The thots of Mine

Wednesday, 30 October 2013

Cabaran itu pasti!

Don't easily give up when you are facing the challenges in your life. Challenges are given to you to melt the iceberg in yourself so that your hidden potential will be revealed. 

Salam and Hi to all of you!. Bersyukur masih di panjangkan nyawa oleh Tuhan untuk menikmati segala kenikmatan yang di berikan.

Actually semalaman saya dok terfikir tentang kehidupan saya bermula daripada saya di waktu kecil, remaja dan melalui fasa kedewasaan. Bagi saya, saya tidak meletakkan had umur sebagai tanda yang saya sudah dewasa tetapi melihat pelbagai cabaran yang telah saya hadapi menunjukkan fasa kematangan atau kedewasaan.

As for me, I never believe a person who has reached 40 years old is an adult until he or she demonstrated through his/her conducts. Sebab, banyak berlaku di depan mata saya si fulan ni dah berumur tetapi masih bersikap keanak-anakkan…peace yo! J

Okey berbalik kepada cabaran. Today I want to talk about CHALLENGE! Kenapa yer? The reason is as I said to you earlier that I have recalled my childhood memories until present and I started to realize that there were so many challenges that I managed to overcome it but there were also several challenges that require few attempts to accomplish it!

Melihat maksud cabaran itu sudah membuatkan saya gementar kerana saya pasti perkara itu bukan mudah untuk di hadapi tetapi lesson of the story is pricelss kerana anda tidak boleh menjual apa yang anda rasai kepada sesiapa walaupun di beri RM 1 juta!!

Setiap daripada kita bernafas dan kita sudah pasti mengetahui kita akan di cabar dan diuji untuk menempuh kehidupan. Seorang guru pernah berpesan :

“Dunia ini adalah ujian, Akhirat adalah keputusan”

Jadi, bukan mudah untuk kita kata “tak tahu” dalam setiap cabaran yang sudah di aturkan ke atas diri kita. Hidup ini bukan terlalu payah dan juga bukan terlalu mudah. Kenapa yer? Alasan yang logik ialah bila hidup ini terlalu mudah kita akan mudah untuk tidak menghargai apa yang kita dapat malah kita akan menabik dada dan angkuh tentang keupayaan kita. Ataupun, apabila hidup ini terlalu payah maka kita akan menjadi murung dan negatif. Segalanya kita pandang sangat negative, malah kita akan mencari medium lain selain daripada Tuhan untuk bergantung harap  ataupun kita mengambil langkah drastik dengan menamatkan hayat kita dengan tangan kita sendiri akibat terlalu tertekan! Jangan terkejut apabila saya mengutarakan sindrom “commit suicide” atau gejala bunuh diri di dalam blog ini kerana saya perhatikan pattern remaja di luar sana especially di Barat dan juga Timur yang mengambil langkah ini sebagai satu cara untuk menamatkan cabaran hidup yang mereka hadapi. Dan kita juga tidak boleh menarik nafas lega jikalau bukan saudara atau pun adik beradik kita tidak tergolong dalam golongan ini kerana jikalau statistik yang diperolehi saban hari meningkat tidak mustahil memberi pengaruh yang buruk ke atas kita semua.

Di dalam kehidupan saya sebagai ibu kepada 3 orang anak. Saya juga tidak terlepas menghadapi cabaran. Malah, cabaran saya juga besar dalam membesarkan anak-anak saya kerana saya tahu amanat Tuhan kepada saya. Anak pertama saya merupakan pelajar tahun 5 dan berusia 11 tahun. Disebabkan exposure yang anak saya alami dimana kemudahan media massa di hujung jari menyebabkan cabaran saya meningkat saban hari dalam memantau pergerakan dan perkembangan minda anak pertama saya ini.

Kalau boleh saban hari saya ingin mendengar pengalaman anak saya dalam menghadapi cabaran tidak kiralah cabaran daripada segi pergaulan, guru dan keluarga. Namun disebabkan waktu yang terbatas, saya terpaksa mendengar luahan perasaan anak saya di waktu weekend..hehhe …kesian tak?..jikalau  dia mengadu bahawa cabaran itu terlalu mencabar untuknya..maka saya akan periksa dengan teliti terutamanya perkara yang  berlaku di sekolah. Malah, saya pernah hadir ke sekolah kerana anak saya di buli dengan teruk tetapi tidaklah bersua dengan si pembuli tersebut!  Saya  terus ke guru kelas dan berharap guru tersebut dapat menyelesaikan masalah yang di alami. So far, the case has been resolved..alhamdulilah!

Saya selalu mengatakan kepada diri saya:

“Hidup tanpa cabaran adalah hambar “

Kalau tanpa cabaran, kita terasa diri kita tak ke mana-mana. Jika kita ingin maju ke depan, kita tak boleh takut mencuit cabaran kerana melalui cabaran kita akan mengetahui kemampuan kita. Kalau kita nak melangkah jauh, kita perlu tahu yang tak akan ada highway di depan mata tetapi yang ada hanyalah jalan yang bersimpang siur. Highway hanya akan datang selepas kita luruskan jalan simpang siur yang kita sudah lalui. Saya tak kata cabaran ini mudah tetapi melalui cabaran kita akan menikmati segala kenikmatan yang kita tak perasan.

Contoh: Kalau kita patah kaki, kita tahu kita akan hadapi cabaran bila nak berjalan sebab kita dah biasa jalan guna kaki betul tak? Masa tu mesti kita insaf sebab masa Tuhan bagi kaki elok tak guna betul-betul. Bila kaki dah pulih, baru kita mensyukuri nikmat yang kita terlupa untuk disyukuri

So, siapa kata cabaran itu perlu dijauhi??...Tuhan tak buat sesuatu yang sia-sia tetapi kita sebagai manusia yang suka kepada sesuatu yang sia-sia.
Kita kena tanamkan dalam diri kita :

“Cabaran itu pasti”

Supaya kita tak cepat melatah apabila menghadapi cabaran. Bila kita tanamkan sikap ini dalam diri kita, kita akan lebih berwaspada, bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan menimpa. Kena ada sikap yang suka sediakan plan B

Apa maksud Plan B?
Plan B  means back up plan. Ataupun dalam bahasa melayu pelan penyelamat. Bukan semua yang kita buat pada esok hari akan menjadi mengikut permintaan kita. Life is Uncertain! Dan kita tak boleh bergantung harap kepada sesuatu pelan. That is wrong approach!

“Person who keeps doing this would be floating forever!”

Kenapa saya cakap ayat di atas, sebabnya…..kalau pelan yang awak buat tu menjadi, tahniah! Tapi kalau tak jadi , takziah ! So, at the end, this person will move forward one step but next time will move backward one step too…

Setiap apa yang kita buat walaupun perkara tersebut kita anggap remeh mesti ada back up plan. Kadang-kadang kita boleh menyelamatkan kos secara tak langsung.

Contoh: Mak kita kita suruh kita beli susu dekat TESCO and then habis stok la pulak! Soalannya, kita nak patah balik kat rumah ke atau kita nak pergi ke kedai ubat cina kat sebelah TESCO tu? Kedai ubat cina itu adalah Plan B kita . Kalau orang yang takde Plan B akan balik terus manakala orang yang ada Plan B akan terus ke kedai ubat cina tu untuk beli susu. Siapa yang efisyen sekarang ni ? So kos minyak dapat dikurangkan disebabkan Plan B tersebut.

So, moral of the story:
1)  Tanamkan dalam diri dengan sebut “Cabaran itu Pasti” supaya kita lebih bersedia dengan segala kemungkinan.
2)    Kena ada Plan B supaya hidup kita lebih efisyen.

3)    Kena fikir positif apa yang Tuhan beri kepada kita adalah baik untuk kita.

No comments:

Post a Comment