The thots of Mine

Friday, 17 January 2014

being generous as you can

Salam ..

Sekarang dah melangkah ke tahun yang baru. Jadi masih ke kita dengan azam tahun baru? Kalau masih di dalam mood tu alhamdulilah.

Jari jemari ini dan juga hati saya tertarik untuk menyatakan mengenai generosity atau dalam melayu iaitu sikap dermawan.

Hukum alam dan juga setiap agama yang kita ketahui menyarankan tentang sikap murah hati atau dermawan terhadap setiap makhluk Tuhan. Mengapa saya menyebut makhluk Tuhan? Mengapa tidak sahaja saya sebutkan manusia sahaja? Jawapan saya mudah sahaja bukan manusia sahaja yang wujud di dunia ini terdapat pelbagai ciptaan Tuhan yang juga hidup di.muka bumi ini. Jadi mengapa saya perlu menjadi selfish atau berat sebelah ke manusia sahaja.

Bersikap murah hati kepada setiap makhluk Tuhan tanpa memandang ke arah bangsa atau agama atau rupa bentuk banyak memberi ketenangan dan keberkatan kepada kehidupan kita. Saya tidak berani mengatakan jikalau saya tidak amal dan alami kesan amalan saya.

In fact, ketika saya berniaga saya suka lebihkan daripada apa yang patut saya berikan. Contoh, jikalau sesi tuisyen itu berakhir 1.5 jam tetapi saya suka lebihkan 10 ke 15 minit extra untuk student saya.Mengapa? Sebab saya suka memberi daripada menerima. Jikalau orang yang calculative atau sikap berkira pasti akan  'alah rugi lah aku'..maaf yer saudara saudari tiada rugi dalam mencurahkan ilmu dan tiada rugi jikalau kita suka menderma. Pernah dengar perumpaan ini:

"The more you give, the more you get"

Tidak kira apa jua bangsa dan agama semua menggalakkan sikap dermawan. Ini kerana semua agama percaya kewujudan Tuhan dan percaya Tuhan pasti memberikan kita keberkatan hidup jikalau kita berterusan menderma dari segi fizikal atau mental.

Di dalam Islam, kita digalakkan bersikap pemurah dan dermawan. Sikap tersebut bukan sekadar digalakkan untuk kerohanian tetapi juga perbuatan yang nyata. Malah dalam Islam kita di galakkan sedekah Al Fatihah kepada orang yang kita sayang dan kita kenali. Jangan ingat bila dah arwah aje kita boleh sedekah AlFatihah tetapi untuk orang yang masih hidup. Selalunya lagi dalam keikhlasan kita, kita akan mengalami kesan sedekah  Al Fatihah ini.

Generousity ini sebenarnya bukan berkisar kepada kerohanian tetapi dalam segala perbuatan kita seharian. Lagi kita ikhlas, kita akan betul-betul bekerja untuk selesaikan sesuatu pekerjaan. Sampaikan kita terasa jikalau kita makan gaji buta kita akan menjadi susah hati.

Teringat saya suatu cerita mengenai bekas rakan sekerja saya. Beliau ini hanyalah kelulusan SPM berbanding engineer yang lain berkelulusan lebih tinggi daripada beliau. Saya suka bercerita dengan beliau kerana beliau seorang yang humble atau rendah diri. Sewaktu kami berehat akibat syarikat kami sedang dalam cooling period lepas merealisasikan suatu projek besar. Tiba-tiba beliau meluahkan perasaan dengan mengatakan beliau umpama department yang tak berguna langsung. Saya pelik mendengar luahan rasa itu, lantas bertanya mengapa? Beliau menjawab "apa gunanya saya mendapat gaji tetapi saya tiada kerja."

Terdiam saya sebentar kerana dari pengetahuan saya orang lagi suka tiada kerja tapi gaji jalan.

Dalam beberapa bulan lepas daripada perbualan itu, saya mendengar beliau mendapat tawaran dari syarikat telco gergasi yang memberi tawaran yang lumayan kepadanya. Saya berjumpa dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berkata kepada saya bahawa beliau tidak sangka bakal mendapat tawaran itu kerana kelulusan rendahnya malah dia juga gagal dalam test yang didudukinya sewaktu temuduga itu. Tetapi kuasa Tuhan mengatasi akal fikiran manusia. Rupa-rupanya beliau diterima bekerja disebabkan keihklasan dan kesungguhan beliau membuat kerja sewaktu menemani customer syarikat kami di USA. Malah, customer itu yang mencadangkan nama beliau kerana beliau pemurah dalam membantu customer tersebut sewaktu di USA.

Sehingga sekarang saya masih tahu rakan sekerja saya menikmati kehidupan dengan sikap pemurahnya. Masha Allah...betapa Allah mahu kita menjadi pemurah kerana Allah itu Maha Pemurah. Adios!

No comments:

Post a Comment