The thots of Mine

Sunday, 10 November 2013

Setiap Kesulitan di sertai Kemudahan

Salam dan Hi to all viewers. J

Di saat fikiran saya memikirkan pelbagai cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda, Jari jemari saya begitu lincah ‘menari’ di atas keyboard lappy saya untuk berkongsikan tajuk di atas.Hurmm…mesti semua terfikir-fikir apa yang sedang bermain di minda saya sehinggakan saya sanggup menulis tajuk di atas..hehe..

Saya mengakui yang saya berada di dalam keadaan yang dimana saya kehilangan mata pencarian utama untuk family saya. Saya akui keadaan sangat getir untuk saya dan suami saya memandangkan mata pencarian kami ‘diusik’ sebentar oleh Tuhan. Mengapa saya kata “diusik sebentar’? Ini kerana saya pasti Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih baik jika saya redha dengan ketetapan-Nya. Saya sentiasa melayari FB melihat status updated by my friends dan acapkali saya terlihat status yang bermaksud jikalau saya redha dengan ketentuanNya maka saya mempercayai ada banyak hikmah yang baik dan Tuhan pasti menggantikan rezeki yang lebih baik untuk saya. Saya akui yang saya semakin tenang setelah mengikuti nasihat rakan saya tentang solat sunat yang diusulkan kepada saya tempoh hari. Saya masih lagi boleh menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah rezeki saya belum lagi ditarik. Mungkin itu salah satu keberkatan solat sunat yang saya lakukan.

Saya sempat berbual-bual dengan bapa mertua adik saya tempoh hari dan saya dengan jujur mengakui kepadanya bahawa saya bakal kehilangan mata pencarian utama. Dengan tenang, beliau berkata:

“ Setiap kesulitan yang awak timpa, pasti ada kemudahan. Cuma awak perlu bersabar”

Saya tersenyum dan merasa hairan dengan kata-kata yang dituturkan oleh beliau kerana kebetulan saya seringkali melihat nasihat yang sama tertulis di status rakan-rakan saya dan juga status ‘fan page’ yang saya ‘liked’ sebelum ini.Apakah Tuhan cuba menyampaikan sesuatu melalui pengantaraNya? Wallahuallam. Tapi yang nyata, keyakinan saya semakin teguh denganNya.

Saya tenangkan hati dengan membaca Al-Quran seperti dinasihatkan oleh rakan saya dan saya tertarik dengan ayat-ayat yang terkandung dalam Surah Al-Insyirah. Masha Allah! Saya menangis tersedu-sedu membaca setiap perkataan yang tertulis dalam terjemahan surah itu .


……
AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Dalam diri ini tersentak dengan peringatan yang diberikan Tuhan kepada saya dan juga hamba-hambaNya. Saya terus menangis kerana saya begitu khayal dengan dunia luaran tetapi saya terlupa bahawa kehidupan saya harus berpandukan kitab Al-Quran. Saya sering membaca buku motivasi tetapi saya malas membaca Al-Quran dan terjemahannya. Saya tercari-cari penawar di mana-mana sedangkan penawar yang mujarab di depan saya abaikan.

Saya terkenang sewaktu saya kecil dan remaja, apabila saya ditimpakan oleh sesuatu masalah sama ada berat atau pun ringan selalu sahaja arwah ibu saya menegur dan menyuruh saya menunaikan solat dan mengaji. Tetapi biasalah…kalau budak-budak manalah nak ambil masa untuk menganalisa mengapa arwah ibu saya suruh saya berbuat demikian. Namun, semenjak saya berkahwin, saya semakin  mengerti nasihat arwah ibu saya..(opsss...tetiba terkenang waktu sebelum kahwin la pulakkssss..... )

Okey berbalik kepada terjemahan ayat Al-Insyirah, saya memahami maksud yang terkandung dalam surah Al-Insyirah, saya faham bahawa setiap kesulitan yang saya hadapi akan disudahi dengan kesenangan cuma saya perlu bersabar dengan dugaan yang saya hadapi. Namun, saya harus faham bukan sekadar sabar sahaja yang diperlukan tetapi saya perlu berusaha dengan lebih kuat dan kemudian bertawakal. Saya tahu Allah yang memberikan rezeki kepada saya bukan makhlukNya maka saya mula mengerti perjalanan hidup sebenar. Banyak yang perlu saya lalui dan saya berdoa agar Tuhan tidak meninggalkan saya ketika saya mengharungi ombak kehidupan walau sekelipan mata.


No comments:

Post a Comment