Salam dan Hi
to everyone…J
Jari jemari ini sekali lagi ingin
mencoretkan apa yang terbuku di hati . Hati saya terlalu sedih melihat terlalu
banyak kes penderaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Kes-kes
penderaan yang berlaku di taska, di
rumah pengasuh dan di rumah sendiri (angkara sesetengah bibik ) menunjukkan
betapa manusia semakin hari semakin hilang nilai kemanusiaan. Sangat
menghairankan, di zaman yang serba canggih ini masih wujud juga manusia yang
berperangai seperti manusia zaman jahiliyah.
Apa yang memilukan ada sesetengah ibu
atau bapa ( sudah bercerai ) dan mempunyai pasangan cinta pula sanggup
membiarkan anak-anak mereka didera oleh pasangan cinta mereka. Sampai ada yang
sanggup membiarkan anak di dera secara seksual!! Apakah sudah hilang kewarasan
mereka sehingga mereka tergamak merelakan anak-anak mereka diperlakukan
sebegitu rupa.
Ada sesetengah orang mengatakan ibu
atau bapa sebegini tidak mempunyai latar belakang agama atau pendidikan yang
cukup. Bagi saya itu adalah mengarut sama sekali! Mana-mana agama sekali pun tidak
akan membenarkan sebarang bentuk keganasan dilakukan di atas kanak-kanak yang
tidak berdosa. Sedangkan haiwan yang kita anggap tiada akal juga sangat protective apabila anak-anak mereka di kacau.
Kadang-kadang terfikir di dalam benak
fikiran saya bagaimana keadaan anak-anak saya di dalam jagaan orang lain. Saya
sangat risau kerana mereka bukan melahirkan anak-anak saya maka kesabaran
mereka juga tidak setinggi saya. Apabila rakan-rakan suakan kepada saya video
rakaman penderaan anak di FB, jiwa saya kacau jadinya. Saya akan mula menelefon
bertanyakan keadaan anak-anak saya. Hati saya menjadi tak tenang taktala
melihat video penderaan itu sehinggakan saya terfikir wujud juga manusia
berhati iblis di muka bumi ini. Sampai satu tahap, saya teringin melepaskan
jawatan yang dipegang sekarang dan menjadi freelancer kerana ingin menjaga
anak-anak saya.
Suatu hari, saya disuakan oleh kawan
saya tentang video seorang isteri yang diterajang oleh suaminya. Masha Allah! Sampai
begitu sekali wujud penindasan terhadap wanita. Yang menyakitkan hati saya
apabila aksi itu dilihat oleh anak-anak dan di tempat awam. Bila suami itu
ditanya tentang status perkahwinannya, si suami itu masih mampu berkata dia masih sayangkan isterinya dan jangan runtuhkan
masjid mereka. Saya tersenyum sinis melihat keegoaan suami ini. Masih mampu si
suami berlagak bagus di kala video penindasannya tersebar. Ingin sahaja saya
bahasakan si suami supaya menuntut ilmu agama sedalamnya sebelum menutur kata
sebegitu. Apa yang sang suami tuturkan tidak selari dengan tindakan yang
dilakukan olehnya di dalam video itu.
Namun, boleh saya katakan penindasan
yang berlaku sekarang terutamanya di dalam perkahwinan sedikit sebanyak memberi
impak yang buruk terhadap perundangan syariah di Malaysia. Mahkamah Syariah di
Malaysia selalu diperkatakan sebagai berat sebelah terhadap para suami dan hak
kaum isteri sering diabaikan. Jangan terkejut jikalau pasangan yang ingin
bercerai terpaksa turun naik mahkamah selama 5 tahun akibat ketidak efesiyen
perundangan syariah ini!!
Hati ini terusik lagi melihat video
bagaimana puak syiah dan puak sunni berperang antara satu sama lain. Syiah
mengaku Islam tetapi sangat angkuh terhadap fahaman mereka dan mereka tidak mengamalkan apa yang Rasullah s.a.w ajari walaupun mereka mengaku mereka menyayangi Rasullah s.a.w. Namun apa yang paling menyedihkan, peperangan antara puak syiah dan puak sunni ini membenarkan anggapan agama lain bahawa
Islam adalah agama keganasan. Saya sedih melihat bagaimana kaum wanita, lelaki dan
kanak-kanak kecil dibunuh dan terbunuh angkara perang. Saya tidak mampu menahan air mata apabila melihat kekejaman yang dilakukan terhadap mereka. Hanya yang mampu saya buatkan hanyalah menitipkan doa supaya keadaan kembali aman dan pertumpahan darah di tamatkan!
Maaf jikalau kalian terasa saya
terlalu emosi ini kerana saya melihat semakin banyak keganasan terhadap
rumahtangga, penderaan anak-anak kecil dan pembunuhan manusia yang berlaku tanpa sebab yang munasabah.
Semua ini menunjukkan harga nyawa manusia semakin murah. Kadang- kala terfikir
apakah manusia sekarang sudah kehilangan nilai kewarasan dan kemanusiaan
sehingga tergamak melakukan sesuatu di luar jangkaan? Apakah tidak lagi wujud
kepercayaan terhadap kekuasaan dan kemurkaan Tuhan apabila melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan? Apakah manusia belajar di sekolah tanpa mempelajari nilai-nilai murni sebagai seorang manusia?
Saya hanya mampu berdoa supaya sebarang
keburukan tidak berlaku kepada anak-anak saya dan juga seluruh keturunan saya dan
saya juga berdoa supaya anda dan seluruh keturunan anda tidak menerima bencana
yang buruk seperti mana yang berlaku di hadapan mata kita. Saya masih merenung
masa depan anak-anak saya..adakah mereka hidup seperti mana saya hidup aman
sekarang? Saya berharap mereka dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan masih
lagi menikmati kegembiraan bersama keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment