Macam pernah dengar tak perkataan
STRESS? Sebenarnya perkataan ini dah macam perkataan normal sampai budak darjah
5 pun tahu guna perkataan ini. Terdapat banyak faktor yang membolehkan kita
cepat terasa stress. Tapi itu bukan satu alasan mandatori yang membenarkan
lidah dan hati kita menyebut stress. Ada orang boleh handle stress tapi ada
yang tak boleh handle stress sampaikan boleh buat sesuatu yang kita anggap luar
biasa perbuatannya..
STRESS & HUBUNGAN
Pasangan kekasih dan
Rumahtangga
Percaya tak penangan stress ni boleh
menyebabkan hubungan menjadi retak atau putus. Tak kira la hubungan tu adalah
hubungan kekasih, pasangan rumahtangga atau keluarga. Disebabkan sifat kita
sebagai manusia yang suka mengukur faktor keduniaan sebagai faktor kejayaan telah
menciptakan satu persaingan yang membebankan kita sendiri. Tak dapat apa yang
kita target kita STRESS so disebabkan hukum kat dunia ni TAK SEMUA KITA PINTA
KITA AKAN DAPAT membuatkan kita menjadi STRESS BANGAT!!! Apabila kita tak mampu
nak handle stress tu kita terlupa yang kita juga akan mempengaruhi emosi
pasangan kita. Kena ingat yerr….pasangan yang mencintai kita adalah seperti
cermin kita…cubit peha kanan, peha kiri terasa..jadi secara automatic pasangan
kita akan ter”emo” sekali dengan kita ..apabila kedua-dua sudah stress mestilah
berangin ajer la kan…so kita end up akan bergaduh lebih daripada menyayangi
pasangan kita. Saya tak kata semua
pasangan akan menghadapi senario di atas tetapi KEBANYAKKAN pasangan akan
mengalami pengalaman tersebut.
Untuk pasangan yang sudah
berumahtangga, apabila pasangan anda selalu stress bila balik dari tempat kerja
mestilah ada “emo” jugak kan apatah lagi la bila pasangan yang emo tu tak layan
anak-anak (jika ada) dengan good mood…terus mood pasangan swing 360 darjah.
Daripada perkara remeh – temeh terus jadi perang besar . Akibatnya pasangan
mungkin mendapat melihat barang-barang rumah beterbangan ataupun pasangan anda
tidak akan bercakap dengan anda melebihi 1 hari..:) Tapi apa yang saya ingin
tekankan ialah implikasi atau “effect” ke atas anak-anak jikalau mereka
terpaksa menyaksikan kelakuan ibu bapa mereka. Ingat!!! Apa yang anda lakukan
sama ada baik atau buruk semuanya adalah pelajaran kepada anak-anak
anda..jangan terfikir “ ala budak-budak ni kecik lagi, bukannya dorang tau pun
“ ..YOU’RE MAKING HUGE MISTAKE! Maybe dalam fasa itu anak-anak kita tidak mampu
untuk menanya atau pun berani berkata-kata kepada kita tetapi mereka akan
menunjukkan kelakuan yang mereka pelajari ke atas adik beradik yang lain atau
pun ke atas anak orang lain. Haaa……takut takk??....inilah kesan-kesan yang
sebenarnya kita terlepas pandang sebagai ibu bapa..kalau boleh stress di tempat
kerja atau di luar rumah jangan di bawa masuk ke rumah. Kalau di bawa masuk
..banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Saya bercakap melalui
pengalaman kerana saya merupakan isteri dan ibu kepada 3 orang anak.
Keluarga
Saya membesar di dalam keluarga yang
berpendapatan sederhana. Arwah bapa saya merupakan seorang pegawai kerajaan
yang sudah bersara manakala arwah ibu saya adalah seorang surirumah tangga
sahaja. Dengan hanya bergantung pendapatan arwah bapa saya, alhamdulilah kami
sekeluarga mampu menikmati kehidupan yang sempurna dalam kaca mata saya sebagai
anak dan menikmati kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada arwah
keluarga saya. Di sini bukan saya ingin berasa bangga dengan kenikmatan yang
saya dapati, tetapi saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana dalam
banyak-banyak ciptaan makhluk Allah, saya dikurniakan ibu bapa yang bertanggungjawab
dan baik.
Sepanjang arwah ibu bapa saya hidup,
saya sangat jarang melihat kedua-dua ibu bapa saya bergadoh teruk sehingga
terbang melayang barang-barang dan saya tidak pernah melihat ibu saya dikasari
oleh bapa saya. Tapi apa yang saya kagum dengan bapa saya, se”stress” mana pun
arwah bapa saya, dia hanya senyapkan diri tapi bila anak-anak datang bertanya
itu dan ini beliau masih mampu tersenyum dan cuba membantu. Arwah ibu pula
sangat memahami karakter sang suami dan sangat menyabar melayan kerenah suami
dan anak-anak. Apabila saya berkahwin, saya tidak menyangka sangat sukar menjadi tugas isteri dan ibu. Tahap kesabaran
itu..jangan di sebut ..SANGAT TINGGI!!...tapi bukan bermakna saya harus
mengalah…tetapi saya akui di awal perkahwinan saya selalu tewas dalam mengawal
stress ini kerana saya masih berusia muda dan bak kata pepatah “ darah muda “
memang sentiasa membuak-buak..untung ada pasangan yang penyabar sedikit
daripada saya…hehhe…tahun demi tahun saya harungi bahtera perkahwinan dan saya
pelajari banyak perkara baru dan kadang di perbaharui akibat kealpaan saya.
Namun dengan kehadiran 3 cahaya mata membuatkan saya semakin matang dalam
mengawal stress. Kadang-kadang pernah terkeluar air mata kerana tak mampu
mengawal stress akibat kenakalan anak-anak, namun hati terubat melihat wajah
indah mereka ketika tidur. Waktu itu, hati mengucap syukur , saya masih lagi
mampu bernafas dan diberikan nyawa menyaksikan situasi tersebut maka hilanglah
stress dan jiwa terasa tenang sekali.
STRESS DAN SEKELILING
Office/ Pejabat
Saya percaya ramai di antara kita
masih bekerja tidak kira la lelaki atau wanita. Disebabkan faktor kos sara
hidup yang tinggi membuatkan pasangan suami isteri bekerja dan bila bekerja
faktor stress pun ikut sekali. Berapa banyak jer di antara kawan-kawan kita
yang bekerja dengan orang bahagia sangat-sangat. Semua kalau boleh bahagia
kerja sendiri cuma tak berani ceburkan diri 100% sebab fixed expenses and debts
yang kita ada. Saya sendiri mengakui dan alhamdulilah hati sekarang semakin terbuka
untuk berniaga sendiri . In shaa Allah, dalam proses merealisasikan
impian..seperti di Akademi Fantasia!..cheewaahhh!!..
Okey..berbalik kepada suasana pejabat
yang kita boleh simpulkan dalam tempoh
24 jam sehari lebih daripada 50% masa kita habiskan di pejabat. Di situ juga
kita diberikan pengalaman yang banyak oleh Tuhan untuk mematangkan diri kita. Di
situ jugalah kita belajar hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia
dengan Tuhan. Kita mula mengerti maksud asam garam hidup dan kerenah manusia
tak kira tua atau muda. Istilah “anak jangan di sangka bapak, bapak jangan
disangka anak “ pun wujud juga…
Namun faktor stress ini lebih berkait
dengan :
- · cara
pembawakan diri dalam menyelesaikan kerja, Contoh: boleh ke buat kerja extra
time, stress ke kalau kerja melambak-lambak, boleh ke siapkan berdasarkan
dateline dan etc.
- · team
mate . Contoh: kalau dapat team mate yang sekepala memang best! Tapi
kebanyakkan akan mendapat team mate yang opposite karakter dengan diri sendiri.
Paling worst kalau bab kerja lari tapi bab nama mari.
- · Bos
/team leader : Kita selalu mendengar bos yang tak bagus la, kaki mengampu laa..bos
yang tak professional dan nakkan kredit untuk diri sendiri. Ini adalah faktor
yang terpenting dalam stress kat pejabat. Kalau kita dapat bos yang kurang memahami
diri kita, kita secara automatik akan merasa stress dan kehidupan di pejabat
terasa “panas”.
- ·
Officemate:
kalau boleh kita patut kekalkan tahap professionalism di antara kita sebab
takut jadi bias atau rasis terhadap co-workers lain. Kalau bergossip ni memang
takleh nak dinafikan, memang sentiasa ada.
- · Faktor
perjalanan: dahulu benda ni selalu dipandang remeh, tetapi sekarang di beri
perhatian sebab harga petrol yang selalu berubah-ubah menyebabkan kita terpaksa
menambahkan kiraan kos perjalanan.
Jiran
Tertangga
Kalau
dulu kita selalu ada masa nak singgah ke rumah jiran. Tapi sekarang faktor
kepesatan ekonomi ( orang sibuk cari duit sebab nak tamping kos sara hidup )
membuatkan kita pandang sepi saja semangat kejiranan. Bukannya mak tak ajar
masa kecil tapi kita selalu tak cukup masa. Kalau kena rumah bertanah , sempat
la senyum dan bertanya kabar kalau nak reverse kereta waktu kerja pagi. Tapi kalau
rumah apartmen, nak senyum pun tak sempat. Lama kelamaan semangat jiran tu dah
ghaib.
Dalam
Islam, Jiran ada seorang yang kita pandang tinggi kerana jiran yang tinggal
paling hampir dengan kita. Jika kita sakit, jiran yang akan tolong sebelum
sedara atau ambulans datang. Tapi sifat manusia ni suka meng”kompleks”kan
keadaan, kadang-kadang sifat ingin tahu jiran ni menyebabkan umpatan atau
fitnah berlaku. Apabila si fulan ni difitnah mungkin 1 kawasan kejiranan akan
memandang serong ke arahnya dan akibatnya si fulan ni nak stress dan
mengasingkan diri kerana marah (difitnah) atau malu ( kantoi sebab semua
tahu).Kalaulah si fulan ni single, maka maruahnya dan ibu bapa akan tercalar
tetapi jikalau si fulan ni sudah berkahwin dan memiliki anak maka secara tak
langsung 1 keluarga terpaksa menanggung malu.
Kawan-kawan
Siapa
yang hidup nak bersendirian? Itu bukan fitrah manusia. Hawa dicipta oleh Allah
disebabkan Allah kasihankan Nabi Adam yang keseorangan. Dari situ kita tahu
bahawa manusia tak suka keseorangan dan tak boleh hidup keseorangan.
Maka
tidak hairanlah manusia suka berkawan. Daripada persahabatan yang wujud, kita
mencari keserasian atau “chemistry” bak kata mat salleh..hehe..
Tapi
ada persahabatan yang berakhir dengan permusuhan ada pula persahabatan yang
tiada penghujung dimana persahabatan mereka sangat akrab.alhamdulilah jikalau
kita tergolong dalam persahabatan yang kedua.
Tetapi
stress wujud dalam persahabatan yang pertama iaitu persahabatan yang diakhiri
dengan permusuhan. Wujudnya “back stabber” yang begitu sinonim perkataannya
pada waktu ini. Mungkin amat payah untuk kita maafkan si back stabber tetapi
jika kita pupuk kemaafan dalam diri kita in shaa Allah kita akan Berjaya.Cumanya
bergantung kepada kita untuk memaafkan si fulan itu dengan cepat atau lambat. Daripada
pengalaman saya yang daif ini, saya pernah mengalaminya dan agak terluka sangat
lama..cuba mencari-cari ketenangan diri tetapi akhirnya saya faham suatu
perkara bahawa Tuhan ingin saya mempelajari
semua ini dan memupuk perasaan sabar saya sebagai manusia. Seperkara lagi, saya
mulai mengetahui bahawa karakter manusia boleh berubah sekelip mata dan saya harus berpegang kepada karakter manusia pada fasa sekarang dan bukan
fasa yang dahulu kala. Betul lah pepatah orang tua " Sekali air bah, sekali pasir berubah"
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN STRESS
Step
1 : Fahami Punca Stress
selidik
punca penyebab stress anda
Step
2: Letakkan keutamaan
senaraikan
keutamaan masalah yang menyebabkan stress.
jangan
cuba selesaikan semua masalah serentak
bertindak
mengikut kemampuan
Step
3: selesaikan masalah satu per satu
selesaikan
masalah kecil supaya masalah tersebut tidak merebak menjadi besar
cuba
selesaikan masalah dalam waktu yang sesuai
Step
4: menangis
menangislah!!
kerana menangis adalah amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda
dan jiwa
Step
5: ketawa
dapatkan
masa untuk duduk bersama sahabat yang mampu bersama ketika susah.
ketawa
menyebabkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung meningkat, otot-otot dan
suhu badan juga diaktifkan
Step
6: Bersenam atau beriadah
bersenam
bukan sahaja mengurangkan stress tetapi menyihatkan badan secara tak langsung
Step
7: Menyanyi, menari dan menjerit
Apabila
stress anda boleh menyanyi di dalam bilik mandi kalau menangis pun takde siapa
yang perasan tapi hati anda sangat lega!!! cuba lah!!
JIkalau
anda perlu menjerit..pergilah di suatu tempat yang anda rasa selamat dan sunyi
dan jeritlah sepuas hati dan nyatakan segala kekesalan yang tersimpan di dalam
hati anda. Luahkan!!! kerana anda akan berasa lega walaupun masalah itu belum lagi selesai tetapi anda mempunyai
minda yang tenang untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Step
8: Curahkan segala perasaan di dalam diari
Jikalau
anda merasa tertekan akibat marah, geram, sedih atau sebagainya. Diari adalah
di antara medium yang boleh di gunakan untuk meluahkan perasaan.
Catatkan
segalanya tidak perlu formal, sudah memadai anda sendiri yang faham.
Selain
itu, anda juga boleh menggunakan blog untuk luahan perasaan.
Step
9: Luahkan perasaan kepada sahabat karib
Jikalau
anda merasakan masalah yang anda hadapi terlalu berat, anda bolehlah berkongsi
rasa dengan sahabat karib anda.
Melalui
luahan rasa anda, sahabat karib anda mungkin dapat memberikan beberapa
alternative solution kepada anda.
Ingat!
Setiap orang memandang satu masalah yang sama dengan pandangan yang berbeza!
Step
10: Meditasi atau bertakafur
melakukan
penilaian semula dengan perbuatan tak kira lisan atau fizikal yang telah
dilakukan sebelum masalah ini terjadi
dengan
bertakafur anda mungkin dapat menilai level permasalahan tersebut
Step
11: Tahu Had Kemampuan
Tahu
tahap kemampuan diri dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
jangan
menyiksa diri jikalau anda tidak mampu menanggung sendirian
Step
12: Berusaha dan Bertawakal
Bertawakallah
kepada Tuhan sekiranya kita telah berusaha 100%
Setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya
Step
13: Bersantai
Jikalau
anda berkemampuan, anda bolehlah menenangkan perasaan anda dengan mengambil
cuti untuk bersantai di pantai ataupun ke luar negeri/negara.
Lakukan
kegiatan yang tidak terlalu membebankan tetapi menyeronokkan
Step
14: Ambil Mudah
Harus
terapkan dalam minda "Setiap masalah ada penyelesaian" atau "
setiap racun ada penawarnya"
Harus
bersangka baik dengan setiap apa yang terjadi dengan kita
Step
15: Mengadu pada kaunselor
Sekiranya
masalah yang anda kongsi bersama temam karib tidak mampu untuk menyelesaikan
masalah yang anda hadapi.
Anda
bolehlah bertemu dengan kaunselor.
Step
16: Berurut
Berurut
mampu mengurang tahap ke"stress"an anda!
Step
17: Refleksologi atau akupuntur
Selain
berurut, cara ini turut mengurangkan tahap "stress" anda
Step
18: Hipnosis
Melalui
pengawalan minda bawah sedar, mampu memprogramkan diri anda dalam menyelesaikan
masalah anda.
Salah
satunya ialah anda boleh mempositifkan minda anda melalui kata-kata yang
positif.
Step
19: Amalkan sikap dan gaya hidup yang sihat
Mengambil
permakanan yang seimbang, tak melakukan kegiatan yang tak bermoral dan sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Tuhan membuatkan kita rasa masalah kita ni tidak
seteruk mana.