Salam Hijrah
kepada semua J
Ini adalah kali pertama saya menulis
blog sambil meraikan tahun hijrah 1435. Sedar tak sedar saya sudah semakin
berusia..hehe dan saya berharap saya juga semakin matang dalam mengorak langkah
di dalam kehidupan ini.
Bila sebut hijrah setiap minda akan
terlintas berpindah sama ada berpindah dari bentuk fizikal atau rohani atau
kedua-duanya sekali. Saya tidak akan menyebut sejarah penghijrahan Rasullah
s.a.w kerana yakin semua sudah sedia maklum tetapi saya ingin menekankan sudut
penghijrahan kita sebagai umat Islam pada zaman globalisasi ini. Ada beberapa
perkara yang saya ingin kongsikan bersama iaitu mengenai penghijrahan dari segi
minda, fizikal dan perbuatan.
HIJRAH
MINDA
Maksud hijrah ini sangat luas
maksudnya. Kalau zaman Rasullah s.a.w maksud hijrah itu lebih kepada
perpindahan tetapi pada zaman ini maksud hijrah lebih terarah kepada sesuatu
perubahan yang mengundang kebaikan seseorang individu. Pertama, penghijrahan
minda kita. Bagaimana kita ingin memupuk minda kita ini berubah daripada negatif
kepada positif. Saya akui sangat sukar memupuk fikiran positif di saat diri
kita dibelenggu oleh tekanan dan persekitaran yang negatif. Tetapi apabila kita
tekadkan di dalam hati dan minda dan kita lakukan perlahan-lahan perubahan itu
maka kita akan nampak perubahan walaupun perlahan-lahan. Saya lebih sukakan gradually
improvement berbanding drastic improvement kerana kita tidak akan mengalami
tekanan yang teruk dalam membentuk minda yang positif.
Bagi pendapat saya, hijrah minda ini
lebih tertumpu kepada pegangan kita terhadap Tuhan dalam menempuh onak
kehidupan. Jika kita berprasangka baik , maka baik la hasilnya. Tetapi jika
sebaliknya maka tidak hairanlah jikalau kita sentiasa mengalami kemurungan dan
kesedihan. Firman Allah:
“
Aku sesuai dengan prasangka hamba-KU”
Apa yang saya faham melalui firman ini
ialah kita bebas berprasangka dengan Allah. JIkalau kita memandang apa sahaja
yang kita alami di dalam kehidupan kita
adalah sesuatu yang baik untuk kita, maka kita berprasangka baik dengan Allah.
Tetapi jika sebaliknya, maka kita berprasangka buruk dengan Allah. Ini sesuai
dengan Firman Allah (Surah Al-Baqarah 216):
“ Boleh
jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu, dan boleh juga kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui”
HIJRAH
FIZIKAL
Di sini, saya senang sekali untuk memberi contoh wanita yang asalnya tidak bertudung dan apabila wanita ini mengalami
proses hijrah fizikal dia berhijab. Alhamdulilah di situ, namun penghijrahan
fizikal ini harus selari dengan hijrah perbuatan dan minda.
HIJRAH
PERBUATAN
Hijrah ini bermaksud perubahan
perbuatan yang bermaksud jikalau si Fulan ini selalu melakukan maksiat akhirnya
dia berjanji dia tidak mahu lagi bergelumang dengan maksiat. Ataupun jikalau si
fulan ini berjanji tidak mahu melakukan ghibah atau mengaibkan orang lain maka si fulan ini sudah
melakukan hijrah perbuatan. Bagi saya, apa sahaja perubahan yang mengarah
kepada kebaikan adalah hijrah perbuatan.
Saya mengaku bukan senang ingin
berhijrah. HIjrah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Hijrah zaman sekarang
sangat tinggi pengorbanannya. Saya melihat bagaimana orang Islam terpaksa
berdepan dengan cabaran-cabaran untuk mengekalkan identiti Islam terutama dalam
melawan tuntutan dunia. Pengorbanan yang mereka terpaksa lakukan sangat tinggi
tetapi percayalah Tuhan tidak akan mempersia-siakan pengorbanan anda!
Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita dikurniakan keberkatan hidup, kesihatan yang baik , kemurahan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ini.
No comments:
Post a Comment