The thots of Mine

Sunday, 19 July 2015

We & Negativity

As Salam ..

Alhamdulilah ..setelah hampir setahun saya tidak menulis blog..kali ini saya berkesempatan menulis sempena cuti panjang Hari Raya kali ini.

Law of Attractions? Sejauh mana kita mmpercayainya...bagi saya mudah saya ...kita sedang melaluinya tetapi kita tak menyedarinya. Setiap hari kita bernafas, kita berfikir dan kita melakukan segala aktiviti harian. Tetapi, ada tak kita menyedari bahawa sebahagian kehidupan kita ada kaitan dengan law of attractions.

Saya sempat berbual dengan sepupu saya yang meninggalkan kerja makan gaji dan menjadikan kerja freelance sebagai sumber utama pendapatan keluarga. In fact, beliau dan suami memilih jalan kerja sendiri sebagai sumber pendapatan dimana keadaan ekonomi sekarang ini kurang memberansangkan. Saya tanya bagaimana beliau memotivasikan dirinya agar sentiasa bersemangat untuk bekerja sedangkan saya makan gaji pun semangat melayang entah ke mana-mana. Beliau menyebut " Law of Attractions ". Saya terus berminat mendengarnya.

Simple rule katanya...

1. " don't think negatif" .
2. "avoid negatif people"..
3. "stop negativity"...
4. "focus on positive only"
5. "sincere to yourself and your work"

Baginya always motivate ourselves by viewing all positive quotes of the day yang sentiasa mencerahkan minda kita. Apa yang kita patut lakukan jikalau kita dikelilingi oleh orang-orang yang terlalu negatif undurlah secara berhormat dan kalau boleh jangan diputuskan jalinan persahabatan yang ada. Cuma kita kena positifkan hidup kita baru kita boleh membuat analisa mengenai kehidupan kita dan mulai bersyukur tentang kurniaan Tuhan kepada kita.

Apabila kita terlalu negatif...bagaimana kita memahami erti kehidupan yang diberikan kepada kita? Bagaimana kita hendak bersyukur terhadap kurniaan yang Tuhan berikan kepada kita sedangkan diri kita asyik menunding kesalahan kepada orang lain? 

Law of Attractions menyatakan jikalau kita negatif kita bakal menarik segala perkara negatif ke arah kita. Jadi tidak perlu mengeluh jikalau perkara kurang menarik berlaku kepada kita. At the end of the story..kita yang mempelawa perkaran negatif tersebut. In fact di dalam ajaran Islam ada menyatakan jikalau kita tak bersyukur maka segala kurniaan akan ditarik balik oleh yang Esa. 

Selain daripada membaca positive quotes kita juga perlu membetulkan urusan kita kepada Allah. Back to Basic. Perbetulkan perhubungan kita dengan yang Esa dan selebihnya Tuhan yang akan uruskan. It is simple yet people tend to forget it. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak boleh bercerita dengan manusia. Kita kena ingat segala perkara @peristiwa yang berlaku kepada kita adalah urusan yang Esa. Kekuatan dan akal manusia adalah terhad dan lemah. Pertolongan yang kita mohon kadang kala melebihi kebatasan pertolongan manusia. Maka, memohon dengan bercerita dan berdoa kepada yang Esa lebih afdal dan wajar dilakukan. 





Sunday, 19 October 2014

Demotivation is part of our lives.

As Salam kepada semua..

Sekejap aje Ahad ni akan berakhir. Esok semuanya kembali seperti normal ..untuk yang belajar silalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Untuk yang bekerja seperti saya..kerja..kerja..kerja...Tapi kadang kala bekerja ni membuatkan saya rasa lebih tertekan. Pressure untuk produce output. Bila kita bekerja , bos atau immediate superior kita akan monitor performance kita melalui output yang kita hasilkan. No output means LOW KPI. itu yang scary gila!

Tipulah kalau saya kata saya perfect tak pernah kena tekan atau menekan orang. I'm not a superhuman so memang saya akan merasa demotivated apabila merasa tertekan.

Ditakdirkan saya mengemas bilik saya dan terjumpa buku yang saya fikir entah hilang ke mana atau tercicir di mana. Gembira kerana dapat balik baca buku ni sebab saya suka mengambil perkara-perkara yang boleh saya guna pakai untuk memotivasikan diri saya diwaktu saya merasa down. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca ..


The Secret by Ronda Byrne
Bila demotivated dengan kerja selalu sahaja Tuhan berikan ilham kepada saya untuk memujuk hati yang tengah down. Buku ini bagi saya sangat bermotivasi. Bila kena dengan chapter " Works like Magic" memang terkena dengan batang hidung sendiri. Selalu saya terlupa bahawa kerja yang diberikan kepada saya adalah amanat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada saya. Jikalau saya selalu mengeluh maka hilang nikmat syukur di dalam diri saya. Maka sedikit demi sedikit rasa kegembiraan di tarik balik oleh Tuhan kerana saya sentiasa tidak bersyukur.
Terkedu diri ini kerana sejak kebelakangan ini disebabkan workloads yang banyak saya sering kali melambatkan waktu solat kerana leka membuat kerja yang bertimbun. Makanya, Tuhan menemukan saya dengan client yang sangat memenatkan.
In this book states that ....
When you are grateful for your job, you will automatically give more to your work, and when you give more to your work, you will increase the money and success that is returned to you, if you are not grateful to your job, you would be automatically give less, when you give less you decrease what comes back to you and as a result  you would never be happy, your job would be stagnate and eventually deteriorate...
Isu yang penting dan dikupas dalam buku ini ialah erti bersyukur. Isu ini jugalah yang ditekan dalam Islam. kalau kita kurang bersyukur maka kenikmatan akan di tarik balik oleh Allah.
Mungkin silap saya kerana memandang remeh tentang erti kesyukuran. Walaupun manusia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama ...setiap individu memang mengetahui tentang erti syukur dan implikasi kesyukuran ke atas kehidupan.
Kupasan tentang erti kesyukuran dan impak terhadap kehidupan akan saya kupas di kemudian hari. It is time to sleep and I'm so sleepy. Both of my kids are waiting for me to say goodnite. Good nite you alls!!!
muka ala-ala comel nak tido....hahha...



Saturday, 18 October 2014

Do you love your family?

Assalammualaikum

Dah lama tak bertamu di blog ini. Seperti biasa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kerja. Tajuk kali ini memang saya khususkan 'KELUARGA'. Mengapa? Senang saja jawapan saya generasi sekarang terlalu mementingkan material berbanding dengan kasih saying keluarga. No time for the loved ones
Saya bertemu dengan seorang kenalan di tempat kerja baru saya, jurang antara umur saya dan juga kenalan saya agak jauh (kenalan saya lebih berusia ). Melalui perkenalan kami, saya mula menghargai erti sebuah kasih sayang sebuah keluarga. Saya bertuah mendapat sepasang ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhadap saya dan adik-adik yang lain. Sayangnya, Tuhan telah meminta kembali pinjamanNya terhadap saya dan adik beradik yang lain. Namun, detik-detik memori kami sekeluarga tetap segar dalam ingatan saya.
Kenalan saya ingin telah mengajukan soalan yang mengejutkan saya kerana sepanjang perkenalan kami jarang benar kenalan saya menceritakan hal keluarga kepada saya. Soalannya berbentuk begini:
"Andaikata kau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, adakah kau akan kahwin ke?"
Saya terdiam sejenak sebelum menjawab soalan tersebut  dan lantas menjawab "YA". kemudian soalan seterusnya ialah
"kau nak anak-anak ke?"
Saya tersenyum dan sekali lagi jawapan saya "YA" tetapi kenalan saya menggelengkan kepala mengatakan jikalau dia di beri peluang kali ke2 sudah pasti dia tak mahu dikurniakan anak-anak kerana baginya anak-anaknya sentiasa menyakitkan hatinya. Kenalan saya mengatakan semasa muda dia sentiasa menatang anak-anaknya bagai minyak yang penuh tetapi hasilnya apabila semua anak-anak sudah besar mereka langsung tak menjaga kebajikan kenalan saya. Duit tak dihulur dan hanya hadir ke rumahnya apabila mereka kesuntukan duit.
Mendengar keluhan rakan saya membuatkan saya sedih apabila seorang ibu diperlakukan sebegitu rupa. Apa salah kenalan saya itu sehinggakan anak-anaknya bertindak begitu.Mungkin ada sebab munasabab mengapa kenalan saya diduga  begitu kerana Tuhan tidak pernah zalim ke atas hamba Nya.Apa yang menambah kesedihan saya ialah kenalan saya ini merupakan ibu tunggal di mana bekas suami masih mengharapkan belas ihsan kenalan saya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Sedih dan pilu saya melihat kenalan saya begitu tabah mengharungi segala qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Tuhan terhadapnya. Bagi saya, kenalan saya adalah seorang makhluk ciptaan Tuhan yang kuat walaupun pada zahirnya kenalan saya ini bertubuh halus namun jiwanya besar.
Saya masih lagi berfikir mengapa Tuhan menemukan insan-insan yang berjiwa besar seperti ini di dalam hidup saya namun saya bersyukur di atas kenikmatan peluang ini. Pengalaman kenalan saya mengajar saya lebih menghargai keluarga dan cuba mendidik anak-anak tentang tanggungjawab supaya esok kelak mereka tahu apa patut dilakukan. Saya berharap saya masih lagi berkebolehan dalam mendidik anak-anak saya memandangkan saya merupakan ibu bekerja. Banyak masa tertumpah di medan kerja berbanding menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Terdetik juga ingin berhenti dan menumpukan perhatian kepada keluarga tetapi buat masa ini belum terdaya untuk tidak bekerja kerana komitmen-komitmen yang sedia ada. Jadi jikalau ada masa terluang sudah pasti saya tidak lepaskan peluang. It is a golden moment!
Baru kini saya mula merasakan besar sungguh tanggungjawab as a mother  to my children and as a wife to my beloved husband. Jikalau salah acuan, di dunia ini sudah nampak akibatnya dan di akhirat kita bakal di soal di atas kelalaian kita sebagai mak dan juga isteri. Mudah-mudahan saya dan anda semua Berjaya menjadi insan, isteri, anak  dan ibu yang berjaya.

Gambar keluarga yang paling saya suka!


it is not easy to be a wife and a mother at the same time. Tambahan pula di zaman yang mencabar di generasi anak-anak kita didedahkan dengan pengaruh luar yang kuat. Love them while they are around you! Sifat  manusia akan mula merindui apabila orang tersayang hilang di mata. Selagi bernafas sayangilah keluarga kerana tanpa mereka hidup kita tiada makna.

Bila Nenek dan cucu-cucu bergambar bersama...meriah!!



Ada beberapa perkara yang kita terpaksa bertoleransi dengan keluarga kita.

1. Annoying /Menjengkelkan

Haha...siapa yang tak rasa benda ni memang pelik bin ajaib. Every family member akan merasakan perasaan ini dan mesti terlintas kat kepala kita " kalau bukan aku ni adik beradik  kau dah lama aku tak kawan ". Yeahh...I have gone that phase and still going into that phase hahhaha....walau macam mana pun tahap annoying nya perasaan kita kat adik beradik kita, kita akan sejuk hati jugak akhirnya.

2. Kena maki / marah

Hanya dengan adik beradik kita aje kita boleh marah dan dimarahi sesuka hati. Kita bencikan ..betul tak? bak kata orang tua " jauh bau Wangi, dekat bau tahi" ini lah pepatah yang paling sesuai. bila jauh cakap rindu la nak lepak ..tapi bila dah melepak bercekau la plak .

3. Masalah adik beradik kita or masalah pasangan adik beradik kita

Bila adik beradik kita dah berkahwin ..jumlah ahli keluarga semakin membesar dan itu maksudnya kepala pun dah makin banyak . jadi setiap orang ada ragam masing-masing sebab bukan semua orang dibesarkan dengan cara didikan yang sama seperti mana diterapkan oleh ibu bapa kita. Kat sini factor toleransi memang penting sebab kalau takde memang keluarga akan berpecah belah dan akhirnya kita bergadoh sampai tak berjumpa bertahun - tahun .
4. Ibu / bapa yang abaikan tanggungjawab mereka

kalau nak diikutkan statistic mahkamah syariah terhadap penceraian memang meningkat jadi kes anak-anak yang terbiar atau tidak cukup kasih sayang ibu bapa memang tinggi. Kat sini aje anak-anak terpaksa menelan segala kepahitan akibat perbuatan ibu bapa mereka. Bukan saya kata cerai itu buruk ....kadang kala penceraian itu lebih membawa kebaikan terhadap pasangan terbabit tetapi di sini pasangan tersebut mesti memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Namun, amat sedikit pasangan yang bercerai memberikan perhatian yang cukup kepada anak-anak mereka. Ini di tambah lagi apabila bapa kepada anak-anak ini gagal melunaskan nafkah zahir kepada anak-anak mereka. Kalau di dunia kita terlepas, percayalah di akhirat kita takkan dibiarkan terlepas kerana pengabaian  tanggungjawab kita.



Thank You so much for giving them as my family members, Alhamdulilah



 Till we meet again, Adios!

Monday, 21 April 2014

Think Twice

Salam to everyone.

Baru-baru ni saya terbaca tentang kejadian seorang ulama yang ditegur oleh seseorang yang merupakan public figure. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah medium teguran yang digunakan oleh beliau dalam ingin menegur ulama tersebut.

Perkara ini mengingatkan saya tentang cara teguran yang berhemah dan digalakkan dalam Islam. Islam is a way of life and I believe both of them should be aware of it. Tapi kadang-kadang mungkin terlalu mengikut rasa kedua-duanya saya perhatikan tidak berhati-hati dalam menyampaikan teguran.

My personal opinion, kedua-duanya patut berhubung dan menjernihkan air yang keruh. Bukan menggunakan media massa sebagai platform untuk 'menjernihkan' keadaan. Kata-kata yang diutarakan pasti tidak akan disampaikan dengan telus.  Saya yakin keadaan tidak akan menjadi jernih seperti yang mereka sangkakan. Pasti ada di antara kita sudah bermain permainan " rangkai manusia".

Rangkai manusia bermaksud bahawa lebih daripada 5 manusia dihimpun dan manusia yang berada di kedudukan pertama akan di beri maklumat dan maklumat tersebut haruslah disalurkan kepada orang lain sehingga kepada orang terakhir di dalam kumpulan berkenaan. Hasil maklumat terakhir itu mestilah di beritahu melalui manusia yang berada di dalam kedudukan terakhir. Beberapa eksperimen telah dilaksanakan dan secara konklusinya maklumat yang diterima akan tersimpang jauh daripada maklumat asal yang diberikan kepada manusia yang berada pada kedudukan pertama tadi. Nah!! bukankah telah terbukti kelemahan manusia dalam menyampaikan maklumat.

Tetapi apa yang menyedihkan saya, kedua-dua public figure ini mempunyai followers yang banyak dan apabila hubungan kedua-duanyanya  tegang maka sedikit sebanyak membuatkan followers mereka berpecah dan saling memaki hamun. Seharusnya, penegur ini harus memikirkan akibat daripada tindakannya.

Lesson learnt:

1. Fikir sebelum buat tindakan.
 ( I know it is hard to think especially when you are in the middle of controlling your anger).


Saturday, 12 April 2014

Lesson Learnt!

Assalamualaikum everyone & selamat sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.

it is been a while ...and  I almost giving up writing or using this medium (blog) to share my opinions/ideas/ comments and etc with the viewers due to my tight schedule.
 
To tell you the truth ..I've gotten a job!! The job is different than my previous job where my job position is project coordinator to this consulting team. Our project is linked to government agency. It is a new experience for me but I've enjoyed working with all the team members. We still managed to generate 110% efforts and hard works towards this project. We've worked from morning until late evening in order to ensure every expectation is fulfilled. Despite of having tight schedule high pressure from work atmosphere, we did have good experience especially in building trust amongst ourselves. I do be thankful to The One for giving me this valuable experience. If in future, when I want to look back to recall all my memories and  I would be definitely will remember this phase of life.
 
There are a lot of lessons that I've learnt through this project.
 
1st lesson: don't underestimate young talents
the moment I stepped into the team ..I've started to realize that these young talents are very talented and resourceful. Besides, they are very cooperative with each other.  there is no word of 'I' but 'we'. We stand as one unit and I'm proud to be part of the team although the project is only a short term project.
 
2nd lesson : No Rasicm please!
since the team consists of Malay, Chinese and Indian coworkers. we are very careful not to raise any race sentiments in the group. I'm abit shocked  to see my Chinese and Indina co workers are very helpful and all of us are sincere to help other team members. In addition, we do enjoy other companies too.
 
3rd lesson: How knowledge is a powerful tool!!
I've learn the hard lesson. I thought by working more than 6 years has equipped me with good tools and preparations. Unfortunately, the answer is NO! I'm a bit ashamed to see these young talents have so much ideas/ information and the way they adapted the working pressures amazed me. I've observed them and finally concluded I'm lacked of something where I've found out it was KNOWLEDGE. Thus, I've enrolled myself to OUM to gain better exposures and knowledge.
 
4th lesson: Free lesson /lecture online is useful
My co worker has introduced me online lecture for FREE. In the online lecture, I'm learning a lot of information where I know I have to pay thousands of ringgit to get this kind of information ! I really owed him !
 
5th lesson: Be friendly to others would not harm you!
Pelik tak? But to tell you something...due to my friendliness has brought me to this company. Now .. I know how the network works!
 
6th lesson: I would remember this team !!
It is a painful fact that we would be separating due to work commitments. After this, we have to be in other  team and in fact some of us resigned ( better offer)..whatever is the reason I do hope that all  the team members would not be forgetting each other.
 
7th lesson: Whenever you want to do something ..always think the benefits that others would be getting from it.
I just realized that I've been self centered before this...I used to work in order to get high increment in my salary, better perks and others that benefited to me and my family. I've forgotten about the consequences of my works. Would it benefits to people who  reviewed and would be implementing my works( ideas/ information)?I should see a bigger picture and I did learn it in my latest project team.
 
 

Monday, 3 February 2014

Kasih sayang Tuhan dan kita sebagai umatNya

Salam..

Sesiapa saja mengerti makna kasih sayang..kan? Kasih sayang selalu di gambarkan antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, girlfriend and boyfriend dan banyak lagi seperti yang kita selalu nampak atau ikuti di media massa. Namun, kita selalu terlupa yang kasih sayang yang paling ikhlas ialah antara Tuhan dan makhlukNya.

Mengapa saya sebut kasih sayang antara Tuhan dan makhlukNya? Ini kerana kita tak nampak kasih sayang itu secara jelas atau secara fizikal. There are no hugs and kisses involved. Terlalu banyak manusia yang terlupa tentang kasih sayang Allah. Apa yang cuba saya nak sampaikan ialah kerap kali saya mendengar atau melihat kekejaman manusia dan kadang kala kekejaman itu tidak terjangkau dalam pemikiran saya. Contoh, seorang bapa mengelar anaknya seumur 7 tahun dan yang terkejutnya seorang ahli surau/masjid. Sadis kan? Orang ini rajin bertamu di rumah Allah tapi tewas dalam asukan syaitan. Malang lagi, anak yang menjadi mangsa. Semua ini kerana tidak tahan dengan ujian yang Tuhan letakkan di bahunya. Kesilapan manusia selalu memandang sesuatu ujian dari pandangan yang negatif. Rasa syak wasangka yang teruk menyebabkan timbul perasaan yang huru hara yang akhirnya dipermainkan oleh syaitan untuk menambahkan pengikutnya di neraka.

Sayangnya, umat Nabi Muhammad s.a.w dibekalkan dengan Kitab Al Quran namun tidak ramai yang mempergunakannya sebaik mungkin. Terlalu banyak mukjizat dan kelebihan didalamnya yang boleh kita ambil iktibar dan ikutan tetapi kita gagal lakukan. Tidak salah kan kalau kita ambil satu surah yang pendek baca dan lihat kembali tafsirnya. Setiap surah diturunkan oleh Allah bukan sia-sia tetapi mempunyai makna dan maksud yang Allah tahu makhlukNya telah dan bakal lakukan. Saya lihat pelbagai kes yang kebanyakkan kes itu dilakukan oleh umat Islam itu sendiri di atas kelemahan mereka sendiri. Jangan cuba salahkan agama atau bangsa lain jikalau kita sendiri lemah dalam mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Kebanyakkan umat bukan Islam terpesong pengetahuan mengenai Islam adalah dari kelemahan umat Islam itu sendiri. Islam itu indah dan namun apa yang saya pandang sekarang seolah-olah umat Islam itu sendiri kembali ke zaman jahiliah. Jadi tak salahkan jikalau umat bukan Islam memandang umat Islam barbaric atau terrorist!

Sebaik-baiknya, kembali semua kepada kitab Al Quran dan sunnah. Ianya tidak sukar tapi disebabkan kemalasan kita menyebabkan kita alpa dan tunduk kepada hawa nafsu. Kasih sayang Allah melebihi dari kemurkaanNya terhadap diri kita. Jadi mengapa kita harus memikirkan Tuhan tidak mengendahkan kita. Kalau kita malu dengan dosa kita..maka itu adalah anugerah yang tak ternilai kerana perasaan malu itu mengingatkan anda tentang diri anda di pantau oleh Allah dan Allah kasihkan anda!

Ingatlah tiada manusia yang perfect kecuali Nabi Muhammad s.a.w ini kerana Allah mahu Rasullah menjadi contoh terbaik untuk kita. Sayangilah Allah kerana dimana saja kita berada dan walau bagaimanapun dugaan kita Allah lah tempat terbaik utk mengadu. Mengadulah seberapa banyak yang kita suka..Allah tetap terima malah menyukainya. Ikatan kasih sayang Allah dengan kita adalah ikatan rohaniah kemudian kita timbulkan melalui perilaku ibadah kita. Jikalau kita rasa suka sangat ibadah maka Allah telah terima ibadah kita. Itu antara ikatan kasih sayang kita dengan Allah. Jikalau ikatan kasih sayang kita dengan makhlukNya..kita akan menghadapi pelbagai rintangan tetapi jika kita kukuhkan ikatan kasih sayang dengan Allah. Allah pasti mengasihi diri kita dan kasih Allah itu amat luas dan yang penting kita mendapat ketenangan yang tak mampu dihuraikan dengan kata-kata. Rezeki sudah pasti senang diraih dan kasih sayang antara makhlukNya sudah pasti dapat dikukuhkan. 

Jadi, ujian yang ditimpa ke atas kita jangan di pandang dari sudut yang negatif. Lihat dengan pandangan yang lebih luas dan bersabar. Perubahan berlaku jangan ditongkah tetapi dikemudi umpama sungai yang deras. Siapa yang menongkah arus sudah pasti tenggelam dan siapa yang mengemudi dan bertawakal pasti Allah selamatkan walau bagaimana teruk pun gelora itu. Tiada yang lebih berhak ke atas kita melainkan Pencipta kita.

Saya sedang menikmati ujian yang diberikan dengan pandangan yang positif. Malah, saya berasa bersyukur di uji sebegini. Walau awalnya saya khuatir tapi lama kelamaan saya sedar it is pointless for me to worry about my future. Even the expert economists can only forecast their future as they are aware that the future is uncertain. Hari ini anda di bawah..insha Allah hari esok anda di atas. Belajar untuk bangkit dari kegagalan dan belajar untuk bersabar dan bertawakal. Adios!

Saturday, 1 February 2014

Farewell....My friend...

Salam to all viewers..

It is been a while that I have not writing..hurmmm...actually ada perkara yang benar-benar mengusik jiwa raga saya sebagai seorang manusia dan sahabat. 

Sahabat saya telah pergi meninggalkan saya dan dunia ini. Sahabat saya seorang non-muslim tetapi ini bukan membataskan persahabatan kami. Segala susah senang selama 10 tahun persahabatan telah kami lalui cuma 2 tahun sebelum kematian sahabat saya kami telah melalui fasa perpisahan akibat selisih faham yang disebabkan oleh 3rd party. 

Faktor lain seperti kesibukan juga menyebabkan kami tak boleh melepak sama. Tetapi beberapa bulan sebelum kawan saya menghembuskan nafas terakhir pada 27 Januari yang lalu, saya mula mencari kembali sahabat saya Kebetulan pula saya kehilangan handphone lama saya dimana disitu tersimpan semua data termasuk data sahabat saya. Saya pula menggunakan no handphone baru. 

Saya juga ada mencari sahabat saya dengan pergi ke rumahnya tetapi malangnya sahabat saya sudah tidak menyewa lagi. Malah fb juga tidak aktif. Semua bagaikan menghalang kami bertemu. Saya begitu rindukan sahabat saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kerinduan saya itu. Sentiasa saya mendoakan kebahagiaan sahabat saya di mana saya ingin benar bertemu dengannya dan memohon maaf di atas ketelanjuran saya sewaktu dulu. Namun ketentuhan Ilahi mengatasi segalanya.

Saya terperasan fb sahabat saya aktif kembali tetapi apa yang mengejutkan sayĆ  ialah di fb sahabat saya tertulis bahawa sahabat saya sudah meninggal dunia. Saya terasa bagai tidak percaya..sahabat saya itu adalah antara orang yang saya sangat percayai selain dari ibu dan arwah ayah saya. Apa yang menyayat hati ialah rakan saya mengalami brain tumor dan berada di dalam keadaan koma sehinggalah di saat nyawanya tiada. Dia di jaga oleh staff di rumah jagaan dan memilukan saya apabila anak-anaknya masih memerlukan kasih sayangnya apatah lagi dialah tunjang keluarga.Kekadang terfikir bagaimana mereka meneruskan perjuangan tanpa sang ibu.saya memohon agar Tuhan mengurniakan kesenangan hidup kepada anak-anak sahabat saya ini di atas dugaan yang mereka hadapi. Saya mengerti perasaan kehilangan ibu apatah lagi si ibu adalah seseorang yang sangat rapat dalam hidup.

Terasa bagai ingin gugur jiwa saya...begitu hebat dugaan ini. Sahabat saya ini merupakan sumber inspirasi untuk saya menjadi kuat dan berdikari dalam hidup. Tapi apabila sahabat saya pergi meninggalkan saya..saya terasa hilangnya seorang kakak, mentor , sahabat dan seorang insan yang berjiwa kental.

Saya tahu saya tidak boleh melawan takdir tapi saya juga insan biasa dan lemah. Untuk saya hadam segala kepahitan ini mengambil masa yang lama. Setiap kali terdengar lagu yang kami selalu menyanyi..pasti laju saja air mata saya mengalir. Dia mengajar saya sewaktu duka tertawalah kerana itu menunjukkan kita lebih kuat dari dugaan yang kita hadapi.

Yer sahabatku...aku pasti akan tertawa melihat kenangan kita kerana itu sahaja memori yang boleh ku bawa sehingga kini..tetapi aku juga tak mampu menahan tangisku kerana ku tahu ku kini kehilangan seorang kakak yang mampu mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Aku sangat berterima kasih kerana dalam berjuta manusia di muka bumi ini Tuhan telah memilih kita berdua untuk bertemu dan bersahabat.