The thots of Mine

Sunday, 19 October 2014

Demotivation is part of our lives.

As Salam kepada semua..

Sekejap aje Ahad ni akan berakhir. Esok semuanya kembali seperti normal ..untuk yang belajar silalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Untuk yang bekerja seperti saya..kerja..kerja..kerja...Tapi kadang kala bekerja ni membuatkan saya rasa lebih tertekan. Pressure untuk produce output. Bila kita bekerja , bos atau immediate superior kita akan monitor performance kita melalui output yang kita hasilkan. No output means LOW KPI. itu yang scary gila!

Tipulah kalau saya kata saya perfect tak pernah kena tekan atau menekan orang. I'm not a superhuman so memang saya akan merasa demotivated apabila merasa tertekan.

Ditakdirkan saya mengemas bilik saya dan terjumpa buku yang saya fikir entah hilang ke mana atau tercicir di mana. Gembira kerana dapat balik baca buku ni sebab saya suka mengambil perkara-perkara yang boleh saya guna pakai untuk memotivasikan diri saya diwaktu saya merasa down. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca ..


The Secret by Ronda Byrne
Bila demotivated dengan kerja selalu sahaja Tuhan berikan ilham kepada saya untuk memujuk hati yang tengah down. Buku ini bagi saya sangat bermotivasi. Bila kena dengan chapter " Works like Magic" memang terkena dengan batang hidung sendiri. Selalu saya terlupa bahawa kerja yang diberikan kepada saya adalah amanat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada saya. Jikalau saya selalu mengeluh maka hilang nikmat syukur di dalam diri saya. Maka sedikit demi sedikit rasa kegembiraan di tarik balik oleh Tuhan kerana saya sentiasa tidak bersyukur.
Terkedu diri ini kerana sejak kebelakangan ini disebabkan workloads yang banyak saya sering kali melambatkan waktu solat kerana leka membuat kerja yang bertimbun. Makanya, Tuhan menemukan saya dengan client yang sangat memenatkan.
In this book states that ....
When you are grateful for your job, you will automatically give more to your work, and when you give more to your work, you will increase the money and success that is returned to you, if you are not grateful to your job, you would be automatically give less, when you give less you decrease what comes back to you and as a result  you would never be happy, your job would be stagnate and eventually deteriorate...
Isu yang penting dan dikupas dalam buku ini ialah erti bersyukur. Isu ini jugalah yang ditekan dalam Islam. kalau kita kurang bersyukur maka kenikmatan akan di tarik balik oleh Allah.
Mungkin silap saya kerana memandang remeh tentang erti kesyukuran. Walaupun manusia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama ...setiap individu memang mengetahui tentang erti syukur dan implikasi kesyukuran ke atas kehidupan.
Kupasan tentang erti kesyukuran dan impak terhadap kehidupan akan saya kupas di kemudian hari. It is time to sleep and I'm so sleepy. Both of my kids are waiting for me to say goodnite. Good nite you alls!!!
muka ala-ala comel nak tido....hahha...



Saturday, 18 October 2014

Do you love your family?

Assalammualaikum

Dah lama tak bertamu di blog ini. Seperti biasa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kerja. Tajuk kali ini memang saya khususkan 'KELUARGA'. Mengapa? Senang saja jawapan saya generasi sekarang terlalu mementingkan material berbanding dengan kasih saying keluarga. No time for the loved ones
Saya bertemu dengan seorang kenalan di tempat kerja baru saya, jurang antara umur saya dan juga kenalan saya agak jauh (kenalan saya lebih berusia ). Melalui perkenalan kami, saya mula menghargai erti sebuah kasih sayang sebuah keluarga. Saya bertuah mendapat sepasang ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhadap saya dan adik-adik yang lain. Sayangnya, Tuhan telah meminta kembali pinjamanNya terhadap saya dan adik beradik yang lain. Namun, detik-detik memori kami sekeluarga tetap segar dalam ingatan saya.
Kenalan saya ingin telah mengajukan soalan yang mengejutkan saya kerana sepanjang perkenalan kami jarang benar kenalan saya menceritakan hal keluarga kepada saya. Soalannya berbentuk begini:
"Andaikata kau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, adakah kau akan kahwin ke?"
Saya terdiam sejenak sebelum menjawab soalan tersebut  dan lantas menjawab "YA". kemudian soalan seterusnya ialah
"kau nak anak-anak ke?"
Saya tersenyum dan sekali lagi jawapan saya "YA" tetapi kenalan saya menggelengkan kepala mengatakan jikalau dia di beri peluang kali ke2 sudah pasti dia tak mahu dikurniakan anak-anak kerana baginya anak-anaknya sentiasa menyakitkan hatinya. Kenalan saya mengatakan semasa muda dia sentiasa menatang anak-anaknya bagai minyak yang penuh tetapi hasilnya apabila semua anak-anak sudah besar mereka langsung tak menjaga kebajikan kenalan saya. Duit tak dihulur dan hanya hadir ke rumahnya apabila mereka kesuntukan duit.
Mendengar keluhan rakan saya membuatkan saya sedih apabila seorang ibu diperlakukan sebegitu rupa. Apa salah kenalan saya itu sehinggakan anak-anaknya bertindak begitu.Mungkin ada sebab munasabab mengapa kenalan saya diduga  begitu kerana Tuhan tidak pernah zalim ke atas hamba Nya.Apa yang menambah kesedihan saya ialah kenalan saya ini merupakan ibu tunggal di mana bekas suami masih mengharapkan belas ihsan kenalan saya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Sedih dan pilu saya melihat kenalan saya begitu tabah mengharungi segala qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Tuhan terhadapnya. Bagi saya, kenalan saya adalah seorang makhluk ciptaan Tuhan yang kuat walaupun pada zahirnya kenalan saya ini bertubuh halus namun jiwanya besar.
Saya masih lagi berfikir mengapa Tuhan menemukan insan-insan yang berjiwa besar seperti ini di dalam hidup saya namun saya bersyukur di atas kenikmatan peluang ini. Pengalaman kenalan saya mengajar saya lebih menghargai keluarga dan cuba mendidik anak-anak tentang tanggungjawab supaya esok kelak mereka tahu apa patut dilakukan. Saya berharap saya masih lagi berkebolehan dalam mendidik anak-anak saya memandangkan saya merupakan ibu bekerja. Banyak masa tertumpah di medan kerja berbanding menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Terdetik juga ingin berhenti dan menumpukan perhatian kepada keluarga tetapi buat masa ini belum terdaya untuk tidak bekerja kerana komitmen-komitmen yang sedia ada. Jadi jikalau ada masa terluang sudah pasti saya tidak lepaskan peluang. It is a golden moment!
Baru kini saya mula merasakan besar sungguh tanggungjawab as a mother  to my children and as a wife to my beloved husband. Jikalau salah acuan, di dunia ini sudah nampak akibatnya dan di akhirat kita bakal di soal di atas kelalaian kita sebagai mak dan juga isteri. Mudah-mudahan saya dan anda semua Berjaya menjadi insan, isteri, anak  dan ibu yang berjaya.

Gambar keluarga yang paling saya suka!


it is not easy to be a wife and a mother at the same time. Tambahan pula di zaman yang mencabar di generasi anak-anak kita didedahkan dengan pengaruh luar yang kuat. Love them while they are around you! Sifat  manusia akan mula merindui apabila orang tersayang hilang di mata. Selagi bernafas sayangilah keluarga kerana tanpa mereka hidup kita tiada makna.

Bila Nenek dan cucu-cucu bergambar bersama...meriah!!



Ada beberapa perkara yang kita terpaksa bertoleransi dengan keluarga kita.

1. Annoying /Menjengkelkan

Haha...siapa yang tak rasa benda ni memang pelik bin ajaib. Every family member akan merasakan perasaan ini dan mesti terlintas kat kepala kita " kalau bukan aku ni adik beradik  kau dah lama aku tak kawan ". Yeahh...I have gone that phase and still going into that phase hahhaha....walau macam mana pun tahap annoying nya perasaan kita kat adik beradik kita, kita akan sejuk hati jugak akhirnya.

2. Kena maki / marah

Hanya dengan adik beradik kita aje kita boleh marah dan dimarahi sesuka hati. Kita bencikan ..betul tak? bak kata orang tua " jauh bau Wangi, dekat bau tahi" ini lah pepatah yang paling sesuai. bila jauh cakap rindu la nak lepak ..tapi bila dah melepak bercekau la plak .

3. Masalah adik beradik kita or masalah pasangan adik beradik kita

Bila adik beradik kita dah berkahwin ..jumlah ahli keluarga semakin membesar dan itu maksudnya kepala pun dah makin banyak . jadi setiap orang ada ragam masing-masing sebab bukan semua orang dibesarkan dengan cara didikan yang sama seperti mana diterapkan oleh ibu bapa kita. Kat sini factor toleransi memang penting sebab kalau takde memang keluarga akan berpecah belah dan akhirnya kita bergadoh sampai tak berjumpa bertahun - tahun .
4. Ibu / bapa yang abaikan tanggungjawab mereka

kalau nak diikutkan statistic mahkamah syariah terhadap penceraian memang meningkat jadi kes anak-anak yang terbiar atau tidak cukup kasih sayang ibu bapa memang tinggi. Kat sini aje anak-anak terpaksa menelan segala kepahitan akibat perbuatan ibu bapa mereka. Bukan saya kata cerai itu buruk ....kadang kala penceraian itu lebih membawa kebaikan terhadap pasangan terbabit tetapi di sini pasangan tersebut mesti memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Namun, amat sedikit pasangan yang bercerai memberikan perhatian yang cukup kepada anak-anak mereka. Ini di tambah lagi apabila bapa kepada anak-anak ini gagal melunaskan nafkah zahir kepada anak-anak mereka. Kalau di dunia kita terlepas, percayalah di akhirat kita takkan dibiarkan terlepas kerana pengabaian  tanggungjawab kita.



Thank You so much for giving them as my family members, Alhamdulilah



 Till we meet again, Adios!