The thots of Mine

Friday, 8 November 2013

Setiap Kejadian Tersembunyi Hikmah

Salam dan Hi kepada semua…J

Hari ini saya ingin mencoretkan apa yang terlintas di fikiran saya semasa saya dalam perjalanan pulang dari pejabat. Apa yang berlaku pada saya baru-baru ini mula menyedarkan saya tentang kekuasaan Tuhan ke atas segala makhluk ciptaan-Nya.

Setiap kejadian yang berlaku ke atas kita ada hikmah yang tersembunyi. Tapi terpulanglah kepada kita sama ada ingin menilai secara cepat mahu pun lambat. Tapi lama kelamaaan kita akan mula memahami kebijaksanaan Yang Maha Esa dalam mengaturkan segala perjalanan kita sebagai hambaNya.

Sekali lagi sebagai hambaNya, saya diuji untuk menentukan bagaimana saya menghadapi dugaan yang ditetapkan olehNya. Saya faham ketika rezeki saya di tarik sebentar olehNya, saya selalu tanamkan di dalam hati saya bahawa:

“ Disaat rezeki saya ditarik, saya tahu bahawa Allah akan gantikan rezeki yang lebih baik dari apa yang ditarikNya”

Hasilnya, saya masih lagi boleh tersenyum dan ketawa walaupun disaat menelan rasa pahit kerana saya pasti bahawa rezeki didepan saya akan digantikan dengan lebih baik. Saya tahu saya takkan dapat mengenggam sesuatu selamanya sebab hukum alam sentiasa mengingatkan saya bahawa:

Tiada yang kekal di dunia ini kerana dunia ini sendiri bersifat sementara”

Jadi bagaimana saya ingin melawan hukum alam yang sudah beribu tahun wujud sebelum saya wujud di muka bumi ini. Tentu sahaja saya sedih, tetapi saya harus kuat melangkah ke depan  kerana saya tahu saya sedang berlawan dengan cabaran yang hebat untuk saya. Saya akui saya dipaksa oleh Tuhan untuk membuat keputusan demi perjalanan masa depan saya. Namun, untuk kata terkilan tidak pernah hadir dalam kamus hidup saya buat masa ini tetapi perasan sedih itu ada kerana saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang pernah jatuh dan bangun bersama saya. Mereka hadir di saat saya memerlukan mereka dan mereka adalah ibarat permata di dalam lautan kaca. Adoiii! Air mata saya tumpah jua dan saya tewas dalam melawan perasaan sedih yang hadir dalam diri saya.  Namun, saya tidak akan tewas dalam mempercayai qadha dan qadar. Bagi saya Tuhan sudah menyediakan jalan yang cantik untuk saya walaupun “kurang cantik” daripada pandangan mata saya yang daif pengetahuan tentang ketentuan Tuhan ini.

Kejadian yang berlaku pada saya pada kali ini..maaf yer atas sebab-sebab tertentu saya tidak mampu meluahkan sekarang tetapi keadaan yang saya lalui sekarang membuatkan saya semakin dekat dengan Tuhan. Semakin saya dekat semakin saya tabah dan tenang menghadapi cabaran ini. Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan kerana itu semua urusan ghaib yang diluar bidang kuasa saya. Saya tidak mempersalahkan sesiapa sahaja di setiap kejadian yang berlaku ke atas saya kerana setiap kejadian tidak mungkin terjadi tanpa keizinan Tuhan. Seorang sahabat menasihati saya supaya sentiasa melakukan solat sunat Istikharah dan Dhuha kerana dia berpendapat solat sunat istikharah melatih saya supaya bergantung kepada Tuhan untuk setiap tindakan saya walaupun tindakan tersebut sangat remeh. Kadang kala di saat kita merasakan tindakan itu tidak penting yang ironinya tindakan itu bakal membantu kita di saat genting. Manakala, solat sunat dhuha pula melatih saya supaya bergantung kepada Tuhan dalam memberi rezeki. Supaya saya tidak beralih arah ke tempat lain selain daripada menyembah Allah untuk memohon rezeki.

Saya faham tiada siapa yang mampu membantu saya di dalam keadaan saya sekarang ini bukan kerana mereka selfish tetapi kemampuan mereka terhad dan manusia itu lemah. Jadi, apa guna saya menyembah Allah tetapi apabila ingin meminta tolong saya meminta tolong selain daripada Allah. Saya hanya menipu diri saya sendiri!

Oleh itu, saya bertekad untuk bergantung harap kepada Tuhan bukan manusia. Saya tahu pengantara rezeki saya di mana-mana dan saya mampu berdikari sendiri. Cukuplah saya mengucapkan :
Hasbunallah wa ni’malwakil “



No comments:

Post a Comment