The thots of Mine

Saturday, 20 July 2013

Miss Sincerity & Mr. Sincerity!

Salam and Hi to everyone….:)

Topik hari ni sangat berlainan dengan topic yang sebelum – sebelum ni…. It is about Keikhlasan atau Sincerity..
Berapa di antara kita yang faham maksud keihlasan. Bila orang cakap “ kau ikhlas ke ? “ dengan cepat kita akan cakap “ mestilah ikhlas”. Tapi adakah keikhlasan tu lahir betul-betul dalam hati kita.

Boleh ke apa sahaja kebaikan yang kita lakukan pada orang hari ini tak kisah la orang tu di dalam kalangan adik-beradik ke, sedara mara ke , ibu bapa ke, kawan-kawan atau orang-orang sekeliling kita tak akan ungkit kebaikan kita di kemudian hari.

Sebagai contoh:

“ Kalau aku tahulah jadi macam ni, tak ingin aku tolong dia hari tu”
“Penat-penat aku buat kerja, tapi orang lain pulak dapat nama”
“I tolong damaikan dorang, tapi last-last dia buat tak tahu aje dengan I”
“ takpe hari ini kita pergi kenduri dia, esok-esok dia pergi kenduri kita pulak”

Actually ada banyak sebenarnya perbualan yang dah dianggap normal dalam kehidupan kita, tapi kita tak sedar yang perbuatan tu lebih kepada tak ikhlas..Kita terlupa yang kita sepatutnya letak keikhlasan tu dulu dalam semua perkara.

IKHLAS adalah satu perkataan yang senang di ingat tapi susah di buat…hehe..percaya ke tak? Allah ada sebut keikhlasan tu adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang hanya si pembuat dan Allah jer yang tahu, malaikat yang membawa amalan kita tak tahu apa-apa pun. Betapa Allah meletakkan keikhlasan kita di suatu tempat yang di pandang tinggi.

Tapi, sikit jer di antara kita yang betul-betul faham dan sedar kelebihan keikhlasan. Ada yang buat sesuatu kebaikan tetapi di dalam hati terselit agenda tersembunyi. Terlupa kot yang Allah Maha Mengetahui apa yang kita sembunyikan di dalam hati.

IKHLAS DAN DERMA
Sebagai contoh:

Si Amira (nama samara ajerr) seorang yang suka menderma tapi cara derma dia agak sedikit lain daripada apa yang disarankan.Dia suka beritahu kepada semua orang yang dia suka menderma dan suka sebut berapa yang dia dermakan. I mean…the amount of money yang dia nak donate..angka yang dia sebut semuanya dasyat..Niat dah bagus, cara kurang digalakkan. Sekarang kita tengok..apa niat sebenarnya..adakah si Amira ni suka menunjuk-nunjuk atau adakah dia cukup ikhlas menderma..

Kita kena ingat suatu perkara yang sememangnya sudah termaktub di dalam Al-Quran. Apa sahaja yang kita niatkan akan mendapat pembalasan yang setimpal. Kalau la si Amira ni niat nak bermegah-megah dan nak beritahu kepada semua orang yang dia ni kaya dan dermawan Allah akan bagi dia kemegahan apa yang dia nak, pandangan kagum daripada semua orang . Tetapi kalau si Amira ni tak ikhlas, maka Allah tak memberi pahala besar untuk keikhlasan.

Please take note….kalau menderma sila pastikan tangan kiri tak tahu pun tangan kanan menderma.

Bukan la bermaksud, sorok tangan kiri bila nak menderma. Di sini, peribahasa di atas memberitahu kalau boleh bila menderma tu senyap-senyap..jangan dok riuh sekampung..apa yang kita kejar adalah pahala menderma dan pahala keikhlasan.

IKHLAS DAN BERKAWAN

Pernah tak kita berjumpa dengan spesis manusia yang suka kategorikan kawan-kawan dia. Macam pernah jumpa kan?

Actually, I pernah berjumpa dengan spesis manusia seperti ini. I mean is.. this person suka kawan dengan orang-orang yang dia rasa megah untuk berkawan. Suka kawan dengan kawan-kawan yang datang daripada golongan orang kaya walaupun dia pun baru nak kaya tapi belum lagi kaya. Selalunya orang yang baru nak merasa senang akan berperangai macam ini.

So, basically..kawan yang betul-betul ikhlas berkawan adalah kawan yang sanggup bersusah payah dengan kita. Bila senang susah nak determine kawan yang ikhlas, oleh itu bila Tuhan sengaja buat kita susah seketika ada hikmahnya sebab masa tu la kita akan berjaya menkategorikan kawan-kawan yang ikhlas dengan kita. Takde apa yang boleh kita bangga kalau mempunyai kawan 1000 sedangkan waktu susah tiada seorang pun yang mampu berdiri di belakang membantu kita. Cukuplah mempunyai kawan-kawan yang boleh dikira dengan jari tapi susah senang mampu di hadapi sama..

Percaya atau tidak kawan-kawan yang ikhlas berkawan dengan kita semakin pupus …yang semakin berkembang pesat adalah kawan-kawan yang hipokrit..hehe

Apa-apa pun TEPUK DADA TANYA SELERA..kita adalah penentu hidup kita..kita penentu kategori kawan kita..kalau kita ikhlas berkawan, tak mengira status kawan, ikhlas menolong kawan susah dan senang .. Allah takkan temukan kita dengan kawan yang hipokrit..mungkin akan ada kawan yang hipokrit tetapi hanyalah sebagai insan yang pernah hadir dalam hidup kita untuk kita jadikan pengajaran dan iktibar..selagi kita ikhlas, kita akan selamat..

Pernah dengar tak pepatah lama…KALAU NAK LIHAT PERANGAI SESEORANG, LIHATLAH PERANGAI RAKAN-RAKANNYA DAHULU.. so sendiri-sendiri fahamlah yerr…

IKHLAS DAN PERBUATAN
Kalau kita buat sesuatu perkara, jika tak disertakan ikhlas..bagaimana perkara tu boleh di lakukan dengan mudah???

Sebagai contoh.

Kita telah di “taici” kerja oleh rakan sekerja kita. Kita tak tahu apa-apa pun…argghhh!!!! Itu satu pengalaman yang sangat di benci oleh kita..betul tak??? Tapi ingat kalau kita ikhlas..kita akan pandang perkara itu sebagai sebuah ilmu yang ingin Tuhan berikan kepada kita..automatik kita akan dapat jalan keluar although it takes time tapi minda kita telah diprogramkan dengan positif so the outcome should not be “worst result”.. tak percaya??? I dah buat and I get the positive outcome

Tapi jikalau kita terus mengomel sana sini, tak puas hati dan terasa di aniayai oleh rakan sekerja kita. Hasilnya, kerja tu sure kerja yang hampeh ..sebab apa??? Sebab kita TAK IKHLAS! Itu aje..kita mula mencipta aura negatif itu di dalam otak kita..maka secara tak langsung..minda kita akan memprogramkan perkara yang negative..sampai bos pun pandang kita negatif jugak…kesudahannya kita mengomel yang kita tak dapat bonus , naik gaji dan promotion disebabkan sikap kita yang negatif dan tak ikhlas..Sekarang korang Nampak tak  betapa besarnya impak ikhlas ni kat dalam kehidupan kita seharian.

Ikhlas ni bukan setakat stop kat tempat kerja tapi kalau kita full time housewife pun sama jugak.Kalau kita didik anak tak ikhlas maka hasilnya anak-anak kita banyak buat kita makan hati. Ada juga di kalangan ibu bapa yang berpendapat “ takpe nanti bila besar, anak aku pulak yang bagi duit kat aku”.

Hurmm…ini konsep yang sangat-sangat salah…jangan ada sekelumit pun fikiran tu kat dalam kamus hidup kita as parents. Ingat!! Sebagai ibu bapa kita kena faham yang anak-anak adalah amanah yang di beri oleh Allah kepada kita..kita kena ikhlas menjaga “amanah” ini..jangan terfikir yang anak-anak ini sebagai aset yang boleh buat duit kat kita. JANGAN MENGHARAP PUN!!!

Kenapa cakap begini? Simple aje..REZEKI TU DI TANGAN ALLAH bukan di tangan anak-anak kita.
Percayalah…lagi kita fikir macam tu lagilah anak-anak tu tak mampu nak bagi rezeki tu kat kita sebab kita terlupa yang Allah adalah Pemberi Rezeki dan Allah selalu mengingatkan kita dalam pelbagai bentuk supaya kita berfikir dan insaf….

Okey guys…malam dah makin larut and I’m getting tired as I baru sahaja balik dari Iftar .. To all Muslims out there..HAPPY FASTING and I’m hoping that all of us would be blessed by Allah regardless wherever we are…Semoga you guys tak penat dengar celoteh I..

adios!! 



No comments:

Post a Comment