Assalamualaikum and hi to all….:)
Awal pagi tadi masa on the way to work
ada terdengar di radio pasal pengalaman kawan DJ ni semasa di Libya. Di situ
kawan DJ ni ternampak 1 accident di jalan raya dan secara automatiknya dia
berhenti dan memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa cedera kemalangan.
Tapi yang lebih memeranjatkan apabila tindakan kawan DJ ni mendapat reaksi pelik
di kalangan penduduk di sekelilingnya. Rupa-rupanya kalau berlaku kemalangan
takde siapa pun nak tolong mangsa kemalangan. Bila orang di situ tanya kawan DJ ni
adakah ni tindakan yang biasa di buat oleh orang Malaysia terus kawan DJ ni
kata “IYA”.......
DJ di radio tu kata di Malaysia ni
kalau orang nak minta bantuan wang atau pertolongan mesti ada aje orang
Malaysia yang nak membantu…therefore DJ tu kata dia sangat berbangga menjadi
rakyat Malaysia…
Bila kita berada di perantauan, kita
akan mula menilai dan memerhatikan masyarakat di luar Malaysia dengan
masyarakat Malaysia dan di situ kita akan mula membuat penilaian. Ini adalah
tindakan yang berlaku secara tidak sengaja….
Ada beberapa perkara kalau korang perasan laa apabila berada di perantauan:
- Kita akan mula menghargai kebaikan rakyat Malaysia apabila kita berada di perantauan. In fact, kita akan sebut “ Malaysian” di luar negara dan bukan Melayu , Cina , India, Sabahan ke apa ke kat bangsa asing apabila kita berinteraksi dengan bangsa lain….
- Kita akan lebih patuh kepada undang-undang lalu lintas di perantauan berbanding di Malaysia Kalau tak percaya..cuba tengok cara pemanduan kita di luar negara dan di Malaysia…kita tak pernah cuba nak pandu cara ‘ Malaysia’ di Singapura atau Eropah. Kita akan patuh kepada segala undang-undang lalu lintas kat luar negara….hehhe..:)
- Sampah pun kita tak buang merata-rata. Contoh kalau makan kat restoran lepas makan kita pandai pulak amek tray makanan tu dah buang sampah kat dalam tong sampah. kalau kat Malaysia ..jangan harap kannnnn......memang buat-buat tak nampak sampai la pelayan tu tolong amekkan tray makanan kita.
- Kita akan mula mencari orang-orang Malaysia atau orang negara seasia yang boleh bercakap bahasa kita.Mungkin that is the way kita akan rasa rindu tu terubat sikit..:)
- Kalau student Malaysia pulak, sesiapa yang pandai masak mesti jadi target utama..hehehe...rumah sure penuh sebab semua nak makan makanan Malaysia kalau nak makan luar selalu tak mampu sebab mahal...
Ok…tersasar jauh la pulak …baek la
tajuk hari ini adakah kita bangga jadi rakyat Malaysia..jangan sebab bangga
sebab banyak makanan sedap…hehehe…J Seperti contoh di atas ..itu adalah
tindakan spontan kawan DJ tu menunjukkan keprihatinannya tapi apa yang lebih
menarik pandangan ialah apabila DJ tu sebut bila bab derma ke apa rakyat
Malaysia paling rajin menderma dan membantu..and the best part is when it comes to
donation, all Malaysians regardless races and religions will help each other…thanks
to all Malaysians!!..Budaya yang elok tu memang patut di teruskan...
Walau macam mana pun perangai orang Malaysia di bumi Malaysia atau di perantauan..daku memang sangat rasa bersyukur di lahirkan di Malaysia and I’m proud to be called Malaysian….chowwww…..Malaysia selalu di hati...
No comments:
Post a Comment