Sudah agak lama tak blogging disebabkan kesibukan mengajar student saya yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Baru sekarang saya mampu menarik nafas lega untuk menulis di dalam blog kerana minggu ini minggu terakhir saya mengajar student-student SPM saya. Sedih tu memang sedih untuk berpisah dengan student saya tetapi saya tahu student saya akan pergi meneruskan perjuangan mereka di menara gading. Doa saya supaya mereka sukses selalu.
Tajuk kali ini ialah Biarkan ia berlalu..hurm agak jiwanglah dan sesuai dengan jiwa sentimental saya pada saat ini.
Setiap hari kita akan bertemu dengan rakan-rakan, colleagues, sedara atau sesiapa sahaja yang Tuhan hadirkan di dalam diri kita. Mereka ini adalah sebahagian pengalaman hidup kita. Dengan kehadiran mereka, kita akan melihat pelbagai warna dalam sketsa pentas dunia kita. Boleh saya katakan, ada yang membawa keceriaan tetapi ada juga yang membawa kesengsaraan di dalam hidup kita. Mengapa Tuhan tak bagi orang yang best ajer dalam hidup kita? Pada pendapat saya yang masih lagi belajar tentang kehidupan ialah untuk kita menjadi orang yang terbaik kita harus berdepan dengan rintangan dan tentunya rintangan ini datangya daripada manusia yang kita anggap pada pandangan kita adalah tak best.
"Tuhan tidak pernah memberi sesuatu yang sia-sia kepada hambaNya"
Namun, setelah kita lalui pengalaman yang kurang best atau ayat jiwangnya pahit mampukah kita memaafkan si pelaku dan peristiwa yang berlaku? Itulah ujian yang terbesar dalam diri kita. Kalau tidak masakan wujud quote sebegini:
"Willing to forgive but cannot forget"
Pengalaman yang tak best lebih memberi impak di dalam hidup kita. Ia bagaikan parut yang berbekas walaupun sakitnya sudah hilang.
Tetapi dalam sudut Islam, apa sahaja kemaafan yang ditutur melalui mulut mesti diniatkan dengan ikhlas dalam hati. Orang kata jangan diungkit barang yang lepas. Mengapa? Apa yang berlaku biarkan sahaja kerana kita harus melihat dari sudut hikmah kejadian itu terjadi bukan mengapa kita yang diduga sebegitu.
Kita takkan melihat hikmah sesuatu kejadian jikalau fikiran kita diselaputi kekecewaan dan kemarahan. Mungkin sekarang kita menjerit marah tetapi jangan terkejut di suatu masa nanti kita akan mengucap syukur kerana kejadian atau pengalaman itu terjadi ke atas kita.
"Pain memories are like medicines. Although it is bitter, it heals us."
No comments:
Post a Comment