The thots of Mine

Sunday, 19 July 2015

We & Negativity

As Salam ..

Alhamdulilah ..setelah hampir setahun saya tidak menulis blog..kali ini saya berkesempatan menulis sempena cuti panjang Hari Raya kali ini.

Law of Attractions? Sejauh mana kita mmpercayainya...bagi saya mudah saya ...kita sedang melaluinya tetapi kita tak menyedarinya. Setiap hari kita bernafas, kita berfikir dan kita melakukan segala aktiviti harian. Tetapi, ada tak kita menyedari bahawa sebahagian kehidupan kita ada kaitan dengan law of attractions.

Saya sempat berbual dengan sepupu saya yang meninggalkan kerja makan gaji dan menjadikan kerja freelance sebagai sumber utama pendapatan keluarga. In fact, beliau dan suami memilih jalan kerja sendiri sebagai sumber pendapatan dimana keadaan ekonomi sekarang ini kurang memberansangkan. Saya tanya bagaimana beliau memotivasikan dirinya agar sentiasa bersemangat untuk bekerja sedangkan saya makan gaji pun semangat melayang entah ke mana-mana. Beliau menyebut " Law of Attractions ". Saya terus berminat mendengarnya.

Simple rule katanya...

1. " don't think negatif" .
2. "avoid negatif people"..
3. "stop negativity"...
4. "focus on positive only"
5. "sincere to yourself and your work"

Baginya always motivate ourselves by viewing all positive quotes of the day yang sentiasa mencerahkan minda kita. Apa yang kita patut lakukan jikalau kita dikelilingi oleh orang-orang yang terlalu negatif undurlah secara berhormat dan kalau boleh jangan diputuskan jalinan persahabatan yang ada. Cuma kita kena positifkan hidup kita baru kita boleh membuat analisa mengenai kehidupan kita dan mulai bersyukur tentang kurniaan Tuhan kepada kita.

Apabila kita terlalu negatif...bagaimana kita memahami erti kehidupan yang diberikan kepada kita? Bagaimana kita hendak bersyukur terhadap kurniaan yang Tuhan berikan kepada kita sedangkan diri kita asyik menunding kesalahan kepada orang lain? 

Law of Attractions menyatakan jikalau kita negatif kita bakal menarik segala perkara negatif ke arah kita. Jadi tidak perlu mengeluh jikalau perkara kurang menarik berlaku kepada kita. At the end of the story..kita yang mempelawa perkaran negatif tersebut. In fact di dalam ajaran Islam ada menyatakan jikalau kita tak bersyukur maka segala kurniaan akan ditarik balik oleh yang Esa. 

Selain daripada membaca positive quotes kita juga perlu membetulkan urusan kita kepada Allah. Back to Basic. Perbetulkan perhubungan kita dengan yang Esa dan selebihnya Tuhan yang akan uruskan. It is simple yet people tend to forget it. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak boleh bercerita dengan manusia. Kita kena ingat segala perkara @peristiwa yang berlaku kepada kita adalah urusan yang Esa. Kekuatan dan akal manusia adalah terhad dan lemah. Pertolongan yang kita mohon kadang kala melebihi kebatasan pertolongan manusia. Maka, memohon dengan bercerita dan berdoa kepada yang Esa lebih afdal dan wajar dilakukan. 





No comments:

Post a Comment