The thots of Mine

Wednesday, 24 July 2013

Amboi Divanya Dia!!

Salam and Hi to all of you!!!..

Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera la hendaknya..ceewaahhh..bagai menulis surat tidak rasmi di waktu darjah 6…hehe..ok guys topic pada hari ini ialah DIVA @ SOMBONG…hurmm..mesti ramai yang pernah terserempak dengan manusia spesis ini atau pun terasa diri sendiri pun perangai macam diva jugak..(namun amat jarang di antara kita yang perasan perangai kita sombong melainkan orang lain tegur)..betul tak??

Sebelum ni I ada kupaskan sedikit mengenai manusia yang IKHLAS dan kali ini kita kupaskan sedikit manusia YANG PERASAN DIVA pulak..

Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai jenis gelagat manusia dan sebenarnya Tuhan tak akan izinkan kita bertemu dengan pelbagai jenis gelagat manusia jikalau itu adalah pengalaman yang sia-sia. Tuhan tak pernah jadikan sesuatu perkara atau benda SIA-SIA. Kita sebagai manusia jer yang suka buat perkara yang sia-sia. Kita akan tahu menghargai sesuatu pengalaman dan pengajaran jikalau kita tempuhi onak berduri..ceewaahhh….ada kajian mengatakan manusia akan lebih mengingati pengalaman yang buruk daripada yang baik..

DIVA DAN DIRI SENDIRI

Kat sini I sangat suka sebut Diva sebab perkataan tu seerti dengan sombong. Kita lebih suka memandang orang lain berperangai diva tetapi kita terlupa yang kita pun ada kalanya diva jugak. Kadang-kadang lebih teruk diva dengan Allah!..berapa ramai di antara kita yang menunaikan solat tepat pada waktunya kalau tak pun dengan cepat kita solat tak payah la nak combine waktu zuhur dan asar (kalau yang tak musafir)..sangat sediki!! Kita lebihkan perkara yang berbentuk duniawi sebabkan benda tu zahir..solat mengadap Allah tu sebab kita tak Nampak Allah secara zahir maka kita ambil sambil lewa…betul tak??

Kita terlupa yang kita bersikap sombong dengan Allah sedangkan Allah tak pernah terlupa pun kita walau sesaat!..

Lagi satu,  habis solat maka habislah semua..tak payah doa..kalau berdoa pun ala kadar aje just cukup pra syarat…sangat sedih kan?.. Cuba la kita ni …kalau orang yang minta something dengan kita tapi bertanya dengan ala kadar aje..nak ke kita kasi dengan riang ria..tak kan…so kat sini again menunjukkan yang kita ni bersikap diva dengan Tuhan.

Impak bila kita bersikap sombong dengan Tuhan kita akan merasakan kehidupan kita tak tenang, tak gembira, stress, terasa semua benda tak kena..apa yang kita hendak tu macam hampir tak dapat…Ini kerana Allah marah kita yang bersikap sombong dengan tidak berdoa kepada-Nya.

Allah sangat suka kita berdoa sebanyak-banyak yang boleh.

DIVA DAN PERSAUDARAAN

Selalu kita dengar luahan hati orang lain yang berbunyi:

“ Dulu dia tak macam tu pun, dia baik tapi sekarang ni sejak dah senang dah makin lupa diri”

“ Setakat ada kereta mewah dan tak nak kawan dengan orang yang low class!”

“Dia ingat dia tu siapa? Awat perasan diva sangat”

“ Baru Tuhan bagi sikit kaya, riak dah melampau-lampau, cakap suma nak besar aje!”

Ayat-ayat ini merupakan luahan rasa ketidakpuasan hati manusia ke atas manusia yang lain. Mula-mula sedih tetapi lama kelamaan sakit hati dan berharap agar si pendapat rezeki tu mendapat kemudaratan akibat keangkuhannya.

Sebenarnya si pendoa tu tak patut buat macam tu …sebab lagi kita berdoa benda yang tak baik lagi murahlah si pendapat rezeki yang sombong tu…pelik kan?? I pernah terbaca 1 buku motivasi yang mengatakan

“lebih baik kita mendoakan kemurahan rezeki seseorang walaupun dia adalah musuh kita kerana setiap doa yang baik akan membawa kebaikan kepada kita”

Maksudnya: tak guna kita berdoa sesuatu yang buruk kecuali orang yang teraniaya kerana setiap doa yang buruk akan mengakibatkan kehidupan kita semakin sempit.

Kalau si diva tu maintain dengan diva nya…kita doakan yang kita dijauhkan dengan orang sebegitu kalau betul-betul tak tahan..kalau boleh tahan telinga tu ..pekakkan aje!! Senang citer…

Pernah dengar pepatah mat salleh ni..

“Every dog has its days”

Maksudnya setiap orang akan mengalami setiap perkara..kalau dia sering menunjukkan kesombongan dia..maka Tuhan akan kelilingkan dia dengan orang-orang yang sombong supaya suatu hari dia akan menyedari betapa peritnya menjadi sombong.

Kalau kita sayangkan orang ni…kita boleh tegur secara berhemah. Kalau perli .memang tak lut! Lagi la dia menyombong tahap gaban..hehhe..at last habuk pun tarak…sebab selalunya orang yang sombong ni egonya tinggi melangit!

DIVA and SURROUNDINGS

Takde seorang manusia pun suka manusia yang diva sebab Allah pun murka dengan hambaNya yang sombong. Kalau kita bersikap baik dengan Allah tetapi angkuh dengan manusia yang kita rasa tak satu tahap dengan kita..( tak kisahlah dari segi status ke, ilmu ke, bangsa ke, kelas masyarakat ke, atau apa-apa pun)..memang kita akan sentiasa tidak mendapat ketenangan dan rasa hormat di dalam kalangan manusia.

Ingat!kita pasti akan merasa kesusahan walaupun kita ni orang yang paling kaya kat dunia ni..tapi jika kita sombong..Allah akan menemukan kita dengan manusia-manusia yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kita. Kerana Allah ingin kita tahu bahawa yang berhak sombong adalah Allah bukan kita. 

Tetapi kalau kita kaya tetapi dermawan dan tak sombong..percayalah walau sesusah mana pun kita..tetap Allah hadirkan kita pembantu dan kadang kala kita terkejut dengan bantuan yang Allah berikan kepada kita.

Kita harus ingat yang kita hidup hari ini, mendapat rezeki untuk hari ini dan belajar semua perkara untuk hari ini. Manakala, kita tak tahu pun esok apa akan terjadi kepada kita kerana itu adalah perkara ghaib dan rahsia Allah. Kalau kita rasa kuat hari ini, tak mustahil kita akan sakit atau lemah pada esok.

Jadi, apa guna menjadi sombong dan bongkak pada hari ini, sedangkan kita tak tahu apa akan terjadi pada hari esok. Kat sini sahaja menunjukkan kita sangat lemah dan kita sendiri tak tahu apa yang bakal akan terjadi kepada kita, anak-anak kita, family kita. So..fikir-fikirlah sebelum kita nak menjadi sombong..


Adios guys!!  :)

No comments:

Post a Comment