The thots of Mine

Wednesday, 6 November 2013

Sayang Ibu Kasih Abah Sehingga ke Syurga

Salam and Hi to all J

Tersenyum sendiri saya melihat tajuk yang saya ingin kongsikan kepada pembaca kali ini. Rindu sungguh hati ini ingin ketemu dengan arwah ibu dan abah yang telah lama meninggalkan saya dan adik beradik yang lain.


 Pagi tadi semasa saya dalam perjalanan ke office, saya terdengar nasihat seorang pendengar radio kepada semua pendengar di stesen radio itu supaya menyayangi dan mengasihi ibu bapa sementara mereka ada di dunia ini. Hati saya segera sebak mendengar nasihat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa! Masih lagi ada tempat untuk berteduh dan bermanja. Mungkin agak pelik untuk sesetengah viewers membaca coretan ini tetapi percayalah walaupun saya sudah berusia 30-an di hati saya masih lagi budak kecil di mata arwah ibu bapa saya.

Saya teringat sewaktu saya sudah berkahwin namun saya masih lagi ditegur oleh ibu saya kerana balik lewat pagi bersama dengan suami saya. Saya tersenyum ! Ibu saya masih  sukar untuk melepaskan anaknya lagi dan walaupun saya sudah beranak saya masih lagi dileteri oleh ibu saya!  Percaya atau tidak saya sangat merindui leteran ibu saya!!! Untuk arwah abah saya, saya rindu akan sikapnya yang jujur. Sangat susah untuk saya mendapatkan lelaki yang jujur dan setia kepada pasangannya walaupun pasangannya sudah meninggal dunia . Kesetiaan arwah bapa saya kepada ibu saya membuatkan saya sayu dan pilu. Saya tahu arwah bapa saya sangat merindui arwah ibu saya yang  telah pergi meninggalkannya keseorangan namun dia tidak pernah menunjukkan kerinduannya. Hanya tingkah lakunya sudah memadai untuk kami sebagai anak-anak faham.

Okey..berbalik kepada kasih ibu dan bapa. Saya tersentak mendengar dan juga membaca pelbagai cerita yang saya sendiri  tak sanggup nak melihat di dada akhbar. Saya seringkali membaca cerita anak membunuh bapa atau ibu. Masha Allah! Wujud juga si tanggang moden di zaman ini. Kadang kala ada pula si anak meninggalkan ibu atau bapa di rumah kebajikan kerana si anak tak sanggup menjaga si ibu atau si bapa. Aduhai!! Apakah dunia sudah terbalik!

Saya juga pernah terbaca seorang anak meninggalkan si ibu yang tua di hotel dan terus ghaib selepas itu. Sehinggakan hotel owner terpaksa memanggil wartawan untuk mencari sang anak durjana! Bila dah jumpa dan di tanya , jawapan yang diberi “ Saya tak mempunyai duit  yang cukup untuk menjaga ibu saya”. Terasa hati saya begitu panas dan saya terasa ingin sekali mengoncangkan sang anak manalah tahu kot-kot akal sang anak tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Seringkali kita terlupa yang memberikan rezeki berupa duit adalah Tuhan. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Walau macam mana susah pun kita mencari rezeki untuk menjaga ibu sudah pasti Tuhan berikan bantuan. Namun, saya harus akur bahawa bukan semua manusia sama. Betullah kata pepatah:

“Si Ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum  tentu mampu menjaga seorang ibu”

Apabila saya berbual dengan rakan saya mengenai kes-kes si tanggang moden ini, kawan saya memberitahu kadang-kadang adalah ini adalah pembalasan ke atas perbuatan si ibu atau si bapa sewaktu muda terhadap ibu dan bapa mereka. Maksudnya, apa yang si ibu atau si bapa ni kena sekarang adalah disebabkan kesalahan yang mereka lakukan terhadap ibu dan bapa mereka. Saya terkedu!  Saya mula memikirkan kebenaran ayat rakan saya. Mungkin benar apa yang diberitahu oleh rakan saya atau mungkin kasih sayang yang diberi sehingga membenarkan si anak melakukan sewenang-wenangnya! Seperti cerita anakku sazali!

Walau apa-apa pun yang berlaku, Islam sangat menekankan penghormatan sang anak kepada ibu bapanya Rasullah s.a.w ketika di tanya siapa yang perlu dihormati selepas Allah dan Rasul juga menyebut “Ibu” sebanyak 3 kali selepas itu barulah “Ayah”. Di situ sendiri menunjukkan Islam memandang tinggi jasa ibu dan bapa. Jadi, siapalah kita untuk menghumban ibu dan ayah kita di mana-mana yang kita suka! 

Saya sungguh kesian melihat sesetengah manusia yang sentiasa meminggirkan ibu bapa demi mengejar kemewahan dunia! Mereka selalu terlupa bahawa waktu muda sangat singkat dan lambat laun kita akan tua dan kita juga akan merasai apa yang ibu bapa kita rasai apabila anak- anak kita melakukan apa yang sudah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita. Tuhan tak pernah leka dan lupa segala perbuatan manusia.

Apabila kita membelakangkan ibu kita especially to husbands atau para suami. Kita sudah melakukan suatu dosa yang amat besar. Ibu perlu didahulukan daripada isteri. Namun, saya perasan sudah wujud suami yang lebih menjaga hati isteri daripada hati sang ibu. Lupakah kamu wahai sang anak yang ibumu sanggup menahan seksa mengandungkanmu sebelum kamu lahir di dunia! Untuk sang isteri, jangan memaksa suami kamu memilih antara kamu dan ibunya. Jangan memaksa kaki suamimu ke pintu neraka kerana keegoan kamu.

Mungkin saya menekankan kasih sayang ibu bapa kerana saya merindui ibu bapa saya. Tetapi niat saya ikhlas ingin melihat ramai ibu bapa disayangi oleh anak-anak dan menantu-menantu mereka.  Jikalau ada perangai mereka yang menyentuh hati membuatkan diri berjauh hati doakanlah supaya Tuhan lembutkan hati mereka dan berikan hidayah. Baik buruk mereka tetap ibu dan ayah kita. Sedekahkan Alfatihah kepada mereka walaupun mereka masih hidup dan anda akan melihat bagaimana ajaibnya hubungan anda dan ibu bapa anda!


No comments:

Post a Comment