As salam semua
Hari ini saya bermula dengan perasaan yang bersemangat untuk berkongsi dengan viewers tentang tajuk di atas iaitu MALAS.
Actually...ada beberapa perkara yang telah berlaku di depan mata saya and in fact saya juga telah belajar banyak pengajaran daripada sifat malas ni. Takde yang bagus pun dan perasaan malas ni kalau boleh jangan bagi chance pun berada kat dalam diri kita!
Saya berkenalan dengan sebuah keluarga yang berpendapatan rendah. Saya mengenali keluarga ini melalui anak saya. Dalam kehidupan serba kekurangan itu, saya kagum juga melihat sang isteri gigih menjual nasi lemaknya di gerai dan alhamdulilah saya melihat kedai jualan nasi lemak sang isteri laris dan pada pukul 8:30 pagi kesemua nasi lemak jualannya sold out! Tapi apa yang benar -benar mengecewakan saya ialah attitude sang suami dan anak-anaknya yang hanya mengharapkan sang isteri tersebut menjadi penyumbang utama keluarga.
Pada awalnya sang suami membuka gerai jualan air manakala anak-anak mula bekerja dan saya gembira melihat semuanya berjalan lancar tetapi apabila berlaku dugaan dalam hidup keluarga itu sang suami bertekad menutup gerai minumannya manakala anak-anak yang awalnya bekerja mula menunjukkan sikap malas bekerja dan akhirnya berhenti terus. Akhirnya sang isteri terpaksa menyara keluarga !
Saya cuba menolong si suami dengan mengajak si suami menjadi transporter anak saya dan saya boleh memanggil beberapa anak jiran juga untuk menambahkan pendapatan keluarga tetapi alasan yang diberi mengecewakan saya apabila si suami menolak mentah dengan alasan MALAS..manakala sang isteri terpaksa menjaga anak orang dan menjual nasi lemak. Kat situ ajer..sang isteri terpaksa buat 2 kerja..itu pun gerai nasi lemak itu tidak serancak seperti dahulu. Lebih banyak gerai itu ditutup daripada di buka membuatkan ramai pelanggan beralih arah termasuklah saya.
Situasi di atas membuatkan saya terfikir bahawa malas itu lebih membawa bencana dan penganiayaan kepada diri sendiri dan juga orang yang rapat dengan kita. Si pemalas akan bersikap selfish kepada orang sekeliling.
Diri saya juga tidak terkecuali..kalau saya malas mengajar sumber pendapatan saya berkurangan. Mana cukup duit nak settle hutang! Kalau solat dan doa banyak-banyak tapi pemalas Tuhan takkan tolong pun. Saya pun kurang arif bagaimana sesetengah orang boleh berpendapat sebegitu sedangkan Islam menggalakkan umatNya berniaga dan berusaha sedaya upaya dalam sesuatu pekerjaan yang halal. Mengapa saya sebut berniaga? Ini kerana 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan dan nabi pun berniaga..bukan?
" kalau kita malas kita hanya menipu diri kita sendiri"
Mengapa saya cakap macam tu?
Senang ajer...kalau kita malas kita memang menipu diri sendiri. Contohnya, kita nak kurus lepas tu kita makan ajer segala mala protein la supplement la..telan ubat diet yang kita pun tal sure macam mana effect kat badan kita...tapi disebabkan malas kita tak buat semua tu..bila orang ingatkan kita sebut.."malas la"..so hasilnya adalah hampeh! Sebab badan kita tak berubah pun..
"Malas membuatkan hidup kita sengsara"
Sebenarnya..kita tak perasan bila kita malas semua yang kita rancangkan akan tergendala secara automatik. Negatif aura memang bermaharajalela..cuma kita jer tak perasan tapi orang sekeliling perasan!
Kita diberi 1 peluang untuk hidup dan perlukah kita guna peluang ini untuk di isi dengan kemalasan? Setiap saat dan minit sangat bernilai sebab kita tak tahu bila tarikh mati kita. Kalau kita yang beragama Islam, kita tahu kita akan dihidupkan kembali dan cara kita hidup di dunia akan di tayangkan kembali di seluruh umat dunia di hari kebangkitan nanti dan perlukah kita tunjuk betapa malasnya kita kat semua orang!
Setiap kenikmatan hidup akan disekat disebabkan kemalasan kita. Setiap rezeki akan terhalang terhadap kita disebabkan kemalasan kita. Jadi..sekarang saya nak tanya kembali kepada anda apa perlu anda menjadi malas kerana semua kenikmatan dan rezeki terhalang terhadap anda!
"Malas bertanya sesat jalan, Rajin bertanya dapat jawapan"
Kalau kita belajar sekalipun..belajar bagi saya bukan apabila anda digelar pelajar sahaja tetapi belajar adalah proses yang berpanjangan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini. Kalau kita belajar sesuatu perkara kalau kita rajin bertanya pasti kita akan dapat jawapan yang cepat tetapi jikalau kita malas kita akan rugi kerana kita diberi kelebihan akal tetapi tidak digunakan sebaiknya.bila digelar bodoh macam lembu kita marah sebab disamakan dengan lembu tetapi jikalau kita malas guna akal..apa bezanya!
"Lebih baik mengajar pelajar bodoh daripada malas"
Nampak kasarkan? Tapi itulah kebenarannya..sebagai tutor saya sangat tegas jikalau student saya tidak buat latihan.
Saya lebih suka mengajar pelajar yang tidak pandai tetapi apabila di beri ilmu mereka berusaha untuk mahirkan diri. Tetapi apabila saya beri ilmu kepada pelajar pemalas saya tahu ilmu saya tidak akan dihargai malah saya seolah-olah mencurah air di daun keladi.
TIADA JALAN MUDAH UNTUK KEJAYAAN. Latihan demi latihan mesti dibuat untuk pastikan kefahaman tentang sesuatu subjek. Jadi saya sangat pantang dengan budak pemalas sebab bagi saya jikalau tidak dihalang perangai begini maka akan lahirlah generasi pemalas dan hanya mengharapkan bantuan orang lain.Sikap survival juga rendah! Hidup ini memerlukan semangat survival yang tinggi..ibu bapa tidak akan sentiasa ada dengan kita untuk membantu kita..jadi kita kena bantu diri kita supaya tidak pemalas. Malas hanya lebih mengundang kemunduran daripada kemajuan.
Saya sentiasa cuba mengingati diri saya jikalau saya malas saya bukan sahaja menyusahkan diri saya tetapi saya menyusahkan keluarga saya dan orang-orang sekeliling. Cuba ambil 1 motivasi yang apabila kita malas atau down kita akan bangkit kembali. Kalau saya..saya ambil anak-anak saya sebagai sumber inspirasi.
Setiap manusia dilahirkan tidak pernah Tuhan jadikan sebagai sia-sia.Tuhan tidak suruh kita jadi pemalas dan itu adalah pilihan kita. Jangan kata kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tak dipandang hasilnya atau hasilnya tak bagus. Sebenarnya Tuhan ingin menunjjukkan sesuatu untuk kita dan perlukan kita gigih lagi dalam mencari jawapan. Albert Einstein tidak beroleh kejayaan dalam semalam. Begitu juga dengan Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun jikalau mereka pemalas mereka juga tidak mampu memberikan kita penemuan yang mengagumkan!
So ...don't be lazy and keep giving excuses as you are not surviving in this world...
No comments:
Post a Comment