The thots of Mine

Friday, 17 January 2014

being generous as you can

Salam ..

Sekarang dah melangkah ke tahun yang baru. Jadi masih ke kita dengan azam tahun baru? Kalau masih di dalam mood tu alhamdulilah.

Jari jemari ini dan juga hati saya tertarik untuk menyatakan mengenai generosity atau dalam melayu iaitu sikap dermawan.

Hukum alam dan juga setiap agama yang kita ketahui menyarankan tentang sikap murah hati atau dermawan terhadap setiap makhluk Tuhan. Mengapa saya menyebut makhluk Tuhan? Mengapa tidak sahaja saya sebutkan manusia sahaja? Jawapan saya mudah sahaja bukan manusia sahaja yang wujud di dunia ini terdapat pelbagai ciptaan Tuhan yang juga hidup di.muka bumi ini. Jadi mengapa saya perlu menjadi selfish atau berat sebelah ke manusia sahaja.

Bersikap murah hati kepada setiap makhluk Tuhan tanpa memandang ke arah bangsa atau agama atau rupa bentuk banyak memberi ketenangan dan keberkatan kepada kehidupan kita. Saya tidak berani mengatakan jikalau saya tidak amal dan alami kesan amalan saya.

In fact, ketika saya berniaga saya suka lebihkan daripada apa yang patut saya berikan. Contoh, jikalau sesi tuisyen itu berakhir 1.5 jam tetapi saya suka lebihkan 10 ke 15 minit extra untuk student saya.Mengapa? Sebab saya suka memberi daripada menerima. Jikalau orang yang calculative atau sikap berkira pasti akan  'alah rugi lah aku'..maaf yer saudara saudari tiada rugi dalam mencurahkan ilmu dan tiada rugi jikalau kita suka menderma. Pernah dengar perumpaan ini:

"The more you give, the more you get"

Tidak kira apa jua bangsa dan agama semua menggalakkan sikap dermawan. Ini kerana semua agama percaya kewujudan Tuhan dan percaya Tuhan pasti memberikan kita keberkatan hidup jikalau kita berterusan menderma dari segi fizikal atau mental.

Di dalam Islam, kita digalakkan bersikap pemurah dan dermawan. Sikap tersebut bukan sekadar digalakkan untuk kerohanian tetapi juga perbuatan yang nyata. Malah dalam Islam kita di galakkan sedekah Al Fatihah kepada orang yang kita sayang dan kita kenali. Jangan ingat bila dah arwah aje kita boleh sedekah AlFatihah tetapi untuk orang yang masih hidup. Selalunya lagi dalam keikhlasan kita, kita akan mengalami kesan sedekah  Al Fatihah ini.

Generousity ini sebenarnya bukan berkisar kepada kerohanian tetapi dalam segala perbuatan kita seharian. Lagi kita ikhlas, kita akan betul-betul bekerja untuk selesaikan sesuatu pekerjaan. Sampaikan kita terasa jikalau kita makan gaji buta kita akan menjadi susah hati.

Teringat saya suatu cerita mengenai bekas rakan sekerja saya. Beliau ini hanyalah kelulusan SPM berbanding engineer yang lain berkelulusan lebih tinggi daripada beliau. Saya suka bercerita dengan beliau kerana beliau seorang yang humble atau rendah diri. Sewaktu kami berehat akibat syarikat kami sedang dalam cooling period lepas merealisasikan suatu projek besar. Tiba-tiba beliau meluahkan perasaan dengan mengatakan beliau umpama department yang tak berguna langsung. Saya pelik mendengar luahan rasa itu, lantas bertanya mengapa? Beliau menjawab "apa gunanya saya mendapat gaji tetapi saya tiada kerja."

Terdiam saya sebentar kerana dari pengetahuan saya orang lagi suka tiada kerja tapi gaji jalan.

Dalam beberapa bulan lepas daripada perbualan itu, saya mendengar beliau mendapat tawaran dari syarikat telco gergasi yang memberi tawaran yang lumayan kepadanya. Saya berjumpa dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berkata kepada saya bahawa beliau tidak sangka bakal mendapat tawaran itu kerana kelulusan rendahnya malah dia juga gagal dalam test yang didudukinya sewaktu temuduga itu. Tetapi kuasa Tuhan mengatasi akal fikiran manusia. Rupa-rupanya beliau diterima bekerja disebabkan keihklasan dan kesungguhan beliau membuat kerja sewaktu menemani customer syarikat kami di USA. Malah, customer itu yang mencadangkan nama beliau kerana beliau pemurah dalam membantu customer tersebut sewaktu di USA.

Sehingga sekarang saya masih tahu rakan sekerja saya menikmati kehidupan dengan sikap pemurahnya. Masha Allah...betapa Allah mahu kita menjadi pemurah kerana Allah itu Maha Pemurah. Adios!

Monday, 6 January 2014

Anti Perkauman

Salam kepada semua..

Saya pasti ramai tertanya-tanya mengapa saya menulis tajuk di atas. Sebenarnya, saya terlihat beberapa situasi sejak kebelakangan ini.

Situasi 1:
Saya terlihat seorang makcik melayu berumur 40 an berjalan dan tiba-tiba tergelincir jatuh. Ramai yang menghulurkan bantuan dan kebetulan ada uncle cina turut memapah makcik itu ke bahu jalan. Paling membanggakan ramai remaja turut juga membantu makcik itu.

Situasi 2:
Saya sedang memandu pulang ke rumah dan terlihat sebuah kemalangan di mana penunggang motor yang berbangsa melayu terjatuh di jalan raya dan penunggang motor yang berbangsa india menolong pemuda melayu ke tepi jalan demi mengelakkan kemalangan yang teruk.

Situasi 3:
Saya melihat seorang wanita melayu menolong aunty cina ini mencari barang di pasar raya kerana tiada promoter pada waktu itu.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tidak mampu saya tulis kerana panjang jela. Tetapi apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah sikap perkauman.

Sewaktu saya kecil, saya dibesarkan di sebuah taman di cheras. Rakan sepermainan saya terdiri dari melayu, cina, india dan benggali. 

Saya menghormati budaya mereka. Di dalam proses pembesaran saya, saya dapat menikmati pelbagai kebudayaan. Saya bermain tanglung di perayaan kuih bulan, saya dapat melihat telur rebus berwarna merah yang akan wujud dalam sesetengah perayaan. Saya mula mengenali zodiak cina pada tahun lunar. Begitu juga saya turut dijemput oleh jiran india saya semasa diwali dan diberitahu sejarah bagaimana wesak dan thaipusam bermula. Pada perayaan krismas, saya tidak merayakan tetapi hanya menghormati fahaman penganut Kristian.

Ibu bapa saya sangat menekankan sikap toleransi antara satu sama lain sama ada antara kaum atau individu. Malah, apa yang saya belajar mengenai Rasullah s.a.w, baginda sangat menghormati fahaman agama lain kalau tidak masakan penganut agama lain bebas mengamalkan anutan mereka sewaktu Mekah diperintah oleh Rasullah s.a.w

Tetapi apa yang mengecewakan saya sebagai penduduk Malaysia ialah sesetengah politikus yang menggunakan sentimen perkauman untuk mengaut keuntungan.Tahukah mereka bahawa mereka telah menciptakan satu jurang yang besar dan bahaya kepada setiap kaum yang ada di Malaysia. Salah satu jurang itu ialah syak wasangka yang mampu mencetuskan huru hara di Malaysia.

Jika generasi sekarang telah didik supaya membenci kaum lain atas dasar di tindas. Saya ingin bertanya apa akan jadi dengan nasib generasi yang akan datang. Mungkin sengketa tidak wujud sekarang tetapi jika anti kaum telah disemai sekarang jangan terkejut jika 10 tahun lagi Malaysia bukan lagi negara yang aman.

"Untuk membina sesuatu yang baik memang akan mengambil masa yang lama, tetapi untuk meruntuhkannya boleh dilakukan dalam sekelip mata"


Saturday, 4 January 2014

M.A.L.A.S

As salam semua
Hari ini saya bermula dengan perasaan yang bersemangat untuk berkongsi dengan viewers tentang tajuk di atas iaitu MALAS.

Actually...ada beberapa perkara yang telah berlaku di depan mata saya and in fact saya juga telah belajar banyak pengajaran daripada sifat malas ni. Takde yang bagus pun dan perasaan malas ni kalau boleh jangan bagi chance pun berada kat dalam diri kita!

Saya berkenalan dengan sebuah keluarga yang berpendapatan rendah. Saya mengenali keluarga ini melalui anak saya. Dalam kehidupan serba kekurangan itu, saya kagum juga melihat sang isteri gigih menjual nasi lemaknya di gerai dan alhamdulilah saya melihat kedai jualan nasi lemak sang isteri laris dan pada pukul 8:30 pagi kesemua nasi lemak jualannya sold out! Tapi apa yang benar -benar mengecewakan saya ialah attitude sang suami dan anak-anaknya yang hanya mengharapkan sang isteri tersebut menjadi penyumbang utama keluarga.

Pada awalnya sang suami membuka gerai jualan air manakala anak-anak mula bekerja dan saya gembira melihat semuanya berjalan lancar tetapi apabila berlaku dugaan dalam hidup keluarga itu sang suami bertekad menutup gerai minumannya manakala anak-anak yang awalnya bekerja mula menunjukkan sikap malas bekerja dan akhirnya berhenti terus. Akhirnya sang isteri terpaksa menyara keluarga ! 

Saya cuba menolong si suami dengan mengajak si suami menjadi transporter anak saya dan saya boleh memanggil beberapa anak jiran juga untuk menambahkan pendapatan keluarga tetapi alasan yang diberi mengecewakan saya apabila si suami menolak mentah dengan alasan MALAS..manakala sang isteri terpaksa menjaga anak orang dan menjual nasi lemak. Kat situ ajer..sang isteri terpaksa buat 2 kerja..itu pun gerai nasi lemak itu tidak serancak  seperti dahulu. Lebih banyak gerai itu ditutup daripada di buka membuatkan ramai pelanggan beralih arah termasuklah saya. 

Situasi di atas membuatkan saya terfikir bahawa malas itu lebih membawa bencana dan penganiayaan kepada diri sendiri dan juga orang yang rapat dengan kita. Si pemalas akan bersikap selfish kepada orang sekeliling.

Diri saya juga tidak terkecuali..kalau saya malas mengajar sumber pendapatan saya berkurangan. Mana cukup duit nak settle hutang! Kalau solat dan doa banyak-banyak tapi pemalas Tuhan takkan tolong pun. Saya pun kurang arif bagaimana sesetengah orang boleh berpendapat sebegitu sedangkan Islam menggalakkan umatNya berniaga dan berusaha sedaya upaya dalam sesuatu pekerjaan yang halal. Mengapa saya sebut berniaga? Ini kerana 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan dan nabi pun berniaga..bukan?

    " kalau kita malas kita hanya menipu diri kita sendiri"

Mengapa saya cakap macam tu?
Senang ajer...kalau kita malas kita memang menipu diri sendiri. Contohnya, kita nak kurus lepas tu kita makan ajer segala mala protein la supplement la..telan ubat diet yang kita pun tal sure macam mana effect kat badan kita...tapi disebabkan malas kita tak buat semua tu..bila orang ingatkan kita sebut.."malas la"..so hasilnya adalah hampeh! Sebab badan kita tak berubah pun..

"Malas membuatkan hidup kita sengsara"
Sebenarnya..kita tak perasan bila kita malas semua yang kita rancangkan akan tergendala secara automatik. Negatif aura memang bermaharajalela..cuma kita jer tak perasan tapi orang sekeliling perasan!

Kita diberi 1 peluang untuk hidup dan perlukah kita guna peluang ini untuk di isi dengan kemalasan? Setiap saat dan minit sangat bernilai sebab kita tak tahu bila tarikh mati kita. Kalau kita yang beragama Islam, kita tahu kita akan dihidupkan kembali dan cara kita hidup di dunia akan di tayangkan kembali di seluruh umat dunia di hari kebangkitan nanti dan perlukah kita tunjuk betapa malasnya kita kat semua orang!

Setiap kenikmatan hidup akan disekat disebabkan kemalasan kita. Setiap rezeki akan terhalang terhadap kita disebabkan kemalasan kita. Jadi..sekarang saya nak tanya kembali kepada anda apa perlu anda menjadi malas kerana semua kenikmatan dan rezeki terhalang terhadap anda!

"Malas bertanya sesat jalan, Rajin bertanya dapat jawapan"

Kalau kita belajar sekalipun..belajar bagi saya bukan apabila anda digelar pelajar sahaja tetapi belajar adalah proses yang berpanjangan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini. Kalau kita belajar sesuatu perkara kalau kita rajin bertanya pasti kita akan dapat jawapan yang cepat tetapi jikalau kita malas kita akan rugi kerana kita diberi kelebihan akal tetapi tidak digunakan sebaiknya.bila digelar bodoh macam lembu kita marah sebab disamakan dengan lembu tetapi jikalau kita malas guna akal..apa bezanya!

"Lebih baik mengajar pelajar bodoh daripada malas"

Nampak kasarkan? Tapi itulah kebenarannya..sebagai tutor saya sangat tegas jikalau student saya tidak buat latihan. 
Saya lebih suka mengajar pelajar yang tidak pandai tetapi apabila di beri ilmu mereka berusaha untuk mahirkan diri. Tetapi apabila saya beri ilmu kepada pelajar pemalas saya tahu ilmu saya tidak akan dihargai malah saya seolah-olah mencurah air di daun keladi.

TIADA JALAN MUDAH UNTUK KEJAYAAN. Latihan demi latihan mesti dibuat untuk pastikan kefahaman tentang sesuatu subjek. Jadi saya sangat pantang dengan budak pemalas sebab bagi saya jikalau tidak dihalang perangai begini maka akan lahirlah generasi pemalas dan hanya mengharapkan bantuan  orang lain.Sikap survival juga rendah! Hidup ini memerlukan semangat survival yang tinggi..ibu bapa tidak akan sentiasa ada dengan kita untuk membantu kita..jadi kita kena bantu diri kita supaya tidak pemalas. Malas hanya lebih mengundang kemunduran daripada kemajuan. 

Saya sentiasa cuba mengingati diri saya jikalau saya malas saya bukan sahaja menyusahkan diri saya tetapi saya menyusahkan keluarga saya dan orang-orang sekeliling. Cuba ambil 1 motivasi yang apabila kita malas atau down kita akan bangkit kembali. Kalau saya..saya ambil anak-anak saya sebagai sumber inspirasi. 

Setiap manusia dilahirkan tidak pernah Tuhan jadikan sebagai sia-sia.Tuhan tidak suruh kita jadi pemalas dan itu adalah pilihan kita. Jangan kata kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tak dipandang hasilnya atau hasilnya tak bagus. Sebenarnya Tuhan ingin menunjjukkan sesuatu untuk kita dan perlukan kita gigih lagi dalam mencari jawapan. Albert Einstein tidak beroleh kejayaan dalam semalam. Begitu juga dengan Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun jikalau mereka pemalas mereka juga tidak mampu memberikan kita penemuan yang mengagumkan!

So ...don't be lazy and keep giving excuses as you are not surviving in this world...