The thots of Mine

Thursday, 31 October 2013

Zikir itu Pengubat Duka

Salam and Hi to all J….Salam Jumaat to everyone dan semoga kita dapat keberkatan di hari yang mulia ini.

Coretan saya pada hari ini adalah tentang kebaikan yang kita dapat jika kita menjadikan zikir sebagai rutin hidup kita. Saya berkata melalui pengalaman saya ketika mengamalkan zikir. Saya teringat pada tahun 2006 saya di uji dengan kehilangan ibu tercinta dan pada tahun 2007 saya diuji sekali lagi dengan pemergian ayah mertua yang tercinta. Jiwa saya terlalu kacau pada waktu itu sehinggakan saya beranggapan Tuhan sengaja menyiksa saya dengan mengambil 2 orang yang paling saya percaya dan paling saya sayang. Saya seolah-olah tidak boleh menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan terhadap saya. Walaupun suami saya memujuk saya supaya redha namun saya jiwa saya keras dan saya akui waktu itu saya tewas kepada asakan syaitan dan sekutunya.

Sehingga pada waktu itu di mana tiada siapa pun mampu untuk mengubah pendirian hidup saya yang tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Di masa itu saya rasakan kehidupan saya terlalu sempit apa yang saya lakukan semuanya gagal, kalau nak kata sedih …jangan diucap pada waktu itu. Aktiviti menangis sudah menjadi aktiviti rutin saya pada waktu itu. Tetapi, makcik saya menyedari yang saya tidak boleh dalam keadaan itu lalu dia memujuk saya untuk membaca zikir “ Ya Allah” . Katanya, “zikir ini sangat pendek tetapi mendamaikan jiwa. Kalau nak tahu cubalah”. Saya hanya membisu 1000 bahasa sebab saya tidak mengerti kehebatan zikir ini. Lalu, saya mula membaca 41x sehari , kemudian saya kuatkan hati membaca 100x sehari, Masha Allah!! Hebatnya zikir ini kerana jiwa saya yang berkecamuk perlahan-lahan bertukar menjadi tenang sehinggakan saya menangis lagi. Tetapi tangisan kali ini adalah tangisan malu seorang hamba kepada Pencipta-Nya.

Saya lanjutkan pertanyaan saya kepada makcik saya, apakah ada lagi zikir-zikir yang mampu mendamaikan jiwa saya ini. Lalu, makcik saya menyebut:


“SubhanAllah wa bihamdihi” 
Maksudnya: Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung

Maka, saya amalkan zikir-zikir tersebut dan saya mula mengalami satu perasaan yang aman yang tidak mampu untuk saya sebutkan di sini. Tetapi yang nyata jiwa kacau saya yang saya alami pada waktu itu adalah jiwa yang sering diganggu oleh syaitan dalam menyesatkan saya daripada memahami qada’ dan qadar yang sudah di tentukan oleh Allah terhadap saya. Saya terlupa bahawa syaitan sudah bersumpah bahawa syaitan dan sekutunya akan cuba sedaya upaya dalam menyesatkan golongan manusia supaya bersama dengan mereka di akhirat kelak.

Saya juga mula mengamalkan zikir seperti :

Ya Hayyu Ya Qayyum

Sepanjang amalan  zikir ini, sebarang urusan yang saya lalui selalu dipermudahkan oleh Tuhan. Ini juga membuktikan kepada diri saya, saya tidak mampu untuk melakukan sesuatu urusan walaupun berjalan setapak ke hadapan tanpa bantuan Tuhan. Semakin saya berzikir, saya menjadi semakin tenang dan luka di hati terasa terubat. Kadang kala masalah yang saya hadapi tidak lagi selesai tetapi apabila saya selalu membaca zikir selalu sahaja bantuan itu hadir. Ini juga menguatkan pendapat saya bahawa:

“ Sesiapa yang inginkan doanya termakbul hendaklah didahulukan dengan ucapan zikir”

Ini bukanlah hadis tetapi adalah pendapat saya yang daif. Saya berani mengatakan ayat sedemikian kerana saya sudah mengamalkannya dan melihat bagaimana masalah yang saya hadapi dapat diselesaikan dengan cara yang kadang-kadang diluar jangkaan saya sebagai manusia yang lemah.

Walau apa pun seperti yang saya sebut kita kena faham maksud sesuatu zikir barulah kita boleh amalkan. Barulah keyakinan kita akan hadir dan kita akan menjiwai zikir tersebut.Selain daripada zikir yang saya telah sebutkan di atas, anda juga boleh mengamal zikir-zikir di bawah ini. Saya telah amalkannya dan telah melihat hasilnya. Jangan kita hanya baca seketika kalau boleh jadikannya sebagai amalan harian.


Bacaan  zikir  dan kelebihannya:-
1.    Fikiran menjadi tenang dan Jiwa terasa damai.
Suggestion zikir:



2.    Hidup berkat
Suggestion zikir:



3.    Menghadapi kesulitan dalam sebarang urusan




No comments:

Post a Comment