Assalammualaikum
;
Hari ini saya terfikir hendak
berkongsi dengan viewers tentang kehebatan ayat 1000 dinar. Saya tidak mahu
menceritakan sejarah yang berkaitan dengan ayat ini tetapi saya ingin berkongsi
tentang kebaikan membaca dengan mengamalkan ayat ini.
Sebelum itu, saya sarankan supaya all
viewers patut faham maksud ayat ini sebelum mengamalkannya J supaya keyakinan kita semakin
bertambah dan kita akan terus menerus ingin mengamalkannya.
Jika kita lihat daripada sudut
pemahaman ayat ini, saya bukanlah ustazah atau seorang yang bertauliah daripada
segi agama tetapi saya masih lagi dalam proses menpelajari kebaikan-kebaikan
ilmu Allah dan ingin berkongsi dengan seberapa banyak hamba-hamba Allah yang
lain.
Melalui ayat surah Al- Talaq ini
menyarankan kita supaya kita wajib bertawakal kepada Allah dan sentiasa
bergantung kepada kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian. Tetapi ini
bukan bermakna kita tidak melakukan sebarang usaha dan hanya bertawakal sahaja.
Kebanyakkan orang memikirkan dengan hanya bergantung kepada ayat-ayat seperti
ini dan tidak melakukan sebarang usaha sudah mencukupi. Apakah mereka sudah
lupa bahawa ..
“ALLAH
TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEBUAH KAUM, JIKALAU KAUM ITU SENDIRI TIDAK BERUBAH”.
Jikalau kita melakukan sesuatu
pekerjaan:
- Perlu usaha. Usaha dengan bersungguh-sungguh (Fizikal)
- Bertawakal (Spiritual/ Rohani)
Disini
kita perlu faham bahawa seseorang Muslim wajib meletakkan harapan melalui doa untuk
menunjukkan kebergantungannya kepada Allah. Maka, setelah berusaha melalui
fizikal ( apa yang kita nampak melalui mata kasar ) kita harus juga melakukan
dengan spiritual way iaitu melalui cara rohani ( solat sunat, zikir dan doa). Malangnya,
saya perhatikan kebanyakkan orang suka menampal ayat ini daripada menzikirkan
ayat ini. Apalah gunanya ayat ini digantung kalau tidak diamalkan. Saya hanya
berfikir positif sahaja apabila sesetengah kedai yang saya singgah
mengantungkan ayat, saya niatkan sahaja
mungkin cara ini Allah ingin mengingatkan saya yang saya perlu amalkan
zikir ini. Jadi kedua-dua pihak pun dapat pahala J
AMALAN AYAT 1000 DINAR
Ayat ini boleh diamalkan selalu dan
boleh di buat seperti bacaan zikir jikalau kita selalu membacanya. Digalakkan
selepas solat fardhu kerana pada waktu itu adalah di antara waktu yang doanya
mustajab. J
KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT 1000 DINAR
1)
membuka
pintu rezeki ( contoh masa temuduga untuk dapatkan kerja)
2)
mengelakkan
daripada bencana atau malapetaka (kemalangan jalan raya, bencana alam dan
sbgnya)
3)
menghilangkan
gemuruh atau perasaan yang tidak tenteram.
4)
Menghidarkan
diri daripada sebarang kezaliman
5)
Diberi
jalan keluar daripada sebarang musibah dan masalah yang menimpa.
PENGALAMAN SAYA
Saya telah mengamalkan ayat 1000 dinar
ini dan telah mengalami kehebatan ayat ini. Di antara pengalaman-pengalaman
yang saya pernah lalui adalah:
1)
Mendapatkan
parking di tempat yang sesak
Every
weekend, saya dan keluarga sering ke shopping mall untuk berjalan-jalan makan
di luar atau saya suka buat window shopping ( biasalah perempuan J ). Masalah yang selalu saya hadapi
ialah mendapatkan parking kereta di waktu peak time ( 12:00 tengah hari )
biasalah semua orang pun nak lunch waktu yang sama. So, saya ni akan
mengamalkan ayat ini untuk memudahkan saya mendapatkan spot parking bagi saya
tak kisahlah dapat parking kat mana pun asalkan dapat kotak parking kereta.
Saya tak berapa gemar nak parking sesuka hati sebab takut kereta kena calar ke
atau orang buat something kat kereta maklumlah kita dah menyusahkan orang
dengan cara parking yang salah. Paling teruk kena saman dengan parking
management..huhu..
Ok,
berbalik kepada cerita saya tadi..so far Alhamdulilah lah..saya selalu mendapat
spot parking yang cantik. Maksud “cantik” tu kadang-kadang betul-betul depan
entrance mall kalau tak pun tak jauh daripada pintu entrance. Jadi senanglah
saya dengan anak-anak tak payah jalan
jauh.
2)
Menghadapi
saat genting
Saya
pernah dipaksa menghadiri mesyuarat dengan orang-orang atasan di mana bos saya
terpaksa last minute tak boleh hadirkan diri. Saya terpaksa lakukan presentation
seorang diri di hadapan orang-orang besar yang saya sebelum ini tidak pernah
bersemuka secara formal. Saya kuatkan hati saya dan mengamalkan ayat ini
sebelum mesyuarat bermula dan semasa presentation berlaku. Alhamdulilah, lidah
saya begitu lembut dan tutur kata saya Allah lancarkan dan gemuruh juga
berkurangan. Malahan, saya di berikan keyakinan untuk melakukan presentation
tersebut. Akhirnya, saya berjaya melakukan presentation tersebut tanpa sebarang
peristiwa yang memalukan…J
3)
Menghadapi
masalah kewangan
Pada
awal permulaan saya bekerja di sebuah company di Selangor saya menghadapi
masalah kewangan yang serius dimana saya terpaksa menanggung expenses dan
hutang yang banyak. Pening kepala saya memikirkan situasi kewangan yang begitu
mencabar. Saya browse websites untuk mencari solusi masalah saya dan saya
terbaca tentang kehebatan ayat ini dan pengalaman orang yang mengamalkannya.
Saya berusaha dan mula mengamalkan untuk mencari rezeki dan Allah telah
keluarkan saya daripada belenggu masalah ini dengan memberi ilham untuk saya
memulakan part time saya sebagai tutor dari rumah ke rumah. Sebelum ini saya
hanya mengajar anak rakan-rakan tetapi lebih kepada hobi tetapi daripada hobi
itu Allah jadikan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada saya J
4)
Keselamatan
perjalanan
Saya
mula mempraktikkan zikir ini semasa saya dalam perjalanan di mana-mana.
Maklumlah, accident boleh berlaku di mana sahaja dan di sebabkan perjalanan
dari rumah saya ke tempat kerja agak jauh jadi saya memerlukan zikir yang boleh
menyelamatkan saya daripada kemalangan akibat kecuaian sendiri atau orang lain.
Seboleh-boleh saya ingin mengelak sebarang kemalangan atau kecelakaan. Saya
sering amalkan zikir ini juga ketika waktu puncak (peak time). Hasilnya, sangat
menakjubkan kerana saya mampu sampai ke tempat kerja dalam masa yang tepat.
Saya terasa Allah permudahkan perjalanan saya.
5)
Melembutkan
hati
Jikalau
kita mempunyai orang yang kita tahu dia mempunyai niat yang kurang baik dengan
kita, kita boleh amalkan ayat ini dengan harapan orang tersebut tidak akan
melakukan kezaliman ke atas kita.
Ayat
ini juga boleh di amalkan untuk anak-anak yang keras hatinya, baca dan kita
tiupkan di umbun kepala mereka.
6)
Dipermudahkan
sebarang urusan yang sulit
Jikalau
kita menghadapi sebarang perkara atau urusan yang sulit, kita boleh mengamalkan
ayat ini supaya urusan tersebut dipermudahkan. Kadang-kadang Allah hadirkan
pembantu untuk kita supaya kita tidak terasa begitu terbeban. Saya dah
mengamalkan zikir ini untuk keadaan yang sulit dan saya mendapati Allah
hadirkan pembantu yang tidak disangka-sangka kepada saya.
7)
Rezeki
mudah melekat
Selama
saya membuat kerja sambilan, alhamdulilah rezeki saya tidak pernah berkurangan.
Di saat satu rezeki saya diambil, Allah tambahkan rezeki yang lebih baik kepada
saya. Jikalau kita melakukan perniagaan sendiri, kita kan lebih merasakan kesan
menakjubkan itu. Betullah kata Nabi s.a.w :
“9/10
PUNCA REZEKI ADALAH DARIPADA PERNIAGAAN”
Itulah di antara pengalaman-pengalaman
yang sudah saya lalui dengan mengamalkan ayat 1000 dinar ini sebagai zikir. Apa
yang saya ingin tekankan sebelum amalkan ayat ini, sila faham maksud dahulu.
Apabila kita faham, kita akan yakin barulah kita baru lihat kemujaraban ayat ini dalam
kehidupan kita seharian.
tq share pengalaman, ia menjadi motivasi untuk sy amalkan sepanjang masa.
ReplyDeleteAlhamdulillah tq for sharing
ReplyDelete