita secara automatik akan merasa stress dan kehidupan di pejabat terasa “panas”.

  • ·         Officemate: kalau boleh kita patut kekalkan tahap professionalism di antara kita sebab takut jadi bias atau rasis terhadap co-workers lain. Kalau bergossip ni memang takleh nak dinafikan, memang sentiasa ada.

  • ·    Faktor perjalanan: dahulu benda ni selalu dipandang remeh, tetapi sekarang di beri perhatian sebab harga petrol yang selalu berubah-ubah menyebabkan kita terpaksa menambahkan kiraan kos perjalanan.

Jiran Tertangga

Kalau dulu kita selalu ada masa nak singgah ke rumah jiran. Tapi sekarang faktor kepesatan ekonomi ( orang sibuk cari duit sebab nak tamping kos sara hidup ) membuatkan kita pandang sepi saja semangat kejiranan. Bukannya mak tak ajar masa kecil tapi kita selalu tak cukup masa. Kalau kena rumah bertanah , sempat la senyum dan bertanya kabar kalau nak reverse kereta waktu kerja pagi. Tapi kalau rumah apartmen, nak senyum pun tak sempat. Lama kelamaan semangat jiran tu dah ghaib.

Dalam Islam, Jiran ada seorang yang kita pandang tinggi kerana jiran yang tinggal paling hampir dengan kita. Jika kita sakit, jiran yang akan tolong sebelum sedara atau ambulans datang. Tapi sifat manusia ni suka meng”kompleks”kan keadaan, kadang-kadang sifat ingin tahu jiran ni menyebabkan umpatan atau fitnah berlaku. Apabila si fulan ni difitnah mungkin 1 kawasan kejiranan akan memandang serong ke arahnya dan akibatnya si fulan ni nak stress dan mengasingkan diri kerana marah (difitnah) atau malu ( kantoi sebab semua tahu).Kalaulah si fulan ni single, maka maruahnya dan ibu bapa akan tercalar tetapi jikalau si fulan ni sudah berkahwin dan memiliki anak maka secara tak langsung 1 keluarga terpaksa menanggung malu.

Kawan-kawan

Siapa yang hidup nak bersendirian? Itu bukan fitrah manusia. Hawa dicipta oleh Allah disebabkan Allah kasihankan Nabi Adam yang keseorangan. Dari situ kita tahu bahawa manusia tak suka keseorangan dan tak boleh hidup keseorangan.

Maka tidak hairanlah manusia suka berkawan. Daripada persahabatan yang wujud, kita mencari keserasian atau “chemistry” bak kata mat salleh..hehe..

Tapi ada persahabatan yang berakhir dengan permusuhan ada pula persahabatan yang tiada penghujung dimana persahabatan mereka sangat akrab.alhamdulilah jikalau kita tergolong dalam persahabatan yang kedua.

Tetapi stress wujud dalam persahabatan yang pertama iaitu persahabatan yang diakhiri dengan permusuhan. Wujudnya “back stabber” yang begitu sinonim perkataannya pada waktu ini. Mungkin amat payah untuk kita maafkan si back stabber tetapi jika kita pupuk kemaafan dalam diri kita in shaa Allah kita akan Berjaya.Cumanya bergantung kepada kita untuk memaafkan si fulan itu dengan cepat atau lambat. Daripada pengalaman saya yang daif ini, saya pernah mengalaminya dan agak terluka sangat lama..cuba mencari-cari ketenangan diri tetapi akhirnya saya faham suatu perkara bahawa  Tuhan ingin saya mempelajari semua ini dan memupuk perasaan sabar saya sebagai manusia. Seperkara lagi, saya mulai mengetahui bahawa karakter manusia boleh berubah sekelip mata dan saya harus berpegang kepada karakter manusia pada fasa sekarang dan bukan fasa yang dahulu kala. Betul lah pepatah orang tua " Sekali air bah, sekali pasir berubah"

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN STRESS

Step 1 : Fahami Punca Stress
selidik punca penyebab stress anda

Step 2: Letakkan keutamaan
senaraikan keutamaan masalah yang menyebabkan stress.
jangan cuba selesaikan semua masalah serentak
bertindak mengikut kemampuan

Step 3: selesaikan masalah satu per satu
selesaikan masalah kecil supaya masalah tersebut tidak merebak menjadi besar
cuba selesaikan masalah dalam waktu yang sesuai

Step 4: menangis
menangislah!! kerana menangis adalah amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa

Step 5: ketawa
dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat yang mampu bersama ketika susah.
ketawa menyebabkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung meningkat, otot-otot dan suhu badan juga diaktifkan

Step 6: Bersenam atau beriadah
bersenam bukan sahaja mengurangkan stress tetapi menyihatkan badan secara tak langsung

Step 7: Menyanyi, menari dan menjerit
Apabila stress anda boleh menyanyi di dalam bilik mandi kalau menangis pun takde siapa yang perasan tapi hati anda sangat lega!!! cuba lah!!
JIkalau anda perlu menjerit..pergilah di suatu tempat yang anda rasa selamat dan sunyi dan jeritlah sepuas hati dan nyatakan segala kekesalan yang tersimpan di dalam hati anda. Luahkan!!! kerana anda akan berasa lega walaupun masalah  itu belum lagi selesai tetapi anda mempunyai minda yang tenang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Step 8: Curahkan segala perasaan di dalam diari
Jikalau anda merasa tertekan akibat marah, geram, sedih atau sebagainya. Diari adalah di antara medium yang boleh di gunakan untuk meluahkan perasaan.
Catatkan segalanya tidak perlu formal, sudah memadai anda sendiri yang faham.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan blog untuk luahan perasaan.

Step 9: Luahkan perasaan kepada sahabat karib
Jikalau anda merasakan masalah yang anda hadapi terlalu berat, anda bolehlah berkongsi rasa dengan sahabat karib anda.
Melalui luahan rasa anda, sahabat karib anda mungkin dapat memberikan beberapa alternative solution kepada anda.
Ingat! Setiap orang memandang satu masalah yang sama dengan pandangan yang berbeza!

Step 10: Meditasi atau bertakafur
melakukan penilaian semula dengan perbuatan tak kira lisan atau fizikal yang telah dilakukan sebelum masalah ini terjadi
dengan bertakafur anda mungkin dapat menilai level permasalahan tersebut

Step 11: Tahu Had Kemampuan
Tahu tahap kemampuan diri dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
jangan menyiksa diri jikalau anda tidak mampu menanggung sendirian

Step 12: Berusaha dan Bertawakal
Bertawakallah kepada Tuhan sekiranya kita telah berusaha 100%
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

Step 13: Bersantai
Jikalau anda berkemampuan, anda bolehlah menenangkan perasaan anda dengan mengambil cuti untuk bersantai di pantai ataupun ke luar negeri/negara.
Lakukan kegiatan yang tidak terlalu membebankan tetapi menyeronokkan

Step 14: Ambil Mudah
Harus terapkan dalam minda "Setiap masalah ada penyelesaian" atau " setiap racun ada penawarnya"
Harus bersangka baik dengan setiap apa yang terjadi dengan kita

Step 15: Mengadu pada kaunselor
Sekiranya masalah yang anda kongsi bersama temam karib tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Anda bolehlah bertemu dengan kaunselor.

Step 16: Berurut
Berurut mampu mengurang tahap ke"stress"an anda!

Step 17: Refleksologi atau akupuntur
Selain berurut, cara ini turut mengurangkan tahap "stress" anda

Step 18: Hipnosis
Melalui pengawalan minda bawah sedar, mampu memprogramkan diri anda dalam menyelesaikan masalah anda.
Salah satunya ialah anda boleh mempositifkan minda anda melalui kata-kata yang positif.

Step 19: Amalkan sikap dan gaya hidup yang sihat
Mengambil permakanan yang seimbang, tak melakukan kegiatan yang tak bermoral dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan membuatkan kita rasa masalah kita ni tidak seteruk mana.


No comments:

Post a Comment