Okey..sebelum ni saya telah
menceritakan tentang stress in my blog..tapi hari ini saya nak cerita
pasal kebaikan..ntah kenapa lately ni
saya selalu berhadapan dengan kerenah manusia yang saya rasa sangat
menjengkelkan sehingga saya terasa diri saya sangat kabur untuk melihat
kebaikan orang tersebut.
Memang saya tak patut merasakan
perasaan tersebut tapi biasalah manusia ni penuh dengan kelemahan dan di
tambah pula asakan bisikan iblis
membuatkan saya kerap sahaja merasa perasaan jengkel tersebut. Kebetulan saya
ada terbaca sebuah buku yang saya terlupa pulak namanya ..nantilah kalau ada
masa saya akan berikan kepada viewers. Tak salahkan kalau kita berkongsi ilmu
yang bakal memberi manfaat bersama.
Penulis buku tersebut menyatakan
sebenarnya apa yang kita rasa terhadap seseorang manusia seperti geram, marah,
suka, menyampah, gembira dan sedih adalah normal kerana perasaan seperti ini
adalah anugerah daripada Tuhan kepada umatNya..tetapi terpulang kepada umatNya
untuk menggunakan anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya. Di dalam buku ini
pula menyatakan jikalau kita terasa
sangat-sangat dengan perbuatan seseorang terhadap kita, cuba kita pandang
kebaikan yang telah dibuat olehnya terhadap kita. Jikalau kita masih lagi tidak
mampu untuk menghapuskan kemarahan atau kesedihan kita, ambil la wudhu dan
jikalau tak mampu cubalah hiburkan diri dengan membuat sesuatu yang kita suka (
walaupun tidur!! ).
Beberapa hari yang lalu,saya
sering terfikir tentang perkataan “baik”. Ianya bermula daripada perbualan saya
dan ibu mertua saya mengenai kebaikan seseorang. Saya telah meluahkan kepada
ibu mertua saya tentang kejengkelan saya terhadap seseorang. Dengan tenang ibu
mertua saya tersenyum dan tekun mendengar luahan hati saya. Kemudian, ibu mertua saya bergurau dan
berkata “ kalau begitu semua orang pun jahat “. Saya terdiam dan mula
memikirkan ayat ibu mertua saya. Bisik hati “ habislah aku kali ni..mesti nak
kena tazkirah ..huhu”
Pesan ibu mertua saya ..dalam umur
saya sekarang ini saya sering akan berdepan dengan pelbagai kerenah manusia
kerana mereka ini akan mematangkan saya. Kata ibu mertua saya maksud baik itu
luas..sangat luas sehingga ianya bukan lagi spesifik tetapi general. Seseorang
manusia itu tidak boleh dikatakan baik oleh semua orang yang mengenalinya
kerana manusia itu sendiri mempunyai kelemahan.
Bak kata ibu mertua saya “ Mungkin
dengan kawan, dia bukan kawan yang baik tetapi di depan kaca mata anak-anaknya
dia adalah seorang ibu atau bapa yang baik. Mungkin juga dia seorang kawan yang
sangat baik, tetapi dia bukan adik atau kakak atau abang yang baik di dalam
adik-beradik. Mungkin dia seorang anak yang baik kepada ibu bapanya, tetapi seorang
kawan yang tidak baik kepada kawan-kawannya”. Bila dihuraikan kembali apa yang
ibu mertua saya beritahu kepada saya membuatkan saya tersedar bahawa manusia
itu sangat tidak sempurna. Terlalu banyak kelemahan diri ini untuk menyelami
masalah yang Tuhan beri sehingga saya tidak tahu bagaimana nak menghuraikan
maksud tersurat dan tersirat sesuatu masalah. Ibu mertua saya berpesan di
mana-mana saya melangkah, dengan sesiapa yang saya berjumpa..jangan terus
berprasangka ( prasangka baik atau prasangka buruk)..cukup sekadar memandang
orang itu sebagai manusia yang akan singgah di dalam kitab diri ini..
Pesan ibu mertua saya yang ingin saya
kongsikan :
“Kalau
baik jangan di sangka malaikat, kalau buruk jangan di sangka dajjal “
Secara konklusinya, saya merasakan
baik itu adalah suatu perkataan yang subjektif
di mana saya tidak boleh membuat hukuman atau assumption terhadap seseorang
itu dengan mengatakan dia jahat berdasarkan pandangan kasar saya. Kalau di mata
saya, seorang kawan yang “kurang baik” maka saya tidak boleh mengatakan dia
seorang makhluk Tuhan yang “kurang baik” kerana saya tidak tahu apa kebaikan
yang telah dia lakukan dan dengan
siapakah yang dia telah buat kebaikan. Mungkin kerana perasaan emosi saya
menyebabkan saya lupa tentang fakta itu dan Tuhan telah mengingatkan saya
menerusi ibu mertua saya.
Saya suka untuk menulis ayat yang saya
belajar di dalam subjek LAW sebab
sewaktu belajar dahulu saya suka mengusik rakan-rakan saya dengan menggunakan
ayat ini dan tak sangka bahawa saya akan menggunakan ayat ini untuk dijadikan
sebagai guideline hidup saya J
“Any
assumption can be rebutted”
No comments:
Post a Comment