The thots of Mine

Monday, 6 January 2014

Anti Perkauman

Salam kepada semua..

Saya pasti ramai tertanya-tanya mengapa saya menulis tajuk di atas. Sebenarnya, saya terlihat beberapa situasi sejak kebelakangan ini.

Situasi 1:
Saya terlihat seorang makcik melayu berumur 40 an berjalan dan tiba-tiba tergelincir jatuh. Ramai yang menghulurkan bantuan dan kebetulan ada uncle cina turut memapah makcik itu ke bahu jalan. Paling membanggakan ramai remaja turut juga membantu makcik itu.

Situasi 2:
Saya sedang memandu pulang ke rumah dan terlihat sebuah kemalangan di mana penunggang motor yang berbangsa melayu terjatuh di jalan raya dan penunggang motor yang berbangsa india menolong pemuda melayu ke tepi jalan demi mengelakkan kemalangan yang teruk.

Situasi 3:
Saya melihat seorang wanita melayu menolong aunty cina ini mencari barang di pasar raya kerana tiada promoter pada waktu itu.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tidak mampu saya tulis kerana panjang jela. Tetapi apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah sikap perkauman.

Sewaktu saya kecil, saya dibesarkan di sebuah taman di cheras. Rakan sepermainan saya terdiri dari melayu, cina, india dan benggali. 

Saya menghormati budaya mereka. Di dalam proses pembesaran saya, saya dapat menikmati pelbagai kebudayaan. Saya bermain tanglung di perayaan kuih bulan, saya dapat melihat telur rebus berwarna merah yang akan wujud dalam sesetengah perayaan. Saya mula mengenali zodiak cina pada tahun lunar. Begitu juga saya turut dijemput oleh jiran india saya semasa diwali dan diberitahu sejarah bagaimana wesak dan thaipusam bermula. Pada perayaan krismas, saya tidak merayakan tetapi hanya menghormati fahaman penganut Kristian.

Ibu bapa saya sangat menekankan sikap toleransi antara satu sama lain sama ada antara kaum atau individu. Malah, apa yang saya belajar mengenai Rasullah s.a.w, baginda sangat menghormati fahaman agama lain kalau tidak masakan penganut agama lain bebas mengamalkan anutan mereka sewaktu Mekah diperintah oleh Rasullah s.a.w

Tetapi apa yang mengecewakan saya sebagai penduduk Malaysia ialah sesetengah politikus yang menggunakan sentimen perkauman untuk mengaut keuntungan.Tahukah mereka bahawa mereka telah menciptakan satu jurang yang besar dan bahaya kepada setiap kaum yang ada di Malaysia. Salah satu jurang itu ialah syak wasangka yang mampu mencetuskan huru hara di Malaysia.

Jika generasi sekarang telah didik supaya membenci kaum lain atas dasar di tindas. Saya ingin bertanya apa akan jadi dengan nasib generasi yang akan datang. Mungkin sengketa tidak wujud sekarang tetapi jika anti kaum telah disemai sekarang jangan terkejut jika 10 tahun lagi Malaysia bukan lagi negara yang aman.

"Untuk membina sesuatu yang baik memang akan mengambil masa yang lama, tetapi untuk meruntuhkannya boleh dilakukan dalam sekelip mata"


No comments:

Post a Comment