Bila
dengar jer tajuk ni mesti korang teringat cerita-cerita persaingan jiran-jiran
dengan perabot baru …kannnnn…..hahhaha
Jiran A : Raya dah nak dekat ni….abang kita
nak beli perabot baru tuk kita
maklumlah
nak dapat bonus…
Jiran B : (dengan perasaan
menyampah) ye ke ….bagus la cik abang sayang
awak…….
Malam
itu jugak jiran B memujuk cik abangnya supaya membeli perabot dengan tak
mengendahkan yg suami tu ada duit ke tak tapi yang pentingnya “ RAYA NANTI ADA
PERABOT BARU” walhal perabot yang ada tu
still lagi boleh berfungsi dengan baiknya.
……..dan
korang karanglah senario seterusnya mengikut versi korang sendiri ….
So
kat sini sebenarnya nak menunjukkan persaingan itu wujud tetapi lebih membawa “
KEMUSNAHAN” berbanding “ KEBAIKAN”.
Ok..sekarang
ni kita kategorikan persaingan senang sikit nak citer.
Persaingan ,
Pelajar & Ibu Bapa
Persaingan
itu bagus sebenarnya malah kita ni digalakkan bersaing antara 1 sama lain tapi
mestilah persaingan yang sihat. Kalau pelajar..of course la persaingan siapa
yang dapat markah tertinggi…tapi top scorer tak leh berlagak…kalau dh riak dah
lain pulak topiknya…hehhehe
Di
sini ibu bapa dan guru patut pupuk semangat daya saing di kalangan para pelajar
supaya pelajar-pelajar ini mempunyai sikap positif dan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri mereka. Kalau kita tak terapkan sifat ini ke dalam pemikiran
anak-anak maka mereka akan terus ketinggalan dan cepat putus asa.
Masalah
kebanyakkan ibu bapa sekarang ini lebih mementingkan grade tanpa bertanyakan
kepada anak-anak mereka apa yang mereka pelajari dalam subjek. Korang perasan
tak kebanyakkan ibu bapa akan bertanyakan soalan-soalan seperti:
“ Dapat no berapa dalam
kelas?”
“ Dapat berapa A dalam
result?”
Tapi
jarang ibu bapa bertanya:
“ Apa yang awak faham dalam topik
ini?”
Itulah
kesilapan terbesar kebanyakkan ibu bapa
sekarang. Merekalah yang mengajar anak mereka kejar grade tapi tak tahu apa-apa
pun pasal subjek itu. Pelajar akan lebih suka menghafal daripada memahami topik.
Salah siapa sekarang ni?? …mereka dan keluarga mereka?? …cikgu-cikgu
mereka???.. atau kucing-kucing mereka??...korang fikir-fikirlah sendiri…
Lebih
menyedihkan ibu bapa akan bersaing dengan yang lain dan berbangga dengan anak-anak
mereka dapat straight A’s tanpa mengetahui anak-anak mereka terdiri daripada
kategori spesis menghafal sahaja bukan tahu sangat….
Disebabkan
persaingan antara ibu bapa yang membuatkan anak-anak menjadi mangsa keadaan…so
fikir-fikirkanlah wahai ibu bapa!!...
Selain
itu, anak-anak yang penghafaz ni hanya mampu cemerlang dalam bidang
akademik..dalam paper exam sahaja tapi tak mampu untuk mengaplikasikan apa yang
mereka belajar kerana mereka tak faham apa yang mereka belajar…
Persaingan dan officemates
Kalau
di office pulak…kalau bersaing utk menunjukkan prestasi yang bagus
sangat-sangat di galakkan ..tapi kalau bersaing siapa yang nak pakai handbag
branded tu dh lain maksud persaingan itu…
Itulah
pentingnya pengaruh team members…kalau la team member ini jenis suka menolong
dan bersaing secara elok dengan kita…kita dah patut rasa bersyukur..kalau nak
tahu elok ke tak team member kita tu….kita tengok diri kita dalam masa 3-6
bulan. Kalau banyak yang kita belajar pasal kerja-kerja office, maka kita sudah
merasai persaingan yang sihat…tapi jikalau kita lebih bersaing daripada segi
fesyen, branded handbag atau tak boleh tengok orang lain lebih daripada
kita..maka kita terjatuh dalam kategori situasi “jiran di atas”..
Hati
kita tak pernah menipu kita…kalau kita rasa tenang selalu maka hati kita bersih
dan kita akan ter’involve’ dalam persaingan secara sihat..tapi kalau mata kita
ni tajam mengalahkan mata helang kalau tengok orang lain pakai benda baru dan
lawa..hati pulak meronta-ronta nak bercerita pasal orang tu dan barang-barang
baru …maka elok-eloklah berzikir ..jernihkan hati balik….dah start kelabu dah
hati tu…
Persaingan
dan kehidupan seharian
Kalau
kita selalu pandang diri kita serba kekurangan, kita akan mula bersaing dengan
diri kita. Itulah yang sebaik-baiknya. Bila kita bersaing dengan diri kita
secara tidak langsung kita cuba untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih
baik.
Tiada
siapa yang mampu mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri.
Ingat
ekk…kawan-kawan…sebelum nak bersaing dengan sesiapa sila bersaing dengan diri
dahulu…in order words, identify our weaknesses and strengths. It is easier to
point at other people weaknesses but it so hard to admit our own weaknesses…
Di
dalam kehidupan kita, kita akan hadapi persaingan dalam semua segi sama ada
kita sedar atau tidak. I don’t say it is easy challenge but it is
priceless..setiap persaingan yang kita hadapi membuatkan kita lebih tahu diri
kita especially kelemahan kita sendiri. Kita akan jadi lebih matang, lebih baik
dan lebih muhasabah diri kita dan juga mendekatkan diri kita dengan Tuhan.
Berapa
banyak di kalangan kita apabila susah lupa Tuhan??? Sangat kurang kann…sebab
kita tahu takde siapa yang mampu tolong kita selain Tuhan..
Apa
yang penting kita lihat persaingan daripada sudut positif bukannya negatif. I
know it is a very tough thing to do..but you have to be strong! Cuba kita
tengok baby yang merangkak yang sedang belajar untuk berdiri..berapa kali
terjatuh tersungkur tapi baby tu tak pernah mengalah kann…cuba amek situasi itu
sebagai pembakar semangat..takde benda yang senang kat dunia ini…semua kena
usaha dan bersaing…
Finally, kita
boleh belajar beberapa perkara:
1. Persaingan
boleh membawa kemusnahan atau kebaikan dan anda harus bijak membezakannya.
2.
Daya
saing anak-anak harus dipupuk tetapi mestilah lebih bermaksud kebaikan.
3. Ibu
bapa dan guru harus bijak memainkan peranan dapat memperkenalkan budaya
persaingan yang sihat dekat anak-anak. Anda adalah mentor manakala anak-anak
adalah protégé anda.
4.
Wahai
ibu bapa..sila beringat didik anak anda bukan kerana ingin mengejar grade
tetapi untuk kefahaman. Akibatnya, anak-anak anda tidak mungkin mampu bersaing dengan
jayanya di dalam bidang pekerjaan.
5.
Team
member memang memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Jangan ingat remaja
muda belia jer senang terpengaruh..yang tua-tua yang di panggil matang ni pun
senang terpengaruh juga….nilai diri kita kembali kerana hati kita tak pernah
menipu kita.
6.
Persaingan
yang paling utama ialah bersaing dengan diri kita. Audit diri kita balik.
7.
Bila
kita bersaing dengan diri kita maksudnya kita ingin berubah menjadi lebih baik.