The thots of Mine

Monday, 11 November 2013

You Are Who You Think You Are

Salam dan Hi to all viewers J
Hari ini terasa rajin nak men’update’ blog kerana banyak pulak ilham yang masuk ke dalam minda jadi terasa begitu bersemangat untuk mencoret untuk anda!

Title kali ini lebih bersifat motivasi diri kerana diri ini selalu memerhatikan keletah dan ragam manusia di sekeliling. Kadang-kadang ada yang membuat hati ini menjadi jengkel dan sometimes ada jugak ragam manusia yang mencuit hati. Macam itulah asam garam kehidupan manusia. Kalau tahu begitu seronok menulis blog seawal-awal lagi saya sudah mencurahkan bakat yang saya rasa ‘kurang’ tetapi dek kerana ingin berkongsi rasa dan ilmu yang masih sedikit di dada untuk semua viewers supaya kita mendapat manfaat bersama!

Sedikit waktu dulu, saya pernah memasuki sebuah kem motivasi dan para motivatornya sangat saya kagumi kerana mereka ikhlas mencurahkan ilmu yang mereka ada kepada saya dan para peserta yang lain. Satu yang mereka selalu ucapkan dan mahu kami semua lakukan ialah:

“Jangan berkira dalam mencurah ilmu dan jangan kedekut memberi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada orang lain. Anda tidak tahu betapa besar impak yang anda berikan kepada kehidupan mereka”

Itu adalah kata-kata yang masih saya ingati walaupun saya sudah lalui 10 tahun yang lalu.Kenapa yer saya menyebut sebutan di atas? Apa kaitannya dengan tajuk saya kali ini?Salah satu sebab mengapa saya utarakan sebutan di atas ialah saya merasakan kebanyakkan orang yang saya temui lebih menonjolkan sikap orang lain dan bukan diri sendiri. Imej diri sendiri itu tiada di dalam hati mereka.

Minda
Mengapa saya menyebut minda dahulu. Sebab melalui minda kitalah orang mulai menilai kita. Orang di sekeliling akan mula menilai diri kita melalui minda kita berfikir. Seseorang yang mempunyai minda yang positif akan sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana orang sangat menyenangi cara mereka berfikir. Manakala orang yang sentiasa berfikiran negative akan selalu membuat orang sekeliling berjauhan atau terpengaruh dengan cara pemikiran yang negative. Tetapi untuk memupuk minda yang positif bukan sesuatu yang mudah, saya sangat akui kerana saya masih lagi mengalaminya.

Saya ada terbaca sebuah buku motivasi yang menyatakan bahawa pengaruh minda kita sangat kuat dalam kehidupan kita seharian. Percaya atau tidak minda kita mempunyai kuasa untuk menjatuhkan diri kita atau menaikkan diri kita!!
Kepada sesiapa yang sentiasa mengikuti Sejarah Perang Dunia 2, Adolf Hitler berjaya menyatukan seluruh Jerman dengan memainkan kuasa mindanya. Beliau adalah di antara pemerintah dunia yang mengamalkan negara bangsa iaitu 1 bangsa 1 negara. Kalau nak diikutkan saiz badan Adolf Hitler sangat kecil jika di bandingkan dengan rakan-rakannya tetapi dia mampu menakluk dan menguasai dan menaikkan semangat seluruh rakyat Jerman dengan minda dan kata-kata positif di saat seluruh dunia mengalami kemelesatan ekonomi yang teruk akibat kesan Perang Dunia 1.

Kita boleh membentuk imej diri kita melalui minda kita. Jikalau kita asyik memikirkan semua perkara dengan situasi yang berakhir dengan buruk. Maka jangan merungut atau mengeluh jikalau kejadian buruk yang kita programkan di dalam minda menjadi kenyataan.

Pupuklah diri anda supaya sentiasa berfikiran positif dan terbuka. Maksud berfikiran yang terbuka ialah kita boleh menerima semua exposures yang berlaku di depan mata tetapi bukan bermaksud kita terus mengamalkan budaya baru itu. Di era globalisasi ini, kita semakin merasakan budaya ‘mat salleh’ semakin menular di dalam budaya tempatan. Ada perkara yang kita boleh “capture and adapt” mengikut kesesuaian tetapi ada budaya yang kita harus tolak sama sekali kerana bertentangan dengan nilai etika seorang Islam dan Melayu. Pernah dengar tak pepatah

‘Melayu terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya’.

Perbuatan
Perbuatan terhasil daripada gerakan minda anda! Tingkah laku anda akan melakukan apa yang minda anda programkan. Kerana itulah saya sangat menekankan minda yang positif dan baik kerana percaya atau tidak anda akan melakukan sesuatu kadang kala di luar sedar.
Di dalam buku motivasi ‘Secret’ , penulis buku ini menyatakan bahawa minda anda adalah nakhoda dan seluruh badan anda adalah kapal. Sebagai contoh, ada ayat-ayat yang kita sering sebut sebenarnya akan memberi impak kepada minda anda dan kehidupan anda. Ayat seperti ini:

“ Manalah aku ada duit, duit semua dah habis bayar hutang” atau
“Dapat gaji ini, habis duit gaji ini bayar hutang aje mana boleh simpan”

Sebenarnya andalah yang membenarkan diri anda tidak berduit! Andalah yang membenarkan diri anda papa kedana walaupun anda pada waktu itu mendapat gaji! Pakar motivasi pernah menyebut jikalau hendak membeli barang tetapi mengalami kesempitan wang, anda perlu menyebut ayat-ayat yang tidak begitu negative seperti:

“Takpelah tiada budget nak beli buku itu, nanti tunggu rezeki sikit lagi dapatlah beli buku”

Mesti selalu akhirkan ayat anda dengan ayat yang positif. Melalui pengalaman saya, saya pernah melakukan saranan di dalam sebuah motivasi. Hasilnya, mengagumkan diri saya sendiri.

“Saya sering berkata rezeki tuisyen saya daripada hari ke sehari semakin bagus, Alhamdulilah”

Setiap bangun pagi selepas berdoa pasti saya lakukan saranan itu dan pada malam hari sebelum saya tidur saya akan sebutkan lagi.  Sehingga sekarang rezeki saya masih lagi berterusan dan saya seringkali setkan minda saya bahawa rezeki saya tidak pernah kurang.

Satu lagi cara perbuatan yang boleh mengubah diri kita dengan lebih baik iaitu bercakap dengan cermin. Bunyi macam kelakar kan tetapi cuba amalkan lepas bangun tidur atau selepas bersiap untuk ke kerja. Sebutkan selalu perkataan yang mempengaruhi mood kita. Sebagai contoh:

“Dari hari ke sehari aku seorang yang hambaMu yang terbaik dan aku seorang ibu, pekerja yang cemerlang. Aku disayangi dan dihormati walau mana aku berada”

Ingat bila bercakap itu kena yakin dan berikan senyuman pertama anda kepada diri anda. Anda boleh lakukan kepada anak-anak anda. Ulang sebutan yang sama dan konsisten minimum 3 kali sehari. Cuba lakukan dalam masa 3 bulan. Lihat hasilnya.


Ingat ! Anda ialah cermin peribadi kepada diri anda. Kadang-kadang bila orang sebut boleh tengok “air muka” maknanya orang itu sedang melihat keperibadian anda. Tunjukkan bahawa anda seorang yang berharga untuk dijadikan sahabat. You are who you think you are! 

No comments:

Post a Comment