The thots of Mine

Wednesday, 24 July 2013

Amboi Divanya Dia!!

Salam and Hi to all of you!!!..

Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera la hendaknya..ceewaahhh..bagai menulis surat tidak rasmi di waktu darjah 6…hehe..ok guys topic pada hari ini ialah DIVA @ SOMBONG…hurmm..mesti ramai yang pernah terserempak dengan manusia spesis ini atau pun terasa diri sendiri pun perangai macam diva jugak..(namun amat jarang di antara kita yang perasan perangai kita sombong melainkan orang lain tegur)..betul tak??

Sebelum ni I ada kupaskan sedikit mengenai manusia yang IKHLAS dan kali ini kita kupaskan sedikit manusia YANG PERASAN DIVA pulak..

Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai jenis gelagat manusia dan sebenarnya Tuhan tak akan izinkan kita bertemu dengan pelbagai jenis gelagat manusia jikalau itu adalah pengalaman yang sia-sia. Tuhan tak pernah jadikan sesuatu perkara atau benda SIA-SIA. Kita sebagai manusia jer yang suka buat perkara yang sia-sia. Kita akan tahu menghargai sesuatu pengalaman dan pengajaran jikalau kita tempuhi onak berduri..ceewaahhh….ada kajian mengatakan manusia akan lebih mengingati pengalaman yang buruk daripada yang baik..

DIVA DAN DIRI SENDIRI

Kat sini I sangat suka sebut Diva sebab perkataan tu seerti dengan sombong. Kita lebih suka memandang orang lain berperangai diva tetapi kita terlupa yang kita pun ada kalanya diva jugak. Kadang-kadang lebih teruk diva dengan Allah!..berapa ramai di antara kita yang menunaikan solat tepat pada waktunya kalau tak pun dengan cepat kita solat tak payah la nak combine waktu zuhur dan asar (kalau yang tak musafir)..sangat sediki!! Kita lebihkan perkara yang berbentuk duniawi sebabkan benda tu zahir..solat mengadap Allah tu sebab kita tak Nampak Allah secara zahir maka kita ambil sambil lewa…betul tak??

Kita terlupa yang kita bersikap sombong dengan Allah sedangkan Allah tak pernah terlupa pun kita walau sesaat!..

Lagi satu,  habis solat maka habislah semua..tak payah doa..kalau berdoa pun ala kadar aje just cukup pra syarat…sangat sedih kan?.. Cuba la kita ni …kalau orang yang minta something dengan kita tapi bertanya dengan ala kadar aje..nak ke kita kasi dengan riang ria..tak kan…so kat sini again menunjukkan yang kita ni bersikap diva dengan Tuhan.

Impak bila kita bersikap sombong dengan Tuhan kita akan merasakan kehidupan kita tak tenang, tak gembira, stress, terasa semua benda tak kena..apa yang kita hendak tu macam hampir tak dapat…Ini kerana Allah marah kita yang bersikap sombong dengan tidak berdoa kepada-Nya.

Allah sangat suka kita berdoa sebanyak-banyak yang boleh.

DIVA DAN PERSAUDARAAN

Selalu kita dengar luahan hati orang lain yang berbunyi:

“ Dulu dia tak macam tu pun, dia baik tapi sekarang ni sejak dah senang dah makin lupa diri”

“ Setakat ada kereta mewah dan tak nak kawan dengan orang yang low class!”

“Dia ingat dia tu siapa? Awat perasan diva sangat”

“ Baru Tuhan bagi sikit kaya, riak dah melampau-lampau, cakap suma nak besar aje!”

Ayat-ayat ini merupakan luahan rasa ketidakpuasan hati manusia ke atas manusia yang lain. Mula-mula sedih tetapi lama kelamaan sakit hati dan berharap agar si pendapat rezeki tu mendapat kemudaratan akibat keangkuhannya.

Sebenarnya si pendoa tu tak patut buat macam tu …sebab lagi kita berdoa benda yang tak baik lagi murahlah si pendapat rezeki yang sombong tu…pelik kan?? I pernah terbaca 1 buku motivasi yang mengatakan

“lebih baik kita mendoakan kemurahan rezeki seseorang walaupun dia adalah musuh kita kerana setiap doa yang baik akan membawa kebaikan kepada kita”

Maksudnya: tak guna kita berdoa sesuatu yang buruk kecuali orang yang teraniaya kerana setiap doa yang buruk akan mengakibatkan kehidupan kita semakin sempit.

Kalau si diva tu maintain dengan diva nya…kita doakan yang kita dijauhkan dengan orang sebegitu kalau betul-betul tak tahan..kalau boleh tahan telinga tu ..pekakkan aje!! Senang citer…

Pernah dengar pepatah mat salleh ni..

“Every dog has its days”

Maksudnya setiap orang akan mengalami setiap perkara..kalau dia sering menunjukkan kesombongan dia..maka Tuhan akan kelilingkan dia dengan orang-orang yang sombong supaya suatu hari dia akan menyedari betapa peritnya menjadi sombong.

Kalau kita sayangkan orang ni…kita boleh tegur secara berhemah. Kalau perli .memang tak lut! Lagi la dia menyombong tahap gaban..hehhe..at last habuk pun tarak…sebab selalunya orang yang sombong ni egonya tinggi melangit!

DIVA and SURROUNDINGS

Takde seorang manusia pun suka manusia yang diva sebab Allah pun murka dengan hambaNya yang sombong. Kalau kita bersikap baik dengan Allah tetapi angkuh dengan manusia yang kita rasa tak satu tahap dengan kita..( tak kisahlah dari segi status ke, ilmu ke, bangsa ke, kelas masyarakat ke, atau apa-apa pun)..memang kita akan sentiasa tidak mendapat ketenangan dan rasa hormat di dalam kalangan manusia.

Ingat!kita pasti akan merasa kesusahan walaupun kita ni orang yang paling kaya kat dunia ni..tapi jika kita sombong..Allah akan menemukan kita dengan manusia-manusia yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kita. Kerana Allah ingin kita tahu bahawa yang berhak sombong adalah Allah bukan kita. 

Tetapi kalau kita kaya tetapi dermawan dan tak sombong..percayalah walau sesusah mana pun kita..tetap Allah hadirkan kita pembantu dan kadang kala kita terkejut dengan bantuan yang Allah berikan kepada kita.

Kita harus ingat yang kita hidup hari ini, mendapat rezeki untuk hari ini dan belajar semua perkara untuk hari ini. Manakala, kita tak tahu pun esok apa akan terjadi kepada kita kerana itu adalah perkara ghaib dan rahsia Allah. Kalau kita rasa kuat hari ini, tak mustahil kita akan sakit atau lemah pada esok.

Jadi, apa guna menjadi sombong dan bongkak pada hari ini, sedangkan kita tak tahu apa akan terjadi pada hari esok. Kat sini sahaja menunjukkan kita sangat lemah dan kita sendiri tak tahu apa yang bakal akan terjadi kepada kita, anak-anak kita, family kita. So..fikir-fikirlah sebelum kita nak menjadi sombong..


Adios guys!!  :)

Saturday, 20 July 2013

Bila kita ikhlas jiwa kita tenang seperti tenangnya air laut tanpa ombak yang deras


Miss Sincerity & Mr. Sincerity!

Salam and Hi to everyone….:)

Topik hari ni sangat berlainan dengan topic yang sebelum – sebelum ni…. It is about Keikhlasan atau Sincerity..
Berapa di antara kita yang faham maksud keihlasan. Bila orang cakap “ kau ikhlas ke ? “ dengan cepat kita akan cakap “ mestilah ikhlas”. Tapi adakah keikhlasan tu lahir betul-betul dalam hati kita.

Boleh ke apa sahaja kebaikan yang kita lakukan pada orang hari ini tak kisah la orang tu di dalam kalangan adik-beradik ke, sedara mara ke , ibu bapa ke, kawan-kawan atau orang-orang sekeliling kita tak akan ungkit kebaikan kita di kemudian hari.

Sebagai contoh:

“ Kalau aku tahulah jadi macam ni, tak ingin aku tolong dia hari tu”
“Penat-penat aku buat kerja, tapi orang lain pulak dapat nama”
“I tolong damaikan dorang, tapi last-last dia buat tak tahu aje dengan I”
“ takpe hari ini kita pergi kenduri dia, esok-esok dia pergi kenduri kita pulak”

Actually ada banyak sebenarnya perbualan yang dah dianggap normal dalam kehidupan kita, tapi kita tak sedar yang perbuatan tu lebih kepada tak ikhlas..Kita terlupa yang kita sepatutnya letak keikhlasan tu dulu dalam semua perkara.

IKHLAS adalah satu perkataan yang senang di ingat tapi susah di buat…hehe..percaya ke tak? Allah ada sebut keikhlasan tu adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang hanya si pembuat dan Allah jer yang tahu, malaikat yang membawa amalan kita tak tahu apa-apa pun. Betapa Allah meletakkan keikhlasan kita di suatu tempat yang di pandang tinggi.

Tapi, sikit jer di antara kita yang betul-betul faham dan sedar kelebihan keikhlasan. Ada yang buat sesuatu kebaikan tetapi di dalam hati terselit agenda tersembunyi. Terlupa kot yang Allah Maha Mengetahui apa yang kita sembunyikan di dalam hati.

IKHLAS DAN DERMA
Sebagai contoh:

Si Amira (nama samara ajerr) seorang yang suka menderma tapi cara derma dia agak sedikit lain daripada apa yang disarankan.Dia suka beritahu kepada semua orang yang dia suka menderma dan suka sebut berapa yang dia dermakan. I mean…the amount of money yang dia nak donate..angka yang dia sebut semuanya dasyat..Niat dah bagus, cara kurang digalakkan. Sekarang kita tengok..apa niat sebenarnya..adakah si Amira ni suka menunjuk-nunjuk atau adakah dia cukup ikhlas menderma..

Kita kena ingat suatu perkara yang sememangnya sudah termaktub di dalam Al-Quran. Apa sahaja yang kita niatkan akan mendapat pembalasan yang setimpal. Kalau la si Amira ni niat nak bermegah-megah dan nak beritahu kepada semua orang yang dia ni kaya dan dermawan Allah akan bagi dia kemegahan apa yang dia nak, pandangan kagum daripada semua orang . Tetapi kalau si Amira ni tak ikhlas, maka Allah tak memberi pahala besar untuk keikhlasan.

Please take note….kalau menderma sila pastikan tangan kiri tak tahu pun tangan kanan menderma.

Bukan la bermaksud, sorok tangan kiri bila nak menderma. Di sini, peribahasa di atas memberitahu kalau boleh bila menderma tu senyap-senyap..jangan dok riuh sekampung..apa yang kita kejar adalah pahala menderma dan pahala keikhlasan.

IKHLAS DAN BERKAWAN

Pernah tak kita berjumpa dengan spesis manusia yang suka kategorikan kawan-kawan dia. Macam pernah jumpa kan?

Actually, I pernah berjumpa dengan spesis manusia seperti ini. I mean is.. this person suka kawan dengan orang-orang yang dia rasa megah untuk berkawan. Suka kawan dengan kawan-kawan yang datang daripada golongan orang kaya walaupun dia pun baru nak kaya tapi belum lagi kaya. Selalunya orang yang baru nak merasa senang akan berperangai macam ini.

So, basically..kawan yang betul-betul ikhlas berkawan adalah kawan yang sanggup bersusah payah dengan kita. Bila senang susah nak determine kawan yang ikhlas, oleh itu bila Tuhan sengaja buat kita susah seketika ada hikmahnya sebab masa tu la kita akan berjaya menkategorikan kawan-kawan yang ikhlas dengan kita. Takde apa yang boleh kita bangga kalau mempunyai kawan 1000 sedangkan waktu susah tiada seorang pun yang mampu berdiri di belakang membantu kita. Cukuplah mempunyai kawan-kawan yang boleh dikira dengan jari tapi susah senang mampu di hadapi sama..

Percaya atau tidak kawan-kawan yang ikhlas berkawan dengan kita semakin pupus …yang semakin berkembang pesat adalah kawan-kawan yang hipokrit..hehe

Apa-apa pun TEPUK DADA TANYA SELERA..kita adalah penentu hidup kita..kita penentu kategori kawan kita..kalau kita ikhlas berkawan, tak mengira status kawan, ikhlas menolong kawan susah dan senang .. Allah takkan temukan kita dengan kawan yang hipokrit..mungkin akan ada kawan yang hipokrit tetapi hanyalah sebagai insan yang pernah hadir dalam hidup kita untuk kita jadikan pengajaran dan iktibar..selagi kita ikhlas, kita akan selamat..

Pernah dengar tak pepatah lama…KALAU NAK LIHAT PERANGAI SESEORANG, LIHATLAH PERANGAI RAKAN-RAKANNYA DAHULU.. so sendiri-sendiri fahamlah yerr…

IKHLAS DAN PERBUATAN
Kalau kita buat sesuatu perkara, jika tak disertakan ikhlas..bagaimana perkara tu boleh di lakukan dengan mudah???

Sebagai contoh.

Kita telah di “taici” kerja oleh rakan sekerja kita. Kita tak tahu apa-apa pun…argghhh!!!! Itu satu pengalaman yang sangat di benci oleh kita..betul tak??? Tapi ingat kalau kita ikhlas..kita akan pandang perkara itu sebagai sebuah ilmu yang ingin Tuhan berikan kepada kita..automatik kita akan dapat jalan keluar although it takes time tapi minda kita telah diprogramkan dengan positif so the outcome should not be “worst result”.. tak percaya??? I dah buat and I get the positive outcome

Tapi jikalau kita terus mengomel sana sini, tak puas hati dan terasa di aniayai oleh rakan sekerja kita. Hasilnya, kerja tu sure kerja yang hampeh ..sebab apa??? Sebab kita TAK IKHLAS! Itu aje..kita mula mencipta aura negatif itu di dalam otak kita..maka secara tak langsung..minda kita akan memprogramkan perkara yang negative..sampai bos pun pandang kita negatif jugak…kesudahannya kita mengomel yang kita tak dapat bonus , naik gaji dan promotion disebabkan sikap kita yang negatif dan tak ikhlas..Sekarang korang Nampak tak  betapa besarnya impak ikhlas ni kat dalam kehidupan kita seharian.

Ikhlas ni bukan setakat stop kat tempat kerja tapi kalau kita full time housewife pun sama jugak.Kalau kita didik anak tak ikhlas maka hasilnya anak-anak kita banyak buat kita makan hati. Ada juga di kalangan ibu bapa yang berpendapat “ takpe nanti bila besar, anak aku pulak yang bagi duit kat aku”.

Hurmm…ini konsep yang sangat-sangat salah…jangan ada sekelumit pun fikiran tu kat dalam kamus hidup kita as parents. Ingat!! Sebagai ibu bapa kita kena faham yang anak-anak adalah amanah yang di beri oleh Allah kepada kita..kita kena ikhlas menjaga “amanah” ini..jangan terfikir yang anak-anak ini sebagai aset yang boleh buat duit kat kita. JANGAN MENGHARAP PUN!!!

Kenapa cakap begini? Simple aje..REZEKI TU DI TANGAN ALLAH bukan di tangan anak-anak kita.
Percayalah…lagi kita fikir macam tu lagilah anak-anak tu tak mampu nak bagi rezeki tu kat kita sebab kita terlupa yang Allah adalah Pemberi Rezeki dan Allah selalu mengingatkan kita dalam pelbagai bentuk supaya kita berfikir dan insaf….

Okey guys…malam dah makin larut and I’m getting tired as I baru sahaja balik dari Iftar .. To all Muslims out there..HAPPY FASTING and I’m hoping that all of us would be blessed by Allah regardless wherever we are…Semoga you guys tak penat dengar celoteh I..

adios!! 



Thursday, 4 July 2013

Rezeki dan Pengantara Rezeki

Assalammualaikum and Hi everyone,

In the previous celoteh, I was talking about persaingan. Today, I would like to talk about rezeki dan pengantara rezeki.

Bila sebut aje pasal rezeki semua orang akan terfikir promotion, gaji naik, durian runtuh ..erk to those who have no idea what is " durian runtuh" means tetiba kita dapat duit dalam jumlah yang banyak.. 

Tapi ramai yang tak mengetahui rezeki juga merangkumi anak, keluarga yang bahagia, tempat tinggal yang bagus dan sorrounding yang baik. Apa yang kita lebih fokus ialah duit ..duit..duit..

I cannot blame when most people I talked to before this tend to think rezeki means money.." It's all about the money" yeahh!! yeahh!!..( like the song that I used to hear when I was small and until now I have no idea who was the singer...malas nak cari actually)..

Bagaimana pula dengan pengantara rezeki????

Do you have any idea about this?

Siapa pengantara rezeki kita selama ini?

Siapa lantik pengantara rezeki ? Adakah kita? Tuhan? atau bos kita sendiri?

Pengantara rezeki adalah  sesiapa sahaja di kalangan kita yang di pilih oleh Allah supaya menyalurkan rezeki kepada kita. Pengantara rezeki tu kadang-kadang kita tak kenal pun...jangan terkejut la pulak...

Logiklah kan...kita ni di suruh berdoa murahkan rezeki dan ada kalanya kita berdoa supaya di berikan rezeki yang berupa duit untuk menampung kehidupan kita seharian. 

Sebagai contoh :

Disuatu masa ketika hamba berdoa:

Ali : Ya Allah, aku dalam kesulitan. Aku sangat memerlukan RM10,000 untuk menampung hutang aku . Bantulah aku.

Allah Maha Mendengar dan Maha Membantu. Tapi untuk Ali mendapat RM10,000 itu dia memerlukan pengantara rezeki antara Allah dan dia. Bukannya Allah bagi direct dari langit. Namun Ali kena berusaha untuk mendapatkan pengantara rezeki itu . Sebagai contoh; kerja part time kat mana-mana sebagai sebahagian cara untuk mendapatkan RM10,000.

Sila ingat, doa tanpa usaha adalah sebuah tindakan yang sia-sia.

Pernah arwah bapa mertua berpesan dekat diri ni. 

"Jikalau gaji kita ni RM10,000 setiap bulan. Bukan 100% hak kita. Ada hak orang lain dalam gaji kita. Hak anak-anak, hak orang lain yang Allah pilih untuk kita beri"

So jangan mengeluh bila tengok gaji kita semakin berkurangan dan jangan mengeluh jikalau tetiba anak, adik, atau orang-orang di sekeliling kita meminta duit daripada kita. Kena ingat, kita di pilih oleh Allah untuk memberi rezeki daripadaNya. Maka di sini kita dipanggil Pengantara Rezeki!!

Ramai yang kurang faham konsep Pengantara Rezeki. Bila anak kita minta duit extra ada kalanya parents akan cakap " Awak ingat Mummy ni cap duit ke?" atau pun " mana la nak cukup duit nak simpan asyik minta duit aje"..........Haaaaaaa....macam pernah dengar tak?? Tapi kat mana ek??.....

Kadang-kadang orang yang menjadi pilihan " Pengantara Rezeki " ni boleh menjadi riak dan suka cakap besar...mesti semua macam agree with my statement tapi macam jugak tak nak mengaku pernah buat....hehehheh...

Pernah dengar ayat-ayat ni...

  1. " Kalau tak aku lah yang bayar duit anak dia belajar ke U dulu mesti sekarang ni anak dia tu tak ke mana-mana".
  2. "Saya yang support semua perbelanjaan keluarga ni...awak apa ada???"
  3. "Dulu masa dia susah dulu , aku yang tolong dia..."
  4. " Habis la duit gaji I macam ni..asyik nak tanggung semua ajerrrrr....."
  5. etc..etc..etc..(hehhehee....idea I dah kering...huhuhu...korang sambung la sendiri....)
Orang tua-tua pernah cakap..." the more you give, the more you get"..hehhehehhe

Be generous, simple but very difficult to do...believe me....most people would say " Whattt......."

Konsep pengantara rezeki ni boleh di gunakan dalam makanan jugak tau...tapi unfortunately ramai yang tak faham atau pura-pura tak nak faham.

Ada yang nak buat port luck tapi berkira-kira...takpe buat sikit-sikit nanti tak habis rugi..walhal kalau lauk tu tak habes boleh jer bagi orang bawak balik
.
Ada yang buat kenduri kahwin sebab nak kaut untung ....kenduri tak start tapi profit calculation dah tertera kat buku....niat tu kena penting wahai mak bapak pengantin...


In this session, I'm sincere in pouring my hearts about this topic as I realise to many people don't realise the real meaning of pengantara rezeki. People are getting stingy and feel the more they keep the money they would become richer.

To tell you the truth, you would be richer in material wise but you are getting poorer in your spiritual life.

Apa maksud punya harta yang banyak, tapi hati tak ikhlas dan tenang...

Everything would be back to kepercayaan kepada rezeki dan di mana rezeki itu datang.